IKAN CELUP TEPUNG (ICT)


Seperti biasa hari minggu akak akan ke pasar borong Klang. Hari ni akak beli 3 kilo ikan kembung. Oleh kerana ikan tersebut sgt segar dengan mata bersinar2, org Trg kata kerah cokeng hehehe. Terus terbayang kesedapannya jika dibuat ICT.


Sampai je rumah terus siang ikan dan bancuh tepung. Bancuhan tepung ni akak menggunakan tepung beras spt dibawah. Jenama gajah 3 ekor. Untuk menjadikan tepung rangup, bancuhan tersebut mesti letak kapur makan bukan kapur kasut ye. Manakala utk menjadikan keraknya berderai halus kena letak sebiji telur. Dan yg paling penting kepekatan bancuhan tersebut, jgn cair jgn pekat. Spt bancuhan goreng pisang. Utk menghasilkan kerak yg cantik, pastikan minyak betul2 panas. Celupkan ikan kedlm tepung guna tgn dan masukkan ikan kedlm kuali pun guna tgn, pegang bahagian ekor ikan. Jgn guna sudu nanti keraknya jd sekeping gitu.
Goreng dengan minyak yg byk (deep fry) baru hasilnya cantik.



IKAN CELUP TEPUNG

Bahan-bahan:

10 ekor ikan kembung segar
1/2 paket tepung beras
1/4 sudu kecil kapur campurkan sedikit air menjadi air kapur 

1 biji telur gred C
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Serbuk kunyit sket
Minyak utk menggoreng

Cara membuat:

Bersihkan ikan. Toskan.
Bancuh tepung beras bersama bahan2 lain sehingga sekata.
Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
Celup ikan dlm bancuhan tepung beras td, goreng dlm minyak yg betul2 panas.
Hidang panas2 bersama sos cili.






KEK COKLAT KUKUS DENGAN CREAM CHEESE

Kek coklat kegemaran anak-anak ku. Kek coklat kukus ni sgt lembab dan mewah dengan rasa coklatnya. Ditambah pula dgn topping cream cheese bertambah2 lah lazat berkrim disukai ramai hehehe. Jgn takut utk mencuba resepi ni, pasti tidak akan menyesal.



Resepi asal boleh lihat di SINI.

KEK COKLAT KUKUS DENGAN CREAM CHEESE

Bahan-bahan: - akak guna loyang empat segi 9"

1 cawan gula pasir - akak letak 3/4 cawan aje
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak - akak guna minyak jagung mazola
1 sudu kecil serbuk nescafe - yg ni akak tambah
semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut.
Rehatkan sekejap bila dah sebati

 
Bahan B:

3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

semua bahan di atas diayak

Bahan C:

4 biji telur - diblender (tapi akak pukul hingga kembang) 


Cara membuat kek:

Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak. 

Tutup loyang dgn aluminium foil utk mengelakkan wap air jatuh ke dalam kek semasa proses mengukus.
Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.
Bila kek dah masak, sejukkan barulah dikeluarkan dari loyang.
Tuangkan sos coklat diatasnya sehingga rata. 
Kemudian barulah paipkan cream cheese frosting di atasnya. Sejukkan dlm petiais utk rasa yg lebih enak.

Bahan-bahan sos coklat:

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
2 sudu besar majerin

Kacau kesemua bahan tersebut  dengan api kecil .
Kacau sehingga likat. 
Jika terpekat boleh tambah dengan susu cair atau susu pekat mengikut citarasa masing2.
Sejukkan.

Bahan Cream Cheese Frosting:

125 g mentega
250 g cream cheese
1/2 biji lemon - ambil jusnya
5 camca besar gula aising


Pukul kesemua bahan sehingga sebati dan gebu. 






* Kek yg sangat enak. Mkn sepotong pasti nak lagi sepotong dan lagi hehehe


KEK BUAH CAMPURAN KEGEMARANKU


Assalamualaikum kepada semua pengunjung Coretan Dari Dapur. Dah lama akak tak bersiaran dek kekangan masa.  Cuti sekolah ni ada lah sedikit masa untuk bersiaran kembali.

Kek buah ni akak buat beberapa hari yang lalu. Dah habis pun hanya tinggal kenangan. Atas permintaan rakan-rakan maya di FB akak masukkan resepi di sini untuk dikongsi bersama2 dan juga sebagai rujukan anak-anak akak nanti.

Resepi ini akak perolehi daripada keratan akhbar 8 tahun yang lalu, dah lupa akhbar apa.  Pertama kali akak cuba resepi ni, terus jatuh hati. Sejak dari itu, jika teringin nak makan kek buah campuran versi bakar akak akan menggunakan resepi ini. Terima kasih kpd empunya resepi yang asal, semoga beliau memperolehi pahala yg berpanjangan kerana telah sudi berkongsi resepi yg enak ini. Resepi ini akak dah kurangkan kandungan gula nya maka kek ini tidak terlalu manis, sedang2 elok bg akak penggemar kek buah tegar ini hehehehe


KEK BUAH CAMPURAN

Bahan-bahan:

250g mentega
100g gula perang
4 biji telur
225g tepung serbaguna (akak guna tepung naik sendiri jd akak tidak guna lagi serbuk penaik)
2 sudu kecil susu tepung
1/4 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu kecil madu
230g buahan campuran
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis (jika suka, jika tidak suka bau nya tak payah letak)

Cara membuat:

Panaskan oven pd suhu 160 C. (ikut kesesuaian oven masing-masing) - oven akak hanya 150C
Pukul mentega dengan gula perang sehingga kembang/putih
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati.
Kemudian masukkan madu dan esen vanilla. Pukul hingga sebati.
Sementara itu ayak tepung serbaguna dengan serbuk penaik, serbuk kayu manis dan susu tepung.
Ambil 2 sudu besar tepung yg diayak tadi dan gaulkan dengan buahan campuran untuk mengelakkan buah dari mendap ke dasar kek.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik sehingga sekata.
Kemudian masukkan buahan kering, gaul rata.
Masukkan adunan ke dlm loyang bersaiz 8 inci.
Bakar dalam ketuhar selama 35-45 minit atau sehingga masak.
Jangan terlebih bakar nanti kek akan menjadi kering.
Selepas 35 minit, cucuk dengan lidi sate jika keluar licin maksudnya kek dah masak bolehlah diangkat dan sejukkan atas redai.

* akak telah menambahkan secoet pewarna kuning kedlm adunan kek utk menaikkan lagi seri warna kek tersebut



Kek ini lebih enak jika dibiarkan semalaman barulah dipotong.