Showing posts with label Lala. Show all posts
Showing posts with label Lala. Show all posts

Lala Goreng Cili Berserai

Lala goreng cili berserai, hidangan beberapa hari yg lalu. Enak dimakan panas2 bersama nasi atau diratah begitu sahaja. Tak sangka anak2 cukup menggemari lala berbanding kerang. Bila2 g pasar borong boleh beli lagi lala yg segar begini.

LALA GORENG CILI BERSERAI

Bahan-bahan:

2 kg lala
4 tangkai cili merah - ditumbuk kasar
sedikit cili padi - ditumbuk kasar
1 labu bawang besar - ditumbuk kasar
4 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
3 batang serai - diketuk
2 sudu besar sos tiram
1 tangkai daun ketumbar - dihiris
1 biji limau nipis
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Cara membuat:

Lala dicuci hingga bersih.
Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan tumbuk serta serai.
Apabila naik bau masukkan sos tiram dan lala.
Tutup kuali seketika sehingga semua lala terbuka.
Angkat tutup kuali, kacau sekata rasakan garam secukupnya.
Tutup api, taburkan daun ketumbar dan perahan air limau nipis.
Sedia dihidangkan panas2.