Kek Pisang Lembab & Gebu


Kembali bersiaran lagi....dah lama tak kemaskini umah ni...dah hampir2 bersawang.

Camana nak kemaskini, tak de resepi yg menarik....hanya resepi ulangan semata2. Kali ni nak cite resepi ulangan iaitu tak lain tak bukan salah satu kek kegemaran ku sekeluarga iaitu kek pisang.

Kek Pisang ni akak buat minggu lepas. Resepi kek ni boleh klik sini. Mmg dah selalu buat kek pisang ni, mmg takkan jemu punya membuatnya. Bukan setakat buat, makan kek ni pun tak jemu...pas sekeping, sekeping masuk mulut...abis camno, lama2 haku pun jd gebu macam kek ni




Tengoklah texture kek ni, mmg gebus tak hengat punya.....tak caya cer try hehehe.

Kek masih dlm loyang (9x9 in)

Kali ni akak saja tabur kepingan badam dan kismis atas permukaan kek sebelum dibakar. Mmg sedap bubuh badam, rangup je bila makan panas2 dan terasa kelemakan badam tersbt. Cuma bila letak badam, bila cara potong memotong agak payah lah sket..potongan akan jd tak kemas. Tapi tak pe janji sedap. Kismis tu pulak, bila tergigit akan terasa masam manis kek tu, perghh mmg lazat punya.


Homemade Keropok Lekor - updated


Keropok lekor yg dibuat minggu lepas. Lama dah tak balik Trg, terasa teringin sgt nak makan kepok lekor yg banyak ikan. Kebetulan pi pasar Klang, jumpa ikan selayang yg segar bugar...beli 2 kg utk buat kopok lekor. Sedap dimakan sebaik aje selepas direbus. Anak2 pun suka makan kepok rebus kecuali abahnya aje yg tak reti makan kepok rebus..mesti nak kena goreng gak...hehehe.

Keropok Lekor Trg

Bahan-bahan:

2 kg ikan selayang/kembung - ambil isi dpt lebih kurang 2 bekas bulat taufufa
3/4 bekas bulat taufufa tepung sagu
2 sudu kecil garam kasar - lebih kurang
secubit serbuk perasa jika suka

Cara membuat:

Isi ikan dimasukkan ke dlm food processor, kisar hingga hancur.
Kemudian masukkan tepung sagu, garam dan serbuk perasa.
Kisar lagi sehingga sebati.
Panaskan air dlm periuk hingga mendidih.
Tabur sedikit tepung sagu atas papan pencanai, ambil sedikit adunan tadi kemudian gentel kpd saiz yg dikehendaki.
Gentel semua hingga habis.
Rebus dlm air mendidih hingga masak iaitu apabila keropok tadi timbul lebih kurang 10 min atau bergantung kpd saiz keropok tadi.
Angkat dan toskan.
Enak dimakan begitu saja atau digoreng.

Cara perisi ikan


Food processor yg akak guna, utk tujuan kisar akak guna yg bermata tajam kat luar tu

Tepung sagu yg akak guna, akak beli dr pengusaha kepok lekor di Trg ....dah lama akak beli tahun lepas lagi....tapi sbb simpan dlm petiais masih ok lagi tepung sagu tu...ada byk lagi tepung tu, kena wat lagi...nanti balik Trg boleh beli lagi hehehe

Ayam Masak Merah Menyala @ Ayam Masak Sambal


Ayam Masak Merah Menyala

Menu beberapa hari lepas, ayam masak merah menyala...tapi tak la pedas mana pun. Spt biasa lah, anak2 akak mmg suka makan ayam tambahan pula lauk merah2 cam ni lagi lah bertambah2 suka hehehe.

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
6 ulas bawang merah -
2 ulas bawang putih -}kisar
1/2 in halia -
4 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos tomato - kalau tak suka boleh ganti dgn air asam jawa
sket serbuk kunyit
garam dan gula melaka (nisan) secukup rasa
minyak utk menggoreng ayam & menumis
1 labu bawang besar Holland - potong baji
2 tangkai cili hijau - belah dua

Cara membuat:

Ayam dipotong kecil, cuci dan toskan.
Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam, goreng hingga 3/4 masak.
Panaskan kuali, tumiskan bahan kisar bersama cili kisar hingga naik minyak.
Masukkan sos tomato dan sedikit air.
Kemudian masukkan ayam, kacau hingga rata.
Bila masak masukkan bawang besar dan cili hijau.
Kacau seketika kemudian angkat.

Kek Marble Lembut Lagi Sedap NINA

Angin 'R' dah dtg hehehe. Sebenarnya kek ni buat petang semalam sempena hari jadi anak bongsu akak ...w/pun dah terlewat 3 hari tapi ku gagahkan jua utk membuatnya..wpun anakku itu tak berapa suka makan kek tapi dia suka jilat2 adunan yg belum dibakar itu..dia kalau dpt mangkuk pengadun bekas adunan kek tu...akan dijilat mangkuk tuh sampai bersih hahahaha..kiranya senang maknya nanti nak cuci.

Tapi tak sangka sgt, sebaik aje kek ni masak, abis 1/2 biji kek dimakan kami anak beranak. Husben yg tak suka kek pun makan sampai 2 keping, bahagian tepi kerak2 tu. Agaknya sbb dah lama sgt akak tak buat kek kot. Tak pun sbb lapar sgt kot hahaha.

Resepi kek ni akak perolehi dulu2 (5-6 tahun lepas) masa bergiat aktif dalam forum cari, sumbangan Nina. Dah byk kali buat kek marble menggunakan resepi ni. Kek ni mmg gebu dan sedap...akak marble dgn emulco coklat, emulco oren dan kaler biasa tuh tak buh apa2 emulco.

Bau kek semasa dibakar mmg harum semerbak dek gabungan oren dan coklat.


Kek Marble Lembut Lagi Sedap Nina

Bahan-bahan: (loyang 8 in)

8 oz mentega
6 oz tepung gandum (akak guna superfine)
6 oz gula castor - gula ni akak kurangkan lagi sbb akak ni tak suka kek yg manis sgt
5 biji telur dari fridge
3 sudu besar susu pekat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak (akak guna coklat emulco dan oren emulco)

Cara membuat:

Tepung diayak bersama baking powder.
Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.
Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.
Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dlm adunan putih telur dan pukul hingga rata.
Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
Akhir sekali masukkan tepung skit2 dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emluco pilihan anda.
Guna loyang 8 in persegi selang seli masukkan adunan tadi dimulai dgn adunan asal.
Bakar pd suhu 180C selama 45 min atau sehingga masak. Suhu oven bergantung kpd oven masing2.

* Tips: Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunnakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.