KEK LAPIS KISMIS

KEK LAPIS KISMIS ( resepi asal sumbangan Diana)

Bahan-Bahannya :
  • 5 putih telur
  • 25 kuning telur
  • 500gm mentega
  • 180gm all purpose cake flour
  • 220gm gula caster
  • 4 sudu makan susu pekat
  • 2 sudu besar ovalette
  • 1 sudu makan pure esen vanilla
  • kismis secukupnya- dicincang kasar
  • 1 tin kek 9" x 9" x 3" gris sekeliling dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas kek
Cara Membuatnya :
  • Pukul mentega, susu dan vanilla sehingga kembang.
  • Masukkan 100gm gula. Pukul lagi sehingga gulanya larut. Ketepikan.
  • Pukul putih telur sehingga kembang.
  • Masukkan 120gm gula dan ovalette.
  • Pukul lagi sehingga rata, masukkan kuning telur satu persatu dan pukul sehingga adunannya kembang.
  • Masukkan adunan mentega kedalam adunan telur dan pukul pada kelajuan perlahan sehingga rata.
  • Masukkan tepung dan gaul rata.
Cara Membakarnya :
  • Gunakan grill, panaskan sehingga 3.5 untuk kek lapis kemudian panaskan tin kuih sehingga kertasnya bertukar warna.
  • Keluarkan dan tuangkan 1 senduk adunan kedalam tin dan ratakan. Grill sehingga warnanya coklat.  Setelah itu tuang 1 senduk adunan diatasnya dan ratakan.  Tabur hirisan kismis, jangan terlalu banyak.Grill lagi sehingga coklat.
  • Ulang lagi dengan satu lapis plain dan satu lapis mengandungi kismis, sehingga adunan habis.
  • Bila sampai ke lapisan terakhir dan bila warna permukaan menjadi coklat, tutup tin kuih dengan aluminium foil atau tutup periuk dan segera buka kepada kepanasan oven biasa pada suhu 120 °C. Bakar lagi selama 10 minit.
  • Apabila sudah masak, keluarkan dan buka tutupnya, biarkan sejuk, baru boleh dipotong.

AYAM GORENG BEREMPAH ALA MAMAK PENANG


Sumber resepi, lihat SINI

Bahan-Bahan:

  • Seekor Ayam 1.6kg – 1.8kg di potong 10 (potongan Nasi Kandar).
  • 4 Sudu besar Tepung Ubi Kayu.
  • 2 Sudu besar Tepung beras.
  • 1 Sudu besar Tepung jagung.
  • 1 Sudu kecil serbuk lada putih.
  • 1 Sudu kecil Serbuk kunyit.
  • 2 Sudu besar Serbuk Kari Daging.
  • 1 Sudu besar *cili kering yang dikisar halus.
  • 3 Sudu besar Kisaran halus Bawang besar 1 biji + Bawang putih 4 ulas + Halia 2″ (inci).
  • 3 Tangkai daun kari dipotong halus.
  • 1 Kg.  Minyak untuk goreng.
  • Garam Secukup untuk dirasa.
Cara penyediaan:

1. Besrsihkan Ayam yang telah dipotong dan perlu disimpan dalam penapis bersesuain untuk keringkan air basuhan ayam. Masukan kedalam bekas dan masukan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ketulan ayam didalam bekas. Kunyit mengandungi bahan antiseptik yang baik untuk membunuh bakteria yang terdapat didaging ayam .Masukkan serbuk kari, kisaran bawang+bawang putih+ dan halia. Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut “plastic wraper” dan Peramkan di peti sejuk bahagian dingin selama 1- 2 jam untuk bahan rempah ini masuk kedalam isi ayam.
2. Keluarkan bekas dan masukkan Tepung Ubikayu, T.beras dan T.jagung bersama serbuk lada putih dan daun kari yang dipotong halus.Gaulkan serata dan dapatkan kelikatan tepung yang tepat.Sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah telur sebutir atau sedikit air. Kelikatan tepung adalah amat perlu diberi perhatian sekiranya cair tepung ini akan berpisah dari dari ketulan ayam..terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng. Maka dinasihatkan agar goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bentuk fizikal ketulan ayam.Peram 20-30 minit sebelum gorengan.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukup ( ketulan ayam perlu lemas dalam minyak). Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan goringan. suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik.
4. Untuk gorengan yang cantik ketulan ayam perlu dimasukan jangan terlalu banyak dan sedikit. Ap dapur perlulah sentia diawasi supaya ketulan ayam tidak hangus. pada keadaan biasa cuma masukkan 4 ketul dalam kuali yang sederhana besar pada api sederhana.Goringan ini biasanya ambil masa 20- 25 minit. Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung. Masukan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil. Tanda peha sudah dimasak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapong.


Sangat sedap, ala2 kat kedai mamak nasi kandar. Tksh kpd empunya resepi yg sudi share.