KEK BUAH CAMPURAN KEGEMARANKU


Assalamualaikum kepada semua pengunjung Coretan Dari Dapur. Dah lama akak tak bersiaran dek kekangan masa.  Cuti sekolah ni ada lah sedikit masa untuk bersiaran kembali.

Kek buah ni akak buat beberapa hari yang lalu. Dah habis pun hanya tinggal kenangan. Atas permintaan rakan-rakan maya di FB akak masukkan resepi di sini untuk dikongsi bersama2 dan juga sebagai rujukan anak-anak akak nanti.

Resepi ini akak perolehi daripada keratan akhbar 8 tahun yang lalu, dah lupa akhbar apa.  Pertama kali akak cuba resepi ni, terus jatuh hati. Sejak dari itu, jika teringin nak makan kek buah campuran versi bakar akak akan menggunakan resepi ini. Terima kasih kpd empunya resepi yang asal, semoga beliau memperolehi pahala yg berpanjangan kerana telah sudi berkongsi resepi yg enak ini. Resepi ini akak dah kurangkan kandungan gula nya maka kek ini tidak terlalu manis, sedang2 elok bg akak penggemar kek buah tegar ini hehehehe


KEK BUAH CAMPURAN

Bahan-bahan:

250g mentega
100g gula perang
4 biji telur
225g tepung serbaguna (akak guna tepung naik sendiri jd akak tidak guna lagi serbuk penaik)
2 sudu kecil susu tepung
1/4 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu kecil madu
230g buahan campuran
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis (jika suka, jika tidak suka bau nya tak payah letak)

Cara membuat:

Panaskan oven pd suhu 160 C. (ikut kesesuaian oven masing-masing) - oven akak hanya 150C
Pukul mentega dengan gula perang sehingga kembang/putih
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati.
Kemudian masukkan madu dan esen vanilla. Pukul hingga sebati.
Sementara itu ayak tepung serbaguna dengan serbuk penaik, serbuk kayu manis dan susu tepung.
Ambil 2 sudu besar tepung yg diayak tadi dan gaulkan dengan buahan campuran untuk mengelakkan buah dari mendap ke dasar kek.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik sehingga sekata.
Kemudian masukkan buahan kering, gaul rata.
Masukkan adunan ke dlm loyang bersaiz 8 inci.
Bakar dalam ketuhar selama 35-45 minit atau sehingga masak.
Jangan terlebih bakar nanti kek akan menjadi kering.
Selepas 35 minit, cucuk dengan lidi sate jika keluar licin maksudnya kek dah masak bolehlah diangkat dan sejukkan atas redai.

* akak telah menambahkan secoet pewarna kuning kedlm adunan kek utk menaikkan lagi seri warna kek tersebut



Kek ini lebih enak jika dibiarkan semalaman barulah dipotong.

2 comments: