BISKUT BADAM RANGUP


Resepi boleh rujuk SINI.
 

TAT NENAS GULUNG


Kuih tat nenas kegemaran sekeluarga, Setiap tahun mesti buat untuk raya. Kali ni saya tambah tepung jagung sikit  untuk mengurangkan kegebuan tat tersbt. Terlampau gebu pun x best jugak..melekat kat lelangit bila makannya. Resepi spt dibwh:

Tat Nenas Gulung (180 biji tat )

Bahan-bahan:

920 g tepung gandum 
600 g mentega
 4 kuning telur
1 putih telur
1/4 sudu teh garam halus
80g tepung jagung
15-20 g gula halus - yg ni resepi asal tak letak tapi kalau tak letak pun tak pe lemak2 je pastrinya...letak pun tak apa...dua2 sedap
1 sudu teh esen vanilla
sket pewarna kuning

1 kg Jem Nenas (kalu letak byk kena buat lebih sket lah jem tu)

Sapuan:

1 kuning telur + sket pewarna kuning + 1/2 sudu kecil air - kacau sebati


Cara membuat:

Campurkan kuning telur, putih telur, garam halus esen vanilla dan pewarna kuning dlm mangkuk kecil, pukul sket.
Dalam mangkuk besar, gaul kan mentega, gula, tepung gandum dan tepung jagung hingga menjadi serbuk roti kemudian masukkan campuran telur tadi. Gaul sebati. Masukkan dlm acuan tat gulung, picit dan letak kan jem kemudian gulung.
Sapu atasnya dgn bahan sapuan kemudian bakar pd suhu 160C selama 20 min atau sehingga masak (suhu dan masa bergantung kpd jenis oven)

Nota: Jika adunan keras yakni gulungan putus2 boleh lah tambah sket lg majerin/mentega sehingga mendpt adunan yg betul2 lembut