SANDWICH UDANG


Hari ni buat bun kosong untuk dibuat sandwich. 
Anak2 mmg penggemar roti, tak kiralah roti apa pung.


Menggunakan resepi Pn Musainah yg telah diubah sedikit mengikut citarasa. Resepi asal boleh rujuk SINI 

Bahan-bahan:

1 kg tepung roti
22g yis Saf
150g gula pasir
60g mentega

60g shortening
40g susu tepung nespray
2 biji telur
15g garam halus
water roux (50 g tepung + 250 ml air) 

100g natural yogurt
300g air sejuk + ais (next time akak kena kurangkan sket dlm 50g sbb tadi macam terlembik sket sehingga akak kena tambah 50g tepung lagi)


Hasil roti yg menggunakan yogurt mmg lembut, gebu gebassss...suka sgt2.



Campuran udang yg telah direbus dgn secubit garam + mayonis + yogurt + bawang + secubit garam + secubit lada sulah..jika suka pedas boleh letak cili padi



BISKUT COKLAT CHIP ALA FAMOUS AMOS



Semalam buat cookies ni utk makan anak2 sempena cuti sekolah. Duduk kat rumah kerjanya nak mengunyah je.  Seperti biasa menggunakan resepi daripada AZIE KITCHEN . Mmg sedap dan sgt berpuashati dgn resepi tersebut. Terimakasih kpd empunya resepi krn sudi berkongsi resepi yg sgt mabeles ini.


Biskut Famous Amos



Bahan A

1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib
1 cawan semi sweet chocolate chips


Cara cara:

Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk.

Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.

Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.




ROTI JALINAN KASIH


Roti Jalinan Kasih..wow nama bukan main lagi ye..hehehehe

Hari ni meroti lagi mencuba resepi Pn Musainah dan menambah yogurt ke dlm adunan roti, hasilnya sgt memuaskan. Terima kasih Pn Musainah Yusof yang telah berkongsi resepi Asas Bun Manis yg sgt mabeles ini di kelab Roti.

Asas Bun Manis: Pn Musainah Yusof

Bahan-bahan:

1 kg tepung roti 
22g yis Saf
150g gula pasir
120g mentega
40g susu tepung nespray  
4 biji kuning telur
1 sudu teh baking powder
15g garam halus

10g bread improver
200g ais 
300g air sejuk (akak kurangkan jd 250g saje sbb akak tambah 2 sudu besar natural yogurt)

sedikit emulco coklat dan emulco blueberry
 
Cara membuat:

Campur bahan kering kecuali garam dan gula, gaul sekata dan masuk bahan cecair.
Uli sebatikan masukkan garam dan gula, uli lagi sehingga doh menjadi licin
Kemudian masukkan butter dan uli hingga elastik (sehingga doh boleh ditarik nipis spt membuat roti canai)
Perap 1 jam atau sehingga saiz berganda.
Kemudian tumbukkan doh untuk buang angin

Bahagi doh kpd 3 bahagian. Satu bahagian ditambah coklat emulco dan satu bahagian lagi blueberry emulco. Satu lagi warna asal.
Timbang doh 120g setiap bahagian. Gentel memanjang kemudian jalinkan ketiga2 doh tadi.
Ulang sehingga doh habis. Letakkan atas loyang yg disapu shortening
Perap hingga naik 2x ganda. 
Apabila dah kembang sapu dgn susu kemudian tabur gula pasir jika suka.
Bakar suhu 160 c-180c atau suhu bakar ikut jenis oven anda selama 15-20 minit.
Bila perang, angkat dan sapukan dgn butter masa bun masih panas utk dptkan permukaan yg berkilat
.






Texture roti yg halus dan mulus, mmg memuaskan !


Tak dpt potong masa tgh panas dek kerna terlajakkkk lembut tp sbb tak sabar nak rasa, koyak je roti tu..tu yg jd terbarai cam gambar di atas huhuhu.

ANEKA BUN MANIS


Assalamualaikum...sudah lama tidak update blog dek kerana kekangan masa. Cuti sekolah ni boleh lah kembali mengasah skill meroti yg dah lama ku tinggalkan. Bila dah lama tidak meroti tangan pun terasa keras apabila nak buat btk2 bun pelbagai patern.

Bun atas ni penuh dgn lelehan cheddar cheese, sgt enak dimakan panas2.

Bun berpintal ini ditaburi pelbagai kekacang, enak dimakan bersama sos butterscotch.

NASI MANDY DAN AYAM MANDY

Santapan tghari ni, set nasi mandy. Kalau sebelum ini saya mencuba rempah Kabshah Ustazah, kali ini saya mencuba rempah Mandy Ustazah. Mmg sedap tambah2 lagi saya letak kismis hitam dan kuning dlm nasi..nyum nyum.

 
Resepinya, akan di taip kemudian !





NASI KABSHAH & AYAM KABSHAH

Salam semua pengunjung Coretan Dari Dapur. Dah lama tuan tanah tidak bersiaran dek kekangan masa. Cuti sekolah ni boleh lah curi2 masa utk update blog yang dah bersawang ini.


Nasi Kabshah ni dah 2 kali akak buat, sejak cuba rempah nasi Kabshah Ustazah. Rempah tersebut saya beli di koperasi sekolah. Bagi akak rempah ni mmg memenuhi citarasa akak sekeluarga. Suami puji rasanya sedap spt di yg dijual di kedai nasi Arab, hehehehehe..kembang sekejap.

 Ayam direbus dgn rempah nasi Kabshah, kemudian bila ayam dah masak saya keluarkan dan masukkan beras Basmathi yg telah dicuci, masak spt biasa. Ayam tersbt saya grill sekejap supaya permukaan atas ayam nampak cantik dan menyelerakan.

Dengan adanya rempah ini, penyediaan nasi arab dirumah menjadi amat mudah dan cepat. Yang penting sgt sedap. Cubalah......!

KEK LAPIS KISMIS

KEK LAPIS KISMIS ( resepi asal sumbangan Diana)

Bahan-Bahannya :
  • 5 putih telur
  • 25 kuning telur
  • 500gm mentega
  • 180gm all purpose cake flour
  • 220gm gula caster
  • 4 sudu makan susu pekat
  • 2 sudu besar ovalette
  • 1 sudu makan pure esen vanilla
  • kismis secukupnya- dicincang kasar
  • 1 tin kek 9" x 9" x 3" gris sekeliling dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas kek
Cara Membuatnya :
  • Pukul mentega, susu dan vanilla sehingga kembang.
  • Masukkan 100gm gula. Pukul lagi sehingga gulanya larut. Ketepikan.
  • Pukul putih telur sehingga kembang.
  • Masukkan 120gm gula dan ovalette.
  • Pukul lagi sehingga rata, masukkan kuning telur satu persatu dan pukul sehingga adunannya kembang.
  • Masukkan adunan mentega kedalam adunan telur dan pukul pada kelajuan perlahan sehingga rata.
  • Masukkan tepung dan gaul rata.
Cara Membakarnya :
  • Gunakan grill, panaskan sehingga 3.5 untuk kek lapis kemudian panaskan tin kuih sehingga kertasnya bertukar warna.
  • Keluarkan dan tuangkan 1 senduk adunan kedalam tin dan ratakan. Grill sehingga warnanya coklat.  Setelah itu tuang 1 senduk adunan diatasnya dan ratakan.  Tabur hirisan kismis, jangan terlalu banyak.Grill lagi sehingga coklat.
  • Ulang lagi dengan satu lapis plain dan satu lapis mengandungi kismis, sehingga adunan habis.
  • Bila sampai ke lapisan terakhir dan bila warna permukaan menjadi coklat, tutup tin kuih dengan aluminium foil atau tutup periuk dan segera buka kepada kepanasan oven biasa pada suhu 120 °C. Bakar lagi selama 10 minit.
  • Apabila sudah masak, keluarkan dan buka tutupnya, biarkan sejuk, baru boleh dipotong.

AYAM GORENG BEREMPAH ALA MAMAK PENANG


Sumber resepi, lihat SINI

Bahan-Bahan:

  • Seekor Ayam 1.6kg – 1.8kg di potong 10 (potongan Nasi Kandar).
  • 4 Sudu besar Tepung Ubi Kayu.
  • 2 Sudu besar Tepung beras.
  • 1 Sudu besar Tepung jagung.
  • 1 Sudu kecil serbuk lada putih.
  • 1 Sudu kecil Serbuk kunyit.
  • 2 Sudu besar Serbuk Kari Daging.
  • 1 Sudu besar *cili kering yang dikisar halus.
  • 3 Sudu besar Kisaran halus Bawang besar 1 biji + Bawang putih 4 ulas + Halia 2″ (inci).
  • 3 Tangkai daun kari dipotong halus.
  • 1 Kg.  Minyak untuk goreng.
  • Garam Secukup untuk dirasa.
Cara penyediaan:

1. Besrsihkan Ayam yang telah dipotong dan perlu disimpan dalam penapis bersesuain untuk keringkan air basuhan ayam. Masukan kedalam bekas dan masukan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ketulan ayam didalam bekas. Kunyit mengandungi bahan antiseptik yang baik untuk membunuh bakteria yang terdapat didaging ayam .Masukkan serbuk kari, kisaran bawang+bawang putih+ dan halia. Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut “plastic wraper” dan Peramkan di peti sejuk bahagian dingin selama 1- 2 jam untuk bahan rempah ini masuk kedalam isi ayam.
2. Keluarkan bekas dan masukkan Tepung Ubikayu, T.beras dan T.jagung bersama serbuk lada putih dan daun kari yang dipotong halus.Gaulkan serata dan dapatkan kelikatan tepung yang tepat.Sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah telur sebutir atau sedikit air. Kelikatan tepung adalah amat perlu diberi perhatian sekiranya cair tepung ini akan berpisah dari dari ketulan ayam..terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng. Maka dinasihatkan agar goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bentuk fizikal ketulan ayam.Peram 20-30 minit sebelum gorengan.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukup ( ketulan ayam perlu lemas dalam minyak). Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan goringan. suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik.
4. Untuk gorengan yang cantik ketulan ayam perlu dimasukan jangan terlalu banyak dan sedikit. Ap dapur perlulah sentia diawasi supaya ketulan ayam tidak hangus. pada keadaan biasa cuma masukkan 4 ketul dalam kuali yang sederhana besar pada api sederhana.Goringan ini biasanya ambil masa 20- 25 minit. Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung. Masukan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil. Tanda peha sudah dimasak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapong.


Sangat sedap, ala2 kat kedai mamak nasi kandar. Tksh kpd empunya resepi yg sudi share.

SANDWICH AYAM UPDATED



Resepi bun boleh rujuk SINI


SANDWICH AYAM

Bahan-bahan:

Bun secukupnya
hirisan dada ayam panggang
mentega utk sapuan
salad
tomato - hiris nipis
timun - hiris nipis
mayonis
kepingan keju cheddar

Cara membuat:

Belah dua bun. Sapu butter.
Susun hirisan dada ayam
susun salad, timun dan tomato
Letak kepingan keju cheddar
Paipkan mayonis
Tutup dgn bun diatasnya
Potong 2 jika bun bersaiz besar
Sedia utk dinikmati

ANEKA SOFT BUN


SOFT BUN 
(resepi asal lihat SINI) - resepi kali ini telah diubah suai mengikut bahan yg ada dirumah tetapi hasil tetap lembut dan gebu gebas.

Bahan-bahan:

1 kg tepung roti 
22g yis (akak guna 18-20 g je)
150g gula - sbb nak buat sandwich jd taknak manis2
100g mentega
100g shortening
400ml air sejuk + ais batu
80g susu tepung nespray  
4 biji kuning telur
1 sudu teh baking powder
15g garam halus
water roux (50g + 250ml air)
 
Cara membuat:

Campur bahan kering kecuali garam dan gula, gaul sekata dan masuk bahan cecair dan water roux 
Uli sebatikan masukkan garam dan gula, uli lagi sehingga doh menjadi licin
Kemudian masukkan butter dan uli hingga elastik (sehingga doh boleh ditarik nipis spt membuat roti canai)
Perap 1 jam atau sehingga saiz berganda.
Kemudian tumbukkan doh untuk buang angin
Bentukkan doh dgn seberat 60g setiap satu dan perap hingga naik 2x ganda
Bakar suhu 180c atau suhu bakar ikut jenis oven anda selama 15-20 minit.
Bila perang, angkat dan sapukan dgn butter masa bun masih panas utk dptkan permukaan yg berkilat
.


Yang ni garlic bread
Garlic butter tu yg diletak atas roti tu adalah campuran butter, serbuk garlic dan daun parsley kering

Yang ni bun kosong aje

texturenya mmg lembut gebu gebas

SINGGANG PEDAS IKAN JENAHAK


Musim panas cam ni sesuai lauk bening spt singgang pedas, akak mmg suka lauk singgang pedas lagi pedas lagi sedap hehehe.

SINGGANG PEDAS JENAHAK

Bahan-bahan:

2 keping iakn jenahak
air secukupnya
2 keping asam keping
beberapa tangkai daun kesum
1 tangkai bunga kantan
garam secukup rasa
1 batang timun - potong kecil 

Bahan tumbuk:

6 tangkai cili merah } nak lagi pedas boleh tambah cili api
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1.5 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup

Cara membuat:

Ikan dibersihkan dan di toskan.
Masukkan air, asam keping dan bahan tumbuk ke dalam periuk
Kemudian masukkan ikan.
Renihkan sehingga mendidih dan ikan masak. Masukkan daun kesom/bunga kantan dan timun
Rasakan garam secukupnya, bolehlah diangkat

ROTI WHOLEMEAL & SANDWICH TUNA -updated

Resepi roti ini menggunakan resepi soft bread Melati Cun yg dipost dlm Kelab Roti. 
Tq Melati Cun atas perkongsian resepi roti yg gebu ini.


SOFT BUN (akak dah gandakan dari resepi asal)

Bahan-bahan:

1 kg tepung roti (guna 800g tepung roti + 200g tepung wholemeal)
22g yis (akak guna 18g je)
200g gula (klu nak buat roti utk sandwich gula letak 160g aje)
200 g mentega
200ml air dari petiais - akak kurangkan skit 
300 ml susu segar
4 biji kuning telur
1 sudu teh baking powder
15g garam halus
water roux (50g + 250ml air)

Cara membuat:

Campur bahan kering kecuali garam dan gula, gaul sekata dan masuk bahan cecair, garam dan gula
Uli sebatikan sehingga doh menjadi licin
Kemudian masukkan butter dan uli hingga elastik (sehingga doh boleh ditarik nipis spt membuat roti canai)
Perap 1 jam atau sehingga saiz berganda.
Kemudian tumbukkan doh untuk buang angin
Bentukkan doh dgn seberat 60g setiap satu dan perap hingga naik 2x ganda
Bakar suhu 180c atau suhu bakar ikut jenis oven anda selama 15-20 minit.
Bila perang, angkat dan sapukan dgn butter masa bun masih panas utk dptkan permukaan yg berkilat.



INTI TUNA

Bahan-bahan:

1 tin tuna dlm minyak - di lecek kasar2 dgn garpu
1/4 labu bawang Holland -dipotong dadu
2 sudu mayonis
secubit garam
1/2 biji limau nipis
2 tangkai cili padi dihiris kecil jika suka

Hiasan:

Timun, salad dan tomato
Kepingan keju cheddar

Cara membuat:

Campurkan semua bahan dalam mangkuk, kacau sebati dan rasakan garam secukupnya.
Belah roti dgn menggunakan pisau roti.
Sapukan majerin pada roti, kemudian letakkan inti tuna disusuli dgn bahan hiasan.
Sedia utk dimakan.



KARIPAP RANGUP- INTI KARI AYAM & KENTANG


Karipan inti kari ayam dgn kentang yg dibuat hari ni. Cuti sekolah ni boleh lah buat karipap utk dibekukan. Nanti nak mkn karipap, senang tinggal nak goreng je. Buat 1 kg tepung gandum dptlah 75 biji karipap. Boleh buat stok beberapa hari. Resepi asal boleh rujuk SINI.


  Menghasilkan 70-75 biji karipap bersaiz di atas
 

Bahan-bahan:
                                                                                                                                         
1 kg tepung gandum
1 cawan minyak masak
1 cawan majerin
1 cawan air  sejuk dari petiais}  lebih kurang 
2 sudu kfc garam masukkan ke dalam air

Cara membuat kulit karipap:

Panaskan minyak dan majerin kemudian curahkan ke dalam tepung. Gaul sehingga rata. Kemudian masukkan air dan uli sehingga menjadi doh.
Simpan doh di dalam petiais sekurang2nya 1 jam.
Siap utk digunakan.
Tips: Goreng karipap dgn api yg sederhana supaya kulitnya licin dan rangup


Resepi Inti: Kari Ayam & Kentang
Bahan-bahan:                                                                                                                                                 

1 keping dada ayam dicincang
4 ulas bawang merah } dikisar
1 cm halia } dikisar
2 ulas bawang putih } dikisar
2 labu bawang besar Holland} dipotong dadu
5 biji ubi kentang } dipotong dadu
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah kurma
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
1 tangkai daun kari

Cara membuat inti:

Terlebih dahulu rebuskan kentang yg telah dipotong didalam air mendidih sehingga hampir (3 suku ) masak/empuk. Kemudian toskan kentang tersebut.
Rempah kari dan rempah kurma dicampurkan dengan sedikit air panas supaya jadi pes.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yg di kisar sehingga wangi dan agak garing
Kemudian masukkan pes rempah dan daun kari.
Tumis lagi sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan isi ayam, kacau sehingga ayam masak.
Masukkan bawang besar, ubi kentang, garam dan gula secukup rasa.
Kacau sekejap sehingga kentang empuk dan intinya menjadi agak kering.
Angkat dan sejukkan.

LAKSA UTARA



 Menu tengahari ni, laksa utara. Sesekali tukar nasi kpd laksa ok juga kan. Lagi pun suami org utara, mmg kegemaran dia lah. 



LAKSA UTARA

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus laksa kering } direbus hingga lembut
  • 1kg ikan selayang
  • 2 kuntum bunga kantan } belah 4
  • 6-8 keping asam keping }boleh tambah/kurang ikut kesuaian
  • sedikit daun kesum
  • 1 batang serai diketuk
  • garam secukup rasa
Bahan kisar:
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 10 tangkai cili kering } boleh tambah jika nak pedas
  •  2 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan                                                                                    
Bahan Hiasan:                                                                        
  • daun salad (dihiris halus)
  • 1/2 btg timun (dipotong halus)
  • 4 tangkai cili merah (dihiris)
  • 2 labu bawang besar (dimayang)
  • 1/2 biji nenas (dihiris halus)
  • beberapa tangkai daun pudina jika suka
  • petis udang jika suka 
Cara membuat:
  • Masukkan air & ikan ke dlm periuk. Bila mendidih, perlahankan api biarkan mereneh selama 10 minit
  • Tutup api, keluarkan ikan dan simpan air rebusan ikan tadi.
  • Asingkan tulang/kepala dgn isi ikan dan hancurkan/blend isi ikan tersebut menggunakan air rebusan tadi.
  • Masukkan ke dalam periuk air secukupnya, isi ikan, bahan kisar, asam keping, bunga kantan, daun kesum, serai dan garam secukup rasa, biarkan sehingga mendidih/sehingga masak.
  • Utk menghidangkan letakkan laksa di dlm mangkuk diikuti dgn bahan hiasan/ulaman dan tuangkan kuah diatasnya.
  • Hidang panas-panas.
 
 
 

PUDING TRIFFLE

 Puding triffle yg dibuat suatu ketika dulu...baru berkesempatan utk diabadikan dlm blog ni. Resepi diceduk dr dapur Mamasya lihat sini, terimakasih Mamasya kongsi resepi yg enak ini, mmg sedap dimakan sejuk2.

PUDING TRIFFLE
Bahan-bahan ( 5-7 )

* 1 tin susu cair
* 1 sd besar gula
* 4 sd besar tepung kastard
* 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard - (400 ml)
* ½ biji kek gulung sederhana saiznya - guna kek lapis
* 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
* 1 peket agar-agar jeli kristal Nona
* 1 mangkuk air panas

Cara-cara

1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis.-guna 1/3 buah2 shj
5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.