Semalam buat cookies ni utk makan anak2 sempena cuti sekolah. Duduk kat rumah kerjanya nak mengunyah je. Seperti biasa menggunakan resepi daripada AZIE KITCHEN . Mmg sedap dan sgt berpuashati dgn resepi tersebut. Terimakasih kpd empunya resepi krn sudi berkongsi resepi yg sgt mabeles ini.
Oleh: Azie Kitchen
Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar
1/2 sk vanilla extract
Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib
1 cawan semi sweet chocolate chips
Cara cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk.
Ayakkan
tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan
serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam
adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut
dan chocolate chips. Adunan agak lembik.
Sudukan
atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak
jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser
mentega pun.
Bakar
dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama
15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas
jaring.







