Nasi Ayam Sempoi


Nasi ayam bersama kuncu2nya, peha tu terlampau besar lah pulak..

Kak Noor suka kuah sup nasi ayam yg tak berempah ala2 Cina gitu

Hari ni tak tahu nak masak apa, kalau ikutkan selera sendiri nak je masak ikan..tapi anak2 kalau masak lauk ikan kurang berselera pulak. Susah betul anak2 zaman sekrng, suka benor makan ayam. Hari2 ayam, ayam, ayam. So tadi pagi2 lagi ke pasar, tengok ayam pastu ternampak pulak daun sup segar bugar terus aje teringat nasi ayam. Disebabkan kemalasan melanda, jd lah nasi ayam sempoi aje...main baling2 je hehehe
Anggaran utk 3-4 org makan:

Bahan utk masak ayam:

  • 1/2 ekor ayam- dipotong 2
  • 2 ulas bawang putih } diketuk
  • 1 inci halia } diketuk
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit minyak bijan
  • 6 cawan air
Cara membuat:
  • Ayam dibersihkan kemudian direbus di dalam air bersama halia dan bawang putih selama 15 minit
  • Angkat ayam, toskan kemudian perap sebentar bersama campuran kicap manis, sos tiram dan beberapa titis minyak bijan
  • Air rebusan disimpan untuk masak nasi dan buat sup
  • Ayam yg telah diperap tadi digrill dlm oven sehingga agak garing dan berkilat ATAU digoreng sehingga berkilat bolehlah diangkat.
  • Bila masak potong ayam kecil-kecil dan renjiskan sedikit minyak bijan sebelum dihidangkan
Bahan untuk buat sup:
  • 1 ulas bawang putih - dimayang
  • 1 cm halia - dimayang
  • 2 ulas bawang merah - dimayang
  • daun sup } dihiris
  • 3 cawan air rebusan ayam
Cara membuat:
  • Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan-bahan yg dimayang dan goreng sehingga kuning.
  • Masukkan air rebusan ayam
  • Masukkan garam secukup rasa.
  • Angkat dan taburkan daun sup
Bahan untuk masak nasi:
  • 2 cawan beras
  • 3 cawan air rebusan ayam - jika beras lembut kena kurangkan airnya bergantung kpd jenis beras tersbt
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 cm halia - ditumbuk
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar majerin
  • 1 sudu besar minyak masak
  • setitik pewarna kuning atau sket serbuk kunyit
Cara membuat:
  • Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
  • Panaskan majerin + minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi
  • Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam, pewarna kuning dan garam.
  • Tanak hingga masak.
Bahan untuk buat sos cili:
  • 4 biji cili merah
  • 1 ulas bawang putih
  • halia secotet
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu besar minyak rebusan ayam
  • sedikit gula dan garam
Cara membuatnya sos cili:
  • Kisar cili bersama bahan-bahan di atas sehingga halus
Bahan untuk buat sos kicap:
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar air rebusan ayam
Cara membuat sos kicap:
  • Campurkan semua bahan di atas kacau sebati.
Bahan sampingan: -dihiris
  • 1 biji salad
  • 1 batang timun
  • 2 biji buah tomato

Jika Berpacaran-Sohaimi Mior Hasan



Layan lagu dulu, rehatkan minda.

IKAN CELUP TEPUNG


Kak Noor pantang nampak ikan kembung segar bugar, mula lah nak kasi celup tepung. Mmg suka sgt makan ikan celup tepung, klu balik Trg mesti singgah Pantai Batu Buruk makan ikan celup tpg wpun mahal giler. Sekrng cuti sekolah, akak ada masa pagi2 pergi pasar, klu hari Jumaat kat umah akak ada pasar ala2 pasar tani...ikan2 nya perghhh tak usah cakap mmg fresh sungguh, harga berpatutan pulak tu. Tapi bila sek buka, akak akan miss pasar ni...uwaaaa.

Ikan celup tepung ni, tepung nya kena rangup baru best. Yg penting kena masukkan skit air kapur, baru lah kerak2 nya rangup krup krap krup krap gitu. Ok jom semak resepi.

IKAN CELUP TEPUNG

Bahan-bahan:

Ikan kembung segar
Tepung beras
Air kapur sket
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Serbuk kunyit sket
Minyak utk menggoreng

Cara membuat:

Bersihkan ikan. Toskan.
Bancuh tepung beras bersama bahan2 lain sehingga sekata.
Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
Celup ikan dlm bancuhan tepung beras td, goreng dlm minyak yg panas.
Hidang panas2 bersama sos cili.

Nasi Minyak Ganu dgn kuncu2nya


Nasi minyak ni mmg menjadi kegemaran kami sekeluarga, maklumlah org Ganu. Yg istimewanya nasi minyak ni dimakan bersama kuah gulai daging yg menggunakan bawang goreng sbg salah satu bahan utama. Gulai ni sgt harum dan tidak muak dimakan krn tidak menggunakan santan langsung. Resepi spt dibwh.

Nasi Minyak Trg - Hidangan utk 5 org

Bahan-bahan:

3 cawan beras basmathi
4 1/2 cawan air - jika guna beras lembut kurangkan air atau mengikut kesesuaian beras trsbt.
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil garam
pewarna kuning
2 helai daun pandan -disimpul

Bahan utk menumis:


1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar majerin
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 in halia ]
3 ulas bawang merah] dimayang
1 ulas bawang putih]

Cara membuat:

Beras dicuci kemudian ditoskan
Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk. Masukkan bahan tumis
Goreng hingga naik bau/kekuningan
Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
Masukkan air dan susu
Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika
Kemudian gemburkan nasi guna garpu
Sedia dihidangkan bersama lauk pauk

Gulai Daging Bawang Goreng

Bahan-bahan:


1 kg daging lembu
2 sudu besar rempah gulai nasi minyak-kena beli kat Trg
4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] kisar
1/2 in halia]
segengam bawang goreng - kena guna yg homemade klu yg kat kedai kurang wangi
1- 2 sudu besar susu manis - ikut citarasa, nak guna susu cair pun boleh tapi kena buh gula sket
1 sudu kecil sos tomato
3 ketul ubi kentang - ptong 4
sket kismis
air secukupnya

Bahan tumis:

2 in kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sket minyak

Cara membuat:


Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga wangi. Masukkan bahan kisar, kacau sehingga naik bau.
Masukkan rempah, bawang goreng yg diramas2 sket, sos tomato dan susu.
Masukkan daging. Renehkan seketika.
Masukkan air secukupnya (gulai ni takleh pekat sgt). Reneh sehingga daging empuk, masukkan kentang, kismis dan garam secukup rasa
Masakkan sehingga kentang empuk. Sedia utk dihidangkan

Kek Pisang Lembab dan Gebu

Kek ni terlebih tinggi pulak, lain kali kena guna acuan lebih besar.

Kek yg belum dipotong, kena posing dulu

Kek utk kak Noor, tak sabar nak ngap..

Kek pisang ni telah menjadi salah satu kek kegemaran ku. Resepi oleh Sue-Rans dari Forum Cari. Tq Sue krn telah berkongsi resepi yg sgt mudah dan paling penting sungguh enak. Resepi ni telah akak ubah suai skit dgn menambahkan kuantiti pisang.

Kek Pisang Lembab dan Gebu

Bahan-bahan:

300g pisang dilecek
240 g tepung gandum - lebih suka guna tepung superfine
180 g gula castor - kalu suka kurang manis guna 160 g aje
4 biji telur
160 ml minyak jagung
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam

Cara membuatnya:

Campurkan semua kedlm mixer, putar sehingga kembang dan gebu putih.
Masukkan dlm loyang dan bakar pd suhu 160C selama 1 jam atau sehingga masak
Pastikan adunan setengah drp loyang krn kek akan naik sekali ganda.

Cinnamon Rolls with Cream Cheese Frosting


Hari ni buat pertama kali cuba buat Cinnamon Roll ala2 Cinnabon..pagi2 lagi dah bekerja Kenwood ku. Resepi dari AllRecipes.com, tqvm tapi kak Noor ubahsuai skit resepi mengikut citarasa sendiri. Nasib baik hasilnya sgt memuaskan. Harum semerbak satu rumah dgn bau cinnamon. Mesti jiran belakang rumah pun tumpang bau sama....



Masih dalam loyang, suam2 lagi...gambar kurang menarik, agaknya kurang pencahayaan...


Dalam proses mengembang..


Cinnamon Rolls

Bahan:

Doh:
100 ml air
200 ml susu segar
55 g mentega
48 g tepung superfine
1 biji telur
10 g gula
3 g garam
550 g tepung high protein
7 g yis segera
1 sudu kecil esen vanilla

Inti:
55 g mentega
125 g gula perang
9 g serbuk kulit kayu manis (cinnamon)

Topping:

112 g cream cheese - dibiar pada suhu bilik
55 g mentega
80 g gula icing
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar susu segar

Cara membuatnya:

Masukkan semua bahan doh, uli sehingga licin.

Perap selama 1 jam sehingga doh naik sekali ganda

Tumbuk dan canai menjadi segiempat berukuran 17x10 in. Sapu mentega atasnya kemudian tabur dgn campuran gula perang dan cinnamon. Kemudian gulung memanjang dan potong menjadi 16 ketul berukuran 1 in setiap satunya.

Susun dlm loyang dan biarkan naik sekali ganda atau selama 45 min. Sementara itu buat topping dgn mencampurkan semua nya dan kacau sebati.

Bakar roti pd suhu 170C selama 15-20 min. Apabila masak, dan ketika masih suam sapukan topping atasnya.Sedia utk dimakan.

Cheesy Sausage Rolls


beratur dlm pinggan..


Proses mengembang


Proses membakar



Sejak cuti sekolah ni, anak2 kat rumah..kejap2 nak makan. Mengenangkan Kenwood ku dah lama tak bekerja setelah sekian lamanya takut lak nanti lama tak pakai mesin tu merajuk terus. Jadi apa lagi, projek meroti la..buat Cheesy Sausage Roll untuk minum petang dan sarapan esoknya sekali.

Doh roti ni akak guna resepi Chanel2004, Soft Butter Bun tapi diubah suai sikit jd Cheesy Sausage Roll

Bahan-bahan:

250g tepung high protein
50g tepung superfine
30g gula castor
1 tsp garam
2-1/2 sudu besar susu tepung
1-1/2 sudu kecil yis segera
1 biji telur
30g mentega, pd suhu bilik
140 ml air
sosej secukupnya
Keju cheddar yg telah diparut secukupnya

Utk Sapuan:

1 biji telur + 1 sudu besar susu - campur
sket mentega

Cara membuat:

Campurkan semua bahan kecuali mentega dan uli sehingga membentuk doh. Masukkan mentega dan uli lagi sehingga licin dan elastik. Perap doh selama 1 jam atau sekali ganda.
Tumbuk doh dan bahagikan kepada 55g setiap satu bahagian.
Ambil satu bahagian doh, gentel memanjang dan gulung pd sosej yg telah direbus.
Susun di dalam loyang yg dilenser skit mentega.
Biarkan naik 2 kali ganda, sapu atasnya dgn campuran telur dan susu kemudian taburkan atasnya dgn keju cheddar.
Bakar pd suhu 170C selama 20 min. Bila masak sapu dgn sket mentega.


Horaaayyyy Cuti Sekolah !!!!!!!!!!!!!!!

Akhirnya saat yg ditunggu2 oleh ku, apa lagi cuti sekolah la.... tiba jua.
Best nya dpt lepak kat umah selama sebulan lebih...yg bukan cikgu jgn jeles hahahaha !