Rendang ayam yg dibuat sempena Aidil Adha baru2 ni. Rendang ini sengaja dibuat agak kering/hancur supaya ianya tahan lama dan senang dicicah dgn lemang atau nasi impit.
RENDANG AYAM KERING
Bahan-bahan:
1 ekor ayam } dipotong
2 biji kelapa } ambil santan pekat
1 helai daun kunyit } dihiris halus
4 helai daun limau purut }hiris halus
2 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
garam secukup rasa
sket gula merah jika suka
Bahan kisar:
15-20 tangkai cili kering
20 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 cm halia
3 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
4 batang serai (hiris bahagian ubinya sahaja untuk dikisar, btgnya diketuk )
3 biji buah keras
Cara membuat:
Bahan kisar hendaklah dikisar dgn santan (jgn guna air)
Satukan santan, bahan kisar, ayam, kerisik, batang serai yg diketuk dan asam keping
Jerang atas dapur hingga hampir kering.
Masukkan garam dan gula melaka dan kacau hingga kering.
Sebelum angkat taburkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut.
Kacau sebati, bolehlah diangkat.