Kek Buah Kukus Chef Zubaidah


KEK KUKUS BUAH CHEF ZUBAIDAH (Sumber: Yatiememories)

Bahan-bahan: Guna loyang (9x9)
  • 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
  • 350g gula pasir (guna 250 saja)
  • 60ml air panas
  • 500g buah-buahan campuran
  • 3 biji telur gred A
  • 350g tepung gandum*
  • 1 sudu kecil cream of tartar*
  • 2 sudu kecil soda bicarbonat* 
  • 1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg* - tak letak pun
  • 1 sudu kecil esen vanila
 Cara-cara
  1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran. Kacau sebati dan biarkan mendidih sebentar. Kemudian sejukkan.
  2. Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
  3. Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
  4. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
  5. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh juga dikukus 2 jam shj)
  6. Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).
Petua supaya kek buah menjadi dgn jayanya. 

** Yatie kukus 2 jam pertama guna api sederhana je dan 2 jam terakhir guna api kecil sahaja. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan di tambah dngn air panas. Yatie isikan air hampir penuh di pengukus supaya tak perlu tambah air masa mengukus, sedang elok je.

**Bila kek dah masak biarkan dlm 5 minit, barulah di buka penutup kukusan. Lapkan air yg terdapat di atas permukaan aluminium foil dan kelilingnya. Lubangkan kecil sedikit di permukaan aluminium foil supaya wap panas keluar. Bila dah 10 minit barulah buka keseluruhan aluminium foil dan biarkan kek di pengukus sehingga sejuk. Jika kek di angkat dari pengukus terus bila dah masak, buah akan turun.

**Potong kek bila betul2 sejuk. lebih baik di biarkan semalaman dlm tudung saji. Kek ni lebih sedap di makan selepas 2 hari, tapi saya makan je sbb dah terliur sangat...mmng sedap. Bila dah semalaman lagilah sedap dan bertambah moist kek buah ni.