CHEWY GOOEY BROWNIES

Salam semua..sejak cuti sekolah ni akak rajin sikit lah baking membaking. Oven tu pun dah lama bertapa. Hari ni ambil peluang utk buat brownies yg termashyur suatu ketika dulu masa akak masih lagi kat Forum Cari. Masa tu ramai yg dah mencuba dan memberi komen yg sgt positif tetapi akak tidak berkesempatan utk membuatnya sehingga hari ni baru teringat nak mkn brownies resepi 1mas2ra ni.
 CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
Sumber : Wan Mastura (1Mas2ra Forum Cari)

A
250g butter - potong kecik
400g chocolate - potong kecik

B
6 eggs
340g brown sugar - letak 280g aje
2tsp esen vanilla
20g chocolate emulco

C
80g tepung gandum } diayak
60g cocoa powder }
140g kacang walnut/pecan/ almond/macadamia (optional)-bakar dan gaul bersama tepong dan koko

1. Panaskan oven suhu 160C. Sediakan dan alas acuan ukuran 11”x11” - akak guna acuan 10x10
2. Double boil bahan A (butter dan chocolate) hingga cair , ketepikan biar suam sikit.
3. Pukul bahan-bahan B (telur, gula, esen dan chocolate emulco) hingga gula hancur - guna hand whisk saja.
4. Tuangkan adunan chocolate dan gaul sebati.
5. Masukkan tepung dan digaul lagi hingga rata. Jangan gaul terlalu lama.
6. Tuang ke dalam acuan dan bakar 160C/50 minit-1jam (bergantung pd oven).
7. Setelah masak, biarkan dalam acuan hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman.
8. Sedap dimakan sama ada begitu saja atau dibubuh ganache, Boleh juga dimakan dengan icecream atau sos kastad 

 

Tengok texture dari dekat mmg sgt2 gooey dan chewy..hehehe.

Mas, terimakasih sudi kongsi yg sgt enak ini...sekali saya mkn berkeping2 masuk mulut. harus kg ku naik sepanjang cuti sekolah ini.

Komen: Memang TERBAIK lah resepi ni. Boleh kasi 5 bintang !

KEK BUAH LEMBAB TERBAIK


 
KEK KUKUS BUAH-BUAHAN - Versi Basah (Loyang 10x10 in)
Sumbangan: Diana resepi asal sila rujuk sini

Bahan-bahannya

500 g tepung gandum
100 g gula halus - letak 90g jer
5 biji telur - GRADE A
500 g mentega
250 g buah-buahan campuran
250 g kismis hitam
50 g kepingan badam (almond flake) disangai
50 g walnut-dicincang dan disangai
50 g biji bunga matahari -disangai
1 2/3 sudu teh bicarbonate of soda
1 2/3 sudu teh cream of tartar
1 1/4 sudu teh esen vanilla

1 3/4 cawan gula } untuk dibuat gula hangus
aluminium foil


Cara-caranya:

1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 500 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 1 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati.
7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
8. Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam.


Ulasan:
Setelah beberapa kali membuat kek ni dan mengubahsuai akhirnya inilah kek yang memenuhi selera akak.
Kek buah yang sedang2 manisnya, penuh rasa buah dan kekacang sekali makan sepotong pasti nak lagi. Lepas ni mmg kekal guna resepi ni je.


MEE SUP ALA MAK ULIN


 Mee sup kegemaran kami sekeluarga.




Resepi akan ditulis kemudian...tunggu !

LASAGNA AYAM


Lasagna ayam yang dibuat beberapa hari lepas. Sesekali tukar menu barat syok jugak, anak2 mmg suka sangat menu ala barat cam ni.

=

Sos Merah/ Sos Tomato

Bahan-bahan Sos Merah/ Sos Tomato:


2 s/b minyak masak
1 labu bawang besar - potong dadu
1 btg lobak merah - potong dadu
1 biji cili capsicum - potong dadu
1 ulas bawang putih - dicincang
500g daging ayam cincang (boleh guna daging lembu jika suka)
2 x 400g sos bolognese
1 cawan stok ayam
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Cara membuat:

Panaskan minyak.
Masukkan bwang, lobak merah dan bawang putih.
Kacau hingga layu kemudian masukkan ayam cincang.
Kacau hingga masak, Masukkan sos pasta dan stok ayam.
Renehkan selama 15 minit hingga agak pekat.  Masukkan cili capsicum
Masukkan garam, serbuk lada hitam secukup rasa.
Padamkan api.


Sos Putih/Sos Keju

Bahan-bahan sos putih/sos keju:

2 s/b mentega
2 s/b tepung gandum
2 cawan susu (boleh tambah jika sos terlampau pekat)
125g keju cheddar
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Cara membuat:

Panaskan mentega.Masukkan tepung, kacau selama 2 minit . Tutup api kemudian masukkan susu. Kacau sebati, panaskan atas dapur hingga pekat. Masukkan keju, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau hingga keju larut, padamkan api.

Lasagna
 Bahan-bahan:

250g kepingan lasagna segera
sos merah/sos tomato
sos putih/sos keju
keju parut secukupnya (cheddar dan mozarella)


Cara membuat:

Panaskan oven pada suhu 180 C. Ambil loyang pembakar, susun kepingan lasagna kemudian tuang sos merah diikuti oleh sos putih. Tabur keju mozarella.Ulang susun kepingan lasagna, sos merah dan sos putih dan taburan keju mozarella. Ulang langkah ini sebanyak 3 kali. Atas sekali mesti sos putih dan tabur keju mozarella dan keju cheddar.
Bakar sehingga perang. Hidangkan panas2.