KEK KUKUS BUAH-BUAHAN - Versi Basah (Loyang 10x10 in)
Bahan-bahannya
500 g tepung gandum
100 g gula halus - letak 90g jer
5 biji telur - GRADE A
500 g mentega
250 g buah-buahan campuran
250 g kismis hitam
50 g kepingan badam (almond flake) disangai
50 g walnut-dicincang dan disangai
50 g biji bunga matahari -disangai
1 2/3 sudu teh bicarbonate of soda
1 2/3 sudu teh cream of tartar
1 1/4 sudu teh esen vanilla
1 3/4 cawan gula } untuk dibuat gula hangus
aluminium foil
Cara-caranya:
1.
Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 500
gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul
rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat
mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
3.
Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan
sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown
liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
4.
Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah
sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh
terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi
memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan
adunan mentega.
5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam
adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu
pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan
terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik
sehingga tepung sebati.
6. Menggunakan periuk non-stick yang ada
handle, masak 1 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula
sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula
hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila
ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam
adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula
plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati.
7.
Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan,
jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini
untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
8.
Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan
salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang
dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan
aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh
dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama
4 jam.
Ulasan:
Setelah beberapa kali membuat kek ni dan mengubahsuai akhirnya inilah kek yang memenuhi selera akak.
Kek buah yang sedang2 manisnya, penuh rasa buah dan kekacang sekali makan sepotong pasti nak lagi. Lepas ni mmg kekal guna resepi ni je.