Petang semlm buat kek kukus buah2an tapi kali ni menggunakan resepi Diana. Hasilnya mmg lembab dan sedap cuma buahnya agak jatuh sket silap akak jugak pi kacau tak ingat dunia..hehehe. Kepada D akak ucapkan ribuan terimakasih krn sudi berkongsi resepi yg sedap ini. Akak hanya menggunakan 1/2 adunan dari resepi asal.
KEK KUKUS BUAH-BUAHAN BASAH (Loyang 6x6 in)
Sumbangan:
DianaBahan-bahannya300 g tepung gandum
150 g gula halus - akak guna 60g aje dah cukup manis
3 biji telur - GRADE A
310 g mentega
250 g buah-buahan campuran
50 g kepingan badam (almond flake)
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh pewarna coklat sarsaparilla brown liquid (akak guna black treacle)
1 cawan gula } untuk dibuat gula hangus
aluminium foil
Cara-caranya:
1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 300 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 1 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati.
7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
8. Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam.