Ayam Panggang Madu - Siri 2



Menu ayam mmg jd kegemaran anak2, tak kira lah ayam masak apa pun. Hari2 masak ayam pun tak apa. Kadang2 malas juga akak nak masak ayam selalu, boring sgt. Paling senang apa lagi panggang lah. Biasanya hari minggu akak beli ayam, balik rumah terus cuci dan perapkan dgn bahan perapan pastu akak masukkan dlm container pastu frozenkan. Buat stok hari2 'kecemasan'. Kecemasan tu maksudnya malas, letih atau kesuntukkan masa. Bila perlu kuarkan aje ayam tu dan terus masuk oven, senang dan sedap.


AYAM PANGGANG MADU


Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam saiz sederhana
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 3 sdb kicap manis
  • 3 sdb sos tiram
  • 2 sdb sos lada hitam
  • 4 sdb madu - boleh ganti dgn gula
  • lada hitam biji - ditumbuk kasar secukupnya
  • sket bijan -ditabur atas ayam
  • 1 sdb mentega
  • garam secukupnya

Cara membuat:

  1. Cuci ayam dan toskan.
  2. Perap ayam dgn semua bahan diatas selama sekurang2nya 3 jam
  3. Sebelum panggang, tabur kan keliling ayam dgn bijan.
  4. Panggang dlm oven pd suhu 170C (suhu bergantung kpd oven) selama 1 jam
  5. Semasa setengah yg pertama pusing kan ayam dan siramkan dgn jus atau lebihan bahan perapan.
  6. Panggang lagi hingga masak.

Ayam Masak Paprik


Menu ni sebenarnya dah lama, baru hari ni teringat nak masukkan dlm blog ni. Anak2 mmg suka masak paprik, nak2 makan masa panas2 bersama nasi panas. Mak depa lalu belakang mmg tak nampak hahaha.

AYAM MASAK PAPRIK

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor /600 g ayam } dipotong kecil-kecil
  • 100 g lobak merah } dipotong bulat-bulat
  • 100 g bunga kobis } dipotong kecil ikut bunganya
  • 100 g kacang panjang } dipotong sepanjang 4.5 cm
  • 1 biji buah tomato } dipotong 4
  • 3 helai daun limau purut } disiat/koyak skit
  • 2 ulas bawang putih } dicincang
  • 1 labu bawang besar Holland } dihiris bulat-bulat
  • 1 inci halia } dimayang
  • 2 btg serai } diketuk
  • 6 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar kicap masin
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 7 biji cili api }dibelah 2 - jika suka pedas boleh tambah lagi
  • 4-5 sudu besar minyak untuk menumis
  • 1 biji limau nipis
  • sedikit air
  • sedikit daun ketumbar } dipotong untuk hiasan - jika suka, tak bubuh pun tak apa

Cara membuat:

  • Ayam dan sayur dicuci berasingan kemudian toskan.
  • Panaskan minyak didalam kuali, masukkan ayam kemudian goreng sehingga keluar air ayam dan ayam 3/4 masak sahaja (JANGAN sampai garing/kuning)
  • Keluarkan ayam dari kuali, menggunakan minyak tadi tumiskan bawang putih, serai dan halia sehingga wangi dan kekuningan
  • Masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis, kicap masin dan sedikit air
  • Selepas menggelegak, masukkan isi ayam dan daun limau purut.
  • Biarkan ayam betul-betul masak dan kuah agak pekat barulah masukkan semua sayuran, cili api, bawang besar dan sos ikan.
  • Kacau 3 minit kemudian perah limau nipis dan bolehlah diangkat
  • Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit daun ketumbar.

Nota: Masakan ini TAK PERLU letak garam sbb dah cukup masin.

Pau Gebu - edisi pau sejuk beku

Cuti sekolah baru2 ni, sempatlah akak buat pau lagi kebetulan ada lagi inti frozen tu hari. Akak buat menggunakan 1 kg tepung pau dptlah 35 biji. 25 biji drpnya lepas kukus akak buat pau frozen.
Bila2 malas atau kesuntukkan masa nak buat sarapan, kukus je pau ni...senang dan mudah.

Pau yg masih panas2 dlm loyang, tunggu sejuk sebelum di simpan dlm freezer. Pau ni masih menggunakan resepi Pau Bagus...akak mmg suka sgt dgn resepi ni...perfect rasanya bagi akak sebijik cam pau komersil hehehe (perasan betul hahaha)

Resepi boleh rujuk kat sini Pau Bagus. Akak mengunakan loyang beso...sekali kukus 18 biji hehehe. 2 kali kukus dah siap 35 biji. Puas hati sejak ada loyang ni...klu dulu guna loyang kecik sekali kukus 4-5 biji...nak boleh ke abis...pau yg menunggu turn tu dah terlebih kembang...tu yg bila kukus...angkat2 jd kecut berkedut seribu cam rupa nenek kebayan hahaha.

Masih fail nak bulat kan pau....masih tak sebulat bulan mengambang hehe.