ANEKA BUN RESEPI LIZA OTHMAN

 
Salam semua, sejak cuti sekolah ni mood meroti dtg balik selepas sekian lamanya tidak menguli. Lagi pun anak2 mmg suka roti, cuti sek ni asyik nak makan aje.

Kali ini akak mencuba resepi dari Liza Othman, terima kasih empunya resepi krn sudi berkongsi ilmu/resepi yg sgt enak ini. Menurut beliau resepi ni dipelajari dari chef berbangsa Cina.

Doh resepi ni senang nak handle sbb x terlalu lembik, sedang elok je.

Atas roti pizza sos cili, bwh roti pizza sos BBQ...anak2 cukup suka.

 Resepi Liza Othman (tapi akak telah gandakan bahan dibawah utk 1 kg tepung, dpt 34 biji bun)

Bahan-bahan:

500gm tepung roti atau  400gm tpung roti +100gm tpung gandum
100gm gula kastor
40gm susu tepung
1st bread improver
11gm yis atau sepeket yis
sebiji telur cmpurkan dgn air sejuk menjadi 265gm
80gm butter
1st bread softner
garam 3/4 sudu teh (2.5g) - yg ni resepi asal x de akak tambah

Cara Membuat:
Campur bahan kering, gaul sekata dan masuk bahan cecair
Uli sebatikan sehingga doh menjadi licin
Kemudian masukkan butter dan uli hingga elastik (sehingga doh boleh ditarik nipis spt membuat roti canai)
Perap 1 jam atau sehingga saiz berganda.
Kemudian tumbukkan doh untuk buang angin
Bentukkan doh dgn seberat 55g setiap satu dan perap hingga naik 2x ganda
Bakar suhu 180c atau suhu bakar ikut jenis oven anda selama 15-20 minit.
Bila perang, angkat dan sapukan dgn butter masa bun masih panas utk dptkan permukaan yg berkilat.

Yg ni pula inti kari daging berkentang, mmg sedap. 



Aneka btk roti, anak2 sgt teruja utk makan setiap jenis btk tersbt.


Next time nak cuba tambah water roux dan x mau guna softener, utk melihat perbezaan hasilnya.