Chocolate Chip Cookies

Cuti2 sekolah ni anak2 asyik nak makan je. Petang semlm saja lah suruh anak2 buat cookies ni, dorang ni mmg suka kalau disuruh menggentel cookies ni, akak hanya adun yg selebihnya bg anak2 siapkan. Resepi dari buku Easy Baking, buku akak beli kat UK tak lama dulu. Dulu masa kat UK kalau ke carboot sale mesti cari buku resepi yg berkulit tebal biasanya depa jual dlm 50pence saja, murah kan drp harga asal 19.90 pound. Omputeh ni cukup cermat dan menjaga barang2 depa dgn baik. Wpun depa jual barang yg depa tak nak tapi barang tersbt masih cantik dan kelihatan baru. Sempat jugak lah akak kumpul koleksi buku2 resepi kulit tebal dr sana. Sekrng akak terasa rindu betul nak pergi carboot kat sana :(

Chocolate Chip Cookies

Bahan-bahan: menghasilkan 38 keping biskut

350g tepung gandum - akak guna tepung cookies
secubit garam
2 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
1 tsp emplex (perangup biskut) - ni akak suka2 tambah
150g butter
6 s/b golden syrup
100 g soft light brown sugar - akak guna 70g aje
250g chocolate chips

Cara membuat:

Ayak tepung bersama bahan penaik dan garam.
Masukkan butter kedlm tepung yg telah diayak ramas sehingga sekata.
Masukkan gula, syrup dan chocolate chip kemudian gaul sehingga menjadi doh.
Bulat2 doh kemudian susun kedlm loyang yg telah digriskan.
Apabila habis bulat2 kan, penyekkan bebola tadi menggunakan tapak tgn supaya menjadi agak leper.
Bakar selama 15 min pd suhu 170C atau sehingga keperangan/masak.
Sejukkan atas redai, simpan dlm bekas kedap udara.

* Akak tambah 60g kacang walnut cincang kedlm adunan.

Nasi Goreng Kangkung Cili Padi

Menu tertunggak lagi, ntah menu bila pun dah tak ingat. Tapi yg pasti menu ni adalah menu makan mlm...hehehe. Malas masak lauk, goreng aje nasi makan panas2 mmg enak kan. Nasi ni akak taruk kangkung hasil tanam sendiri, tanam kangkung dah lama..tapi tak pernah pupus kangkung ni...menjalar je...lagi dipetik lagi membiak. Petang semlm pun akak kutip lagi kangkung, ada dlm petiais tak tahu nak masak apa....nampak gaya nasi goreng lagi lah tu hehehe.

Rasa akak tak payah lah letak resepi, semua org tahu masak nasi goreng. Nasi goreng akak ni akak taruk udang, telur hancur, kangkung dan cili padi...perghhh berapi !

Wonderfully Soft Bread


Cinnamon Rolls yg dibuat beberapa hari yg lepas. Kali ini menggunakan resepi Florence, Wonderfully Soft Bread. Akak dan anak2 mmg menggemari apa2 yg diletak cinnamon, pendek kata mmg suka lah dgn bau cinnamon ni hehehe.

Komen akak, roti ni memerlukan masa yg panjang utk mengembang mungkin disebabkan kandungan susu, gula, telur dan butter yg byk menyebabkan aktiviti yis agak terganggu. Doh nya masa mula2 menguli mmg agak lembik dan melekat2 di tangan tetapi setelah lama diuli lama2 doh tersebut akan jd licin dan tidak lagi melekat2.

Cinnamon Rolls

Buat empunya resepi izinkan akak letak resepi kat sini utk rujukan di masa depan.

Bahan-bahan:

  • 310g tepung roti
  • 60g tepung kek (superfine flour)
  • 40g Nestle CoffeeMate - ni akak guna susu tepung anak aje hehehe
  • 115 ml susu segar
  • 20g susu pekat manis
  • 55g gula castor
  • 3g garam
  • 7g yis kering
  • 1 telur + 2 kuning telur
  • 40g mentega


Egg Glace: 1 telur + 1 st susu segar @ air - dipukul sedikit


Cara membuat:

  1. Masukkan semua bahan kecuali mentega, uli sehingga menjadi doh.
  2. Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga licin/tidak melekat.
  3. Perap selama 1 jam atau sehingga doh naik sekali ganda
  4. Tumbuk dan canai menjadi btk segiempat. Sapu mentega atasnya kemudian tabur dgn campuran gula perang & cinnamon serta kismis.
  5. Kemudian gulung memanjang dan potong menjadi beberapa ketul yg sama saiz.
  6. Susun dlm loyang dan biarkan naik sekali ganda. Sapu egg glace atasnya baru lah boleh dibakar.
  7. Bakar roti pd suhu 170C selama 15-20 min. Apabila masak, dan ketika masih suam sapukan mentega cair atasnya.Sedia utk dimakan.