Tat Nenas Gulung - Gebu & Rangup

  

 Buat lagi tat nenas tapi versi gebu dan rangup, lemak dgn kandungan serbuk badam. Akak suka pulak versi ni tak lah melekat sgt kat lelangit bila makan tat hehehe.


Tat Nenas Gulung (180 biji tat )

Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum Cap Sauh
600 g mentega
 4 kuning telur
1 putih telur
1/4 sudu teh garam halus
40g serbuk badam
15-20 g gula halus - yg ni resepi asal tak letak tapi kalau tak letak pun tak pe lemak2 je pastrinya...letak pun tak apa...dua2 sedap
1 sudu teh esen vanilla
sket pewarna kuning

1 kg Jem Nenas (kalu letak byk kena buat lebih sket lah jem tu)

Sapuan:

1 kuning telur + sket pewarna kuning + 1/2 sudu kecil air - kacau sebati


Cara membuat:

Campurkan kuning telur, putih telur, garam halus esen vanilla dan pewarna kuning dlm mangkuk kecil, pukul sket.
Dalam mangkuk besar, gaul kan mentega, gula, tepung dan serbuk badam hingga menjadi serbuk roti kemudian masukkan campuran telur tadi. Gaul sebati. Masukkan dlm acuan tat gulung, picit dan letak kan jem kemudian gulung.
Sapu atasnya dgn bahan sapuan kemudian bakar pd suhu 160C selama 20 min atau sehingga masak (suhu dan masa bergantung kpd jenis oven)

Nota: Jika adunan keras yakni gulungan putus2 boleh lah tambah sket lg majerin/mentega sehingga mendpt adunan yg betul2 lembut

5 comments:

Azie said...

As salam. sangat teruja melihat gambar tart dan juga apa yang ditulis. nanti boleh juga cuba resepi ini. Selamat Hari Raya dari Azie Kitchen

NoorMasri said...

wslm..selamat hari raya Azie..

Anonymous said...

nampak sedap...

Kak Nita said...

Salam kak noor ,

saya dah try , sedap.
Izinkan saya share pulak resepi ni ya...
terima kasih

Violet said...

Great read thhank you