Mak akak mmg cerewet kalau buat nasi dagang. Kalau nasi dagang yg dah siap masak tu patah2, tu kira fail la hehehehe. Kalau nasi dagang tu elok sebiji2 tak patah dan nasi elok berderai kira lulus la tu. Kalau ikut mak akak masa gaul beras dgn santan kena sgt berhati2 supaya beras tu tak patah.
Akak suka buat nasi dagang menggunakan beras siam wangi. Kalau guna beras wangi ni tak perlu lg dah campur beras pulut sbb beras ni dah lembut cam pulut kan. Klu guna beras wangi, nasi dagang tak muak malah lembut, wangi dan putih melepak. Akak suka guna beras wangi Pearl.
Bahan-bahan:
5 cawan beras siam wangi - amaran: JGN campur beras pulut jika guna beras siam wangi sbb beras ni dah cukup lembut dan wangi
1 biji kelapa - dgn menggunakan air masak jadikan 2.5 cawan santan cair & 2 cawan santan pekat
3 ulas bawang merah - dimayang halus
1 in halia - mayang halus
3/4 sudu besar halba
1 sudu besar garam kasar (paras rata) -dicampur kedlm santan pekat
3 helai daun pandan - disimpul
Cara membuat:
Beras dibersih dan direndam dgn air selama lebih kurang 8 jam sebelum dikukus.
Letak air kedlm pengukus sehingga mendidih.
Masukkan beras kedlm pengukus dan kukus sehingga separuh masak (nampak wap keluar lebih kurang 20-30 min).
Bila separuh masak, angkat kemudian masukkan kedlm bekas yg besar lalu siramkan santan cair dan kacau rata.
Masukkan semula ke dlm pengukus bersama daun pandan dan kukus sehingga masak.
Bila masak, angkat masukkan ke dlm bekas besar bersama halba, halia, bawang merah dan dgn serta merta siram dgn santan pekat dan kacau perlahan sehingga rata.
Kemudian rata dan kemaskan nasi spt gambar ke 2 diatas.
Bila nak hidangkan ceduk dr tepi perlahan2 sambil digembur2kan.
Gulai Ikan Nasi Dagang
Bahan-bahan:
1 ekor ikan aya/tongkol hitam saiz besar ( lebih kurang 1 kg)
1 biji kelapa - ambil santan
3 sudu besar cili kering kisar - jika suka boleh tambah lagi
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang (kacau dgn sket air panas jd kan pes)
8 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 hiris halia -kisar
1 hiris lengkuas -kisar
4 keping asam gelugur
2 sudu besar gula melaka atau secukup rasa
sket buah belimbing buluh
sket cili kecil
garam secukup rasa
minyak utk menumis
Cara membuatnya:
Ikan dibersihkan kemudian direbus bersama 2 keping asam dan sket garam sehingga airnya hampir kering. Toskan airnya.
Dalam periuk lain panaskan minyak, tumis bahan2 kisar, cili kisar dan rempah sehingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan santan, kacau sehingga hampir pecah minyak.
Masukkan ikan, asam dan garam, reneh sehingga pecah minyak dan agak pekat.
Masukkan buah belimbing dan cili kecil. Reneh sebentar boleh la dihidangkan.
Gulai ni lebih enak jika dibuat lebih awal cth jika nasi utk sarapan, gulai bole dibuat mlm. Keesokan harinya gulai nya nanti lebih enak dan wangi serta cantik naik minyaknya.
1 ekor ikan aya/tongkol hitam saiz besar ( lebih kurang 1 kg)
1 biji kelapa - ambil santan
3 sudu besar cili kering kisar - jika suka boleh tambah lagi
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang (kacau dgn sket air panas jd kan pes)
8 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 hiris halia -kisar
1 hiris lengkuas -kisar
4 keping asam gelugur
2 sudu besar gula melaka atau secukup rasa
sket buah belimbing buluh
sket cili kecil
garam secukup rasa
minyak utk menumis
Cara membuatnya:
Ikan dibersihkan kemudian direbus bersama 2 keping asam dan sket garam sehingga airnya hampir kering. Toskan airnya.
Dalam periuk lain panaskan minyak, tumis bahan2 kisar, cili kisar dan rempah sehingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan santan, kacau sehingga hampir pecah minyak.
Masukkan ikan, asam dan garam, reneh sehingga pecah minyak dan agak pekat.
Masukkan buah belimbing dan cili kecil. Reneh sebentar boleh la dihidangkan.
Gulai ni lebih enak jika dibuat lebih awal cth jika nasi utk sarapan, gulai bole dibuat mlm. Keesokan harinya gulai nya nanti lebih enak dan wangi serta cantik naik minyaknya.
14 comments:
Assalamualaikum kak, Tun datang bawak pinggan nak mkn nasi dagang nih..cedapnyerr..
assalam kak, sedapnya nasi dagang kak...lama tak mkn nk buat tak pandai pula..btw tapau sepinggan yer kak...hehehe
Assalamualaikum...
Kak nor tak yah susah2 taip resepi tu. Hantar terus je nasi dan lauknya sekali ke sg ara. Senangkan?
alahhh kak ma....nganmcam lah nasi dagang ituuuuuuuuuuuuuuu:):)
assalam noor..pagi2 tengok nasi dagang tak boleh tahan ni..nak buat jugak hari ni
Tun....sila2 ceduk masuk pinggan, jgn malu2 ye...
Nieza...cuba lah belajar buat, senang aje
Sam...antar sg ara ye...ok set...special delivery ek....
Ulin....kaloh doh nasik dagang wan sembok hihihi
K.Erna.......buat jgn tak buat...pastu antar sini sket...hehehe
assalam noor..akk suka sangat ngan nasi dgg ni...ari khamis n jumaat bf ngan nasi dgg. bila tgk ikan aya ni terliur lagi heheh
kak noor... kebetulan saya pun buat kuah nasi dgg tapi tak di mkn dgn ns dgg..mkn dgn ns kuning... tak pernah buat lg ns dgg..on fine day nak try gak... rugikan..sementara masih ada yg nak tunjuk ajar ni..kita belaja la..kan...
kak noor.. saya punya resepi keturunan masak kuah ns dgg ni tak tumis... didih kan santan tu..bila dah didih barula boh lada mesin... nanti dia pecah minyak... tapi tau jela..kalau yg tak pakar mcm saya ni susah sikit nak jadi..so kena main tipula..sikit nak bg pecah minyak...
K Rosa, saya pun terliur juga tengok gambar ni...cam nak makan lagi nasi dagang hehehe
Mannira, sebetulnya nenek akak pun buat cam tu tak tumis....tapi akak lebih suka tumis sbbnya cepat naik minyak dan rempah lagi harum bila ditumis. Akak pun suka makan lauk nasi dagang bersama nasi kuning...ermmm sedapnya dah lama tak buat nasi kuning...
salam..ziarah & follow..thanks...
salam MZ. tq sudi ziarah!
assalam cik noor,mak teh pun mcm mannira ,tak tumis gulainya,tapi mak ai punya la lama masak gulainya,satu hari semasa gi rewang kat kenduri ,mak teh nampak tukang masaknya ambil kepala santan yg betul2 pekat dan dimasak santan tu sampai jadi minyak muda baru boh lada mesin,sedap gak cenggini.stumbled my way here from mamafami's,Ramadhan kareeem.
Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi berkongsi kepakaran membuat nasi dagang... izinkan saya copy resipi puan utk cuba buat nasi dagang kali pertama.
semoga Allah membalas budi baik puan noor masri...
sip..
Post a Comment