Spaghetti Aglio Olio (Spaghetti With Garlic & Oil) -updated

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.. hari ni akak baru dpt masukkan resepi spagetti aglio olio ni..setelah gambarnya dah sebulan masuk. Masa sgt tidak mengizinkan. Anak2 akak mmg suka makan segala jenis pasta, jd akak tuliskan resepi disini agar anak2 akak dpt jadikannya sbg sumber rujukan kelak. Resepi ni direka berdasarkan pengamatan yg dibuat apabila makan spaghetti aglio olio di pizza hut..wpun  tak sama tetapi anak2 ku suka, itu yg penting hehehe.


SPAGHETTI AGLIO OLIO
Bahan-bahan:

1 paket spaghetti (500g)
2 biji capsicum (merah dan hijau) - hiris memanjang
1 mangkuk isi udang yg telah dibuang kulit
1 labu bawang putih - dicincang halus
1 labu bawang besar - dipotong dadu
sedikit cili flakes - kuantiti bergantung kpd tahap kepedasan yg digemari
minyak zaitun untuk menumis
garam secukup rasa
serbuk perasa ayam - jika suka 
daun parsley kering

Cara membuat:

Rebus spaghetti dgn air rebusan kulit/kepala udang sehingga lembut (al dente). Toskan dan gaul dgn minyak zaitun. 
Panaskan minyak zaitun, goreng bawang putih cincang dgn api perlahan sehingga perang, jgn terlampau garing nanti pahit. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak tadi, tumis bawang besar sehingga layu kemudian masukkan udang. Kacau hingga udang masak.
Masukkan spaghetti, capsicum, serbuk ayam, daun parsley dan garam secukup rasa.
Kacau sebati. Sebelum diangkat masukkan separuh bawang putih goreng dan cili flakes. Gaul sekata dan bolehlah diangkat.
Sebelum dihidangkan taburkan sedikit bawang putih goreng dan cili flakes atas spaghetti.
Sedia utk dimakan


5 comments:

Bbwana adienia said...

em,bestnya makan spageti

Gee® said...

Aik... ?! bisu ka....

NoorMasri said...

amboi indahnya bahasa...tuan tanah sempat upload gambar aje dulu..x sempat nak berceloteh.

Wattie said...

Assalamualaikum,
Lamanya tak singgah sini. Spagethi mmg fav saya sekeluarga. kek kukus kat bawah tu nampk sangat lembut...

Mamasya said...

Aslmkum k.Noor

ringkas tp mengenyangkan....
suka tengok kek kukus pelangi itu...nampak moist dg warna ceria