Akak guna dada ayam utk buat chicken chop ni. Kemudian akak belah 2 dada tersbt supaya jd nipis. Selepas tu diperap dgn bahan perapan selama 3 jam baru la di salut dgn bread crumbs.
Golden Breaded Chicken Chop
Bahan-bahan:(utk 6 orang)
6 keping dada ayam - dibelah dua tapi jgn sampai putus
Bahan perapan:
2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk halus
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 sudu besar madu
garam secukupnya
Bahan salut:
200 g bread crumbs
5 biji telur
sedikit minyak utk menggoreng
Cara membuat:
Perap ayam dgn bahan perapan selama 3 jam.
Selepas 3 jam, ambil sekeping dada celupkan dlm telur kemudian masukkan kedlm bread crumbs kemudian masuk semula ke dlm telur pastu masuk balik kedlm bread crumbs supaya salutan diluar agak tebal.
Ulang hingga ayam habis.
Panaskan sedikit minyak dlm kuali, goreng sekejap kepingan ayam tadi (selama 1 min utk setiap belah)-tujuan supaya nampak berminyak sket
Ulang hingga ayam habis.
Susun ayam tadi dlm loyang, bakar dlm oven pd suhu 160C selama 30-40 minit atau sehingga masak.
Resepi kentang putar boeh lihat sini