Kek Mentega Belang




KEK MENTEGA BELANG
 Bahan-bahan:

210g tepung superfine/halus -diayak bersama baking powder
1 sudu teh baking powder
200g gula caster (tp akak guna 170g aje)
250g mentega
5 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
emulco oren, coklat, pandan jika suka

Cara membuat:

Panaskan oven pd suhu 160 C.
Pukul mentega dengan gula sehingga kembang/putih
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati (jgn terlampau lama nanti kek jd kering, sekadar rata sahaja)
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik sehingga sekata.
Bahagikan kpd beberapa bahagian, dan masukkan emulco kegemaran.
Masukkan adunan ke dlm loyang secara berselang-seli.
Bakar dalam ketuhar 40-50 minit atau sehingga masak.

5 comments:

Sheila Shafeareen said...

salam hemmm cantik kejadian kek mentega belang..gebu..warna pun cantik

ady said...

salam
cantiknye

Azie said...

Nampak mcm moist. Saya mmg suka kek butter

Cendana Kasih said...

sedapnyer..dh lama tak buat kek

syapex said...

salam....

wah...
menarik gabungan warna tu...