Bingka Roti Kukus Pandan
Bahan-Bahan
- 8-10 keping roti putih
- 400 ml santan - akak guna santan segar dari 1/2 biji kelapa
- 1 cawan gula (akak 1/2 cawan je)
- 4 biji telor - ( buang tali pusatnya)
- 1 sudu teh garam halus
- 1/2 sudu teh pes pandan - akak guna pewarna hijau pandan
- 3 helai daun pandan - disimpul (akak mesin dgn santan kemudian tapiskan)
- Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
- Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
- Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
- Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
- Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
- Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan.
Akak cadang masa nak buat bingka ni, nak lah letak kismis dlm nya....sekali dah bancuh sumer bahan cari kismis dalam almari..laaaa dah habis rupanya hehehe. Rasa akak kalu letak kismis mesti bertambah sedap sbb ada masam2 manis kan, tak pe next time boleh letak.
No comments:
Post a Comment