Kerabu Sotong & Mangga Muda

Dah byk hari demam, batuk dan selsema. Makan pun tak berselera. Masak apa tah lagi...hehehe. Tapi tekak ni rasa nak makan benda yg masam2 je kasi penambah selera. Teringat pulak sotong segar dan mangga muda yg dibeli kat pasar borong Klang Ahad baru ni. Dah lama tak buat kerabu. Ratah begitu saja pun sedap.

KERABU SOTONG

Bahan-bahan:

1 kg sotong
3 biji mangga muda sederhana besar
1 labu bawang besar
3 btg serai -ambil bahagian ubinya sahaja
1 tangkai daun ketumbar
2 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi jika nak pedas
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar sos ikan -jika suka

Cara membuat:

Sotong dibuang kulit dan potong kecil. Cuci dan toskan.
Masukkan sotong ke dlm kuali, masak sekejap hingga keluar air sotong.
Bila masak angkat dan toskan.
Bahan2 lain dimayang halus.
Di dalam mangkuk besar, masukkan sotong dan bahan2 mayang kemudian gaul sekata.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.

8 comments:

Ida,Japan said...

sedapnyer k'noor...ada mangga muda lagi dlm kerabu ni..sini tak der mangga kak..skrg musim buah pisang kaki, limau dgn stoberi baru nk kuar

EmbunRosaliza said...

Assalam NOor semoga cepat sembuh ya, kerabu mangga ni boleh membuka selera, tapi nnt lapar pulak kalo mkn msm2 ni

My Biz said...

salam

kak ma

uwaaaaa.....bestnya..org sini nak ikut gak gi melaka uwaaaaaaaaaaaa...nak kelik...nak kelik huhuhuhu....akak masak pe mok sampai esok....

kanzaenterprise said...

salam perkenalan..bessstt sgtt blog nie!!! jom singgah...jgn lupa follow:) thanks...

NoorMasri said...

Ida, kerabu strawberry sedap gak kan..

NoorMasri said...

Wslm Rosaliza, lauk masam2 ni mmg cepat lapar semula hehhe

NoorMasri said...

Ulin, best g Melaka...kalau ada Ulin dan famili mesti lagi best

NoorMasri said...

kanzaenterprise....ok