Hari minggu macam2 nak buat, dari pagi berada di dapur mengemas apa yg patut...tup tup tengok jam dah petang. Cepat betul masa berlari hehehe. Esok dah nak sekolah semula....dan bermula lah kembali episod hari2 yg sibuk dgn pelbagai benda nak dibuat, kadang2 rasa cam lipas kudung pun ada.
Bun ni akak & famili buat minum petang dan selebihnya simpan utk sarapan esok pagi. Akak buat 1 kg lebih skit tepung (2 adunan) dptlah 22 ketul bun yg montok2 dan 1 biji loaf. Esok pagi tak de lah akak kelam kabut nak masak sarapan...
Resepi bun ni akak olah dr resepi Gert, Japanese Style Sweet Bun yg akak buat sebelum ni. Dlm resepi ni akak menggantikan gula dgn susu pekat manis dan tambahkan kuantiti mentega.....hasilnya perghhh lemak gitu. Next time mungkin akak tambah skit lagi susu pekat manis dlm adunan sbb kali ni rasanya cam tak berapa terasa manisnya...hehehee
Bahan-bahan:
Bahan A:
410g tepung high protein
100g tepung superfine
80g susu pekat manis dibancuh dgn air- lain kali akak nak jd kan 100g
3/4 sk garam
7g atau 2 1/2 sk yis segera
1 biji telur - pukul sekejap
130ml air
60g butter - pd suhu bilik
Bahan B:
sedikit kismis dan coklat emulco - dimasukkan selepas perapan pertama
Water-Roux Paste :
25g tepung high protein
125ml air
Masukkan tepung dan air, kacau diatas api perlahan sehingga pekat menjadi pes. Setelah masak tutup dgn cling film sehingga suam2 kuku dan sedia utk digunakan.
Egg Wash
1 biji telur + 1 sudu kecil susu atau air paip
Akak guna golden raisin, bila koyak roti tak kelihatan lah pulak tapi bila makan terasa kismisnya...sedap !
Cara membuat:
Masukkan ke dlm mixer kesemua tepung, yis dan water roux. Gaul sekata kemudian masukkan telur, bancuhan susu dan garam.Uli sehingga membentuk doh.
Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga terhasilnya doh yg kenyal dan licin. Bahagi doh kpd 2 bahagian, satu warna asal dan satu lg masukkan sedikit coklat emulco dan kismis.
Perap selama 1 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda. Kemudian tumbuk biar angin nya keluar lepas tu canai doh biasa letakkan doh coklat atasnya canai lagi kemudian gulung. Potong gulungan tadi kpd beberapa bahagian, bentukkan menjadi bun atau loaf atau apa saja mengikut citarasa masing2.
Susun dlm loyang yg telah digriskan. Biarkan bun naik 2 kali ganda, kemudian sapukan 'egg wash' atas permukaannya. Bakar pd suhu 180'C selama 15-20 min sehingga keperangan. Angkat dan sapukan mentega cair atas permukaannya kemudian sejukkan atas redai besi. Utk mendptkan permukaan yg lembut, bun tadi hendaklah diselimutkan dgn kain bersih. Bila sejuk simpan bun dlm bekas kedap udara.