Hari ni buat bun kosong untuk dibuat sandwich.
Anak2 mmg penggemar roti, tak kiralah roti apa pung.
Menggunakan resepi Pn Musainah yg telah diubah sedikit mengikut citarasa. Resepi asal boleh rujuk SINI
Bahan-bahan:
1 kg tepung roti
22g yis Saf
150g gula pasir
60g mentega
60g shortening
40g susu tepung nespray
2 biji telur
15g garam halus
water roux (50 g tepung + 250 ml air)
100g natural yogurt
300g air sejuk + ais (next time akak kena kurangkan sket dlm 50g sbb tadi macam terlembik sket sehingga akak kena tambah 50g tepung lagi)
Hasil roti yg menggunakan yogurt mmg lembut, gebu gebassss...suka sgt2.
Campuran udang yg telah direbus dgn secubit garam + mayonis + yogurt + bawang + secubit garam + secubit lada sulah..jika suka pedas boleh letak cili padi