Kek Buah Kukus - Versi Basah

Kek Buah Kukus yg dibuat beberapa hari sebelum raya...sekrng ni mmg lembab ala2 basah gitu, mmg sedap ....membasahi anak tekak hehe. Resepi masih menggunakan resepi asal D, boleh rujuk sini. tapi kali ni akak ada tambah pes kek buah skit....hasilnya kek lebih harum.

Kali ni akak sengaja nak buat kek besar skit, dah alang2 kena kukus berjam2 kan...lebih baik buat besar sikit, tahan lama sket kek tu. Kalau sebelum ni akak guna loyang 6x6 utk tepung 300g kali ni akak guna loyang 9x9 utk 500g tepung, hasilnya kek tak tinggi dan tak rendah...sedang eloklah , senang cite hehe

KEK KUKUS BUAH-BUAHAN - Versi Basah (Loyang 9x9 in)
Sumbangan: Diana

Bahan-bahannya

500 g tepung gandum
100 g gula halus
5 biji telur - GRADE A
500 g mentega
500 g buah-buahan campuran - akak letak 300g
100 g kepingan badam (almond flake) - tak letak plak kali ni sbb dah kehabisan badam
1 2/3 sudu teh bicarbonate of soda
1 2/3 sudu teh cream of tartar
1 1/4 sudu teh esen vanilla
3 sudu teh pewarna coklat sarsaparilla brown liquid (akak guna black treacle)
3 sudu teh pes kek buah - ni akak tambah, hasilnya kek menjadi lebih harum

1 2/3 cawan gula } untuk dibuat gula hangus
aluminium foil

Cara-caranya:

1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 300 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 1 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati.
7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
8. Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam.

10 comments:

Chik Mimi said...

Assalam kak Noor ,salah 1 kek yg saya nak cuba tp bila memikirkan kena kukus 4 jam tu yg lomah ,heheheh tapi tgk hasil yg akak buat alahai tak tahan .

NoorMasri said...

wslm chik mimi...akak tak la kukus sampai 4 jam...3 jam aje....tu pun sbb tertido kalau tak biasanya 2 jam lebih dah angkat, janji masak je angkat hihihi

Nazrah said...

tadi bapa kita baru buka mulut minta kita buat kek ni..tapi kita punya pengukus trio letrik tu..boleh ke kita kukus sampai 4 jam..tu yg cuak sikit tu... kek ni memang favourite bapa saya...

Amie said...

Assalamualaikum Noor,
sedapnya tengok kek buah basah-basah cenggini... rasa tak puas kalau makan sepotong, tapi nak buat tu yang tak tahan... makannya kejap je...

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum kak Noor..
Selamat Hari Raya.. Kek buah macam ni mmg Naz suka sangat..heheh..nak kak..

Liza said...

Liza pun pernah buat resepi kek kukus buah D ni, tp versi lembap la..mmg terbaeeekkk le kan..

E-na Zarina said...

bestnya blog akak ni....mcm2 kek ada...sukee!!

Sue @ Nenie said...

Salam..samalah saya ngan kak mimie..selalu rasa macam nak cuba, tapi bila fikir nak kukus 4 jam...terus hold....

Asmawati Sulieman said...

Terima kasih mengongsi RESEPI.sy dh Cuba Dan berjaya.