Laksa Johor


Laksa Johor


      Bahan-bahan: Anggaran untuk 6-7 orang
  • 500 g spaghetti- direbus hingga lembut.
  • 500 g ikan selayang/parang }direbus
  • 200 g udang basah- direbus                 }
  • 100 g udang kering                              }
  • 1 sudu besar ketumbar                         }
  • 1/2 sudu besar jintan manis                   }
  • 1/2 sudu kecil jintan putih                     }      dikisar
  • 2 cm halia                                            }
  • 1 cm lengkuas                                      }
  • 2 ulas bawang putih                             }      
  • 6 ulas bawang merah                           }
  • 1-2 batang serai                                  }
  • 1 sudu makan kerisik
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 3 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 biji kelapa - jadikan 5 cawan santan
  • garam secukup rasa
  • 2 keping asam keping/gelugor
  • 4 sudu besar minyak untuk menumis

     Cara membuat kuahnya:
  • Rebus ikan seketika. Tapis tetapi air rebusan jangan dibuang. Ambil isi ikan dan kisar bersama udang basah & kering.
  • Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang telah dikisar bersama cili kisar (kecuali ikan dan udang) dan rempah  kari sehingga garing.
  • Masukkan santan, air rebusan ikan, kerisik, asam keping, ikan dan udang yang telah dikisar halus
  • Biarkan sehingga mendidih dan pecah minyak. Jika kuah terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.
  • Spaghetti direbus hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak untuk mengelakkan ianya melekat antara satu sama lain.

     Bahan Ulam:
  • 1 biji timun
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 4 batang kacang panjang
  • 4 biji limau kasturi
  • 20 helai daun selasih
  • Sedikit daun kesum
  • 200 g taugeh

      Cara menyediakan ulam:
  • Timun, bunga kantan, daun kesum, daun selasih dan kacang panjang dipotong halus.
  • Taugeh dibuang ekor (jangan dicelur)
  • Limau kasturi dibelah 2.

      Cara menghidang:
  • Letakkan spaghetti di dalam pinggan kemudian letakkan kuah, ulam dan ditambahkan dengan sambal belacan dan limau kasturi.
     

 Laksa Johor yg dah digaul dgn sambal belacan....lagi pedas lagi mengancam...! ready to eat..

Masak Lemak Siput Sedut (lauk tunjuk-tunjuk)

 
Masak Lemak Siput Sedut

Hari ni adalah hari malas sedunia..pergi sekolah krn ada aktiviti kokurikulum Jadinya lauk tengahari hanya lah lauk tunjuk-tunjuk...daku sgt sibuk minggu ini..mana nak taip minit mesy PIBG, mana nak buat laporan unit, mana nak tanda buku budak..mana nak tengok anak belajar utk PMR..mana nak ngemas rumah lagi dan bla bla bla..adussss rasa masa sgt terhad :(


 Kari Ikan Merah                                      Telur Ikan Goreng Bawang & Cili



                                    


      Kerabu Taugeh & Kacang Botol berkerisik                                  Ikan Keli bakar




Donut Gebu Beldandy


Assalamualaikum semua....dah lama tak memasak sebabkan kekangan masa. Teruja untuk buat donut apabila terbaca resepi dari Beldandy dari Forum Cari. Menurut Bel, resepi ni mmg terbaik lah dari byk2 resepi yang dia pernah cuba. Donut tetap lembut/gebu wpun dah sejuk.

Apabila cuba tadi, mmg ternyata benar...tak rugi mencuba....yahoooo !

Akak CnP resepinya disini....tqvm kpd Beldandy..izinkan akak share resepi tu disini buat rujukan akak di masa depan.

DONUT (SUMBER BELDANDY FORUM CARI)

SPONGE

420 g tepung roti
250 g air (suhu bilik)
5 g instant dry yeast (SAF is the best)

DOUGH

180 g tepung  gandum
12 g baking powder
6 g instant dry yeast
36 g susu tepung
9 g bread improver
9 g bread softener (optional)
9 g garam
70 g gula
30 g susu segar
48 g air sejuk
72 g butter

Cara-cara

Untuk Sponge : Campurkan semua bahan dan pukul pada kelajuan perlahan selama 3 minit. Kalau pakai tangan cukup dgn gaul2 sebati dan uli sesikit aje. Kemudian biarkan dalam bekas bertutup selama 4 jam.

Dough :

1. Masukkan semua bahan2 kering ke dalam mixing bowl kecuali butter.
2. Campur kan air sejuk, susu segar di ikuti oleh sponge. Pukul pada kelajuan perlahan selama 1 minit.
3. Tukar kepada medium speed dan uli selama 5 minit.
4. Masukkan butter sedikit demi sedikit dan uli selama 10 minit pada kelajuan sederhana sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh di regang pada tahap sgt nipis.
5. Rehatkan selama 10 minit.
6. Canaikan dan terap. Susun atas dulang dan biarkan 30 minit sebelum di goreng.