Roasted Blackpepper Chicken with Mashed Potato & Gravy


Dinner mlm ni...ala2 western gitu..dah jemu makan nasi, sesekali makan mashed potato syiok jugak..

Anak2 lah mintak ayam panggang lada hitam ni, akak pun macam dah buntu nak masak apa. Jemu jugak kadang2 kehabisan idea nak masak apa.

Bersiap sedia utk kena sembelih...anak2 keliling meja tak sabar nak makan..
Roasted Blackpepper Chicken


Bahan-bahan:

1 ekor ayam saiz sederhana
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
3 sdb kicap manis
3 sdb sos tiram
2 sdb sos lada hitam
2-3 sdb madu - boleh ganti dgn gula
lada hitam biji - ditumbuk kasar secukupnya
1 sdb mentega
garam secukupnya

Cara membuat:

Cuci ayam dan toskan.
Perap ayam dgn semua bahan diatas selama sekurang2nya 3 jam
Panggang dlm oven pd suhu 170C selama 1 jam atau lebih bergantung kpd saiz ayam
Bila dah masak angkat ayam, simpan jus dlm loyang pembakar.
Gravy

Cara:

Masukkan 1 cawan air atau secukupnya kedlm loyang pembakar ayam tadi.
Kacau sikit.
Pindahkan campuran air tadi kedlm periuk.
Tambah tepung gandum 2 sdk, kacau atas api yg perlahan sehingga agak pekat. Rasakan garam secukupnya
Jika suka boleh letak serbuk ayam sket tapi akak tak letak pun.
Angkat dan sedia utk diguna.

* Sukatan resepi ni anggaran sahaja....bole ditambah ikut citarasa masing2

Kentang Putar (Mashed Potato)
Bahan-bahan:
  • 1 kg kentang Russet
  • 1/4 cawan susu segar
  • 2 sudu besar mentega
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa
Cara membuat:
  • Kentang dikupas dan dipotong 4 kemudian direbus didalam air mendidih bersama garam sehingga empuk.
  • Setelah empuk, toskan kemudian lenyekkan di dalam periuk tadi ketika kentang masih panas
  • Letak kembali periuk atas dapur dgn api yg sederhana sambil itu masukkan susu, lada hitam, mentega, lenyekkan bersama kentang tadi sehingga gebu dan sebati.
  • Sedia untuk dihidangkan

3 comments:

Anie said...

Salam Kak Noor,

Kenapa di panggil kentang putar biler kita lenyek kentang tu eh?? hehehez...sesaje jer nak buat lawak bodoh pagi2 mcm ni XD...hahahaz

Tapi sedap jer tgk ayam tu, mcm nak jadikan menu dinner mlm ini...yummzz yummzz :p

NoorMasri said...

salam Anie....

hahahaha...kalu panggil kentang lenyek....cam tak glemer lak...lagi pun kan...masa kita lenyek kan kentang tu berputar ke kiri..ke kanan...hihi

Unknown said...

salam sis, saya mohon untuk share resipi yer... tqvm