Tom Yam

Kalau semlm tayang Som Tam hari ni tayang Tom Yam pulak...sebutan pun hampir sama, ada 2 suku kata hehe. Nama masakan Thai ni, cam lebih kurang je kan...Som Tam jd Tom Yam...hanya tukar huruf yg di depan sahaja.

Resepi akan ditaip kemudian...nak ngemas baju nak balik kg mlm ni...yahooooo !

Som Tam @ Kerabu Betik

Som Tam yg dibuat pada hari Selasa lepas. Som Tam ni akak suka ratah begitu saja, makan dgn nasi pun sedap...pendek kata ianya pembuka selera. Buat pun tak susah. Walau pun bahan2 nya simple tapi sedap.


SOM TAM

Bahan A:

1/2 biji betik muda - dicuci kemudian disagat halus
1/2 btg lobak merah - dicuci kemudian disagat
3 batang kacang panjang - dipotong kecil
2 sudu besar sos ikan
1/2 s/b gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
2 biji limau nipis - ambil air
3-4 s/b kacang tanah - digoreng kemudian ditumbuk kasar

Bahan B:

2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah - dimayang
2 sudu besar udang kering - direndam kemudian toskan
4 tangkai cili padi - boleh tambah jika suka pedas

Cara membuat:

Tumbuk kasar bahan2 B kemudian digaul bersama bahan2 A sehingga sebati.
Sedia utk dihidangkan.

Aiskrim Malaysia Perisa Bubur Kacang Hijau Durian


Aiskrim yg dibuat baru2 ni, buat pun sbb bubur kacang tak habis....dah lah letak durian byk...tak abis sayang lah kan. Dah tak larat nak makan bubur kacang, lebih baik dibuat aiskrim. Tapi tak sempat 2 hari habis licin hehehehehe..Alhamdulillah..tak membazir. Kat rumah akak ni bubur2 kurang laku, kalau buat mesti tak abis..akak pulak jenis tak reti buat semangkuk, kalau buat mesti sepuyuk hehehe...mana nak abis.

Layan je lah aiskrim ni....50 sen satu, aiskrim aiskrim...!!!

Tortilla Ayam

Sarapan pagi dgn tortilla ayam, mmg sedap dan yg penting senang dan anak2 mmg suka. Isi ayam dlm tortilla tu akak guna Tempura Ayam Ramly, digoreng pastu dipotong2 kecil. Sayuran spt timun, tomato dan bwg dipotong dadu gaulkan bersama mayonis, serbuk lada hitam, perahan lemon jika suka dan garam secukup rasa....

Caranya:

Tortilla dipanaskan sekejap atas pan hingga lembut.
Ambil sekeping tortilla yg dah lembut letakkan daun salad/lettuce, campuran sayuran/mayonis dan ayam tempura yg telah dipotong kecil
Pastu bolehlah digulung...senangkan !
Nak lagi sedap sayuran tadi boleh juga letak buah avocado cincang....lagi lemak dan enak.
Siap dlm masa 15 min je.....mmg cepat dan senang kan.


Dpt makan satu gulung mmg kenyang




Lempeng Nyior Cicah Kuah Kari Ikan

Buat lempeng kelapa/nyior utk dicicah dgn kuah kari ikan nasi kandar semlm....perghhh terangkat. Kuah kari tu lagi disimpan 1 mlm, lagi power hehehe.

Kari Ikan Nasi Kandar

Menu tengahari semlm, iaitu Kari Ikan Nasi Kandar. Gara2 terliur tengok kari ikan kat Dapur Kak Noor, Sajian Dapur Bonda.
Nampak menarik kari ikan ni sbb ianya menggunakan kas-kas, akak mmg tak pernah letak kas-kas masa masak kari, dan mmg tahu mamak mmg letak kas-kas dlm masakan kari depa. Cepat2 akak gi beli kas-kas, pertama kali kas-kas masuk dapur akak hehehe. Terimakasih kpd empunya resepi, mmg sedap dan terangkat makan kari ni...perghhhh power! Bau kari melekat kat tgn w/pun dah dibasuh bersih hehehe.

Gambar kurang menarik lah pulak....kena beli kamera baru nampaknya hehehe.

Akak tempekkan resepi di sini utk rujukan anak2 akak di masa depan. Cuma akak derhakakan sikit resepi tu bukan derhaka apa pun, akak lebih gemar masak kari ikan bawang2 nya sumer tidak di mesin sebaliknya hanya dimayang, Bila dimayang bawang2 nya, kari nya berbau lebih harum dan sedap, tak caya cer cuba sendrii hehehe.

KARI IKAN NASI KANDAR
Bahan-bahan:

1 kg. ikan yang telah dibersihkan - akak guna ikan bawal emas
150 gm. santan pekat atau 1/2 tin susu cair.
2 biji tomato (dipotong empat)
6 biji bendi - basuh dulu baru dipotong tangkainya
2 biji terung dipotong 4
2 biji cili hijau
1 tangkai daun ketumbar - dipotong kasar2 (resepi asal tak de)
1 senduk besar minyak masak
Garam secukup rasa.

Bahan tumis:
3 ulas bawang putih -dimayang

1 labu bawang besar -dimayang

1 inci halia -dimayang
1 sudu kecil halba campur
1 tangkai daun kari

Bahan rempah: (disatukan dan dibancuh dengan sedikit air menjadi pes)
125 gm rempah ikan - akak guna 3 sudu besar rempah kari ikan Babas
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kas-kas

Cara Membuat:

Panaskan minyak, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia.
Kacau hingga naik bau dan bawang hampir perang kemudian masukkan halba campur dan daun kari
Masukkan pes rempah kacau hingga betul2 garing dan naik minyak.
Masukkan air asam jawa dan 1 cawan air, dan biarkan ia mendidih selama 5 -10 minit.
Perlahankan api, masukan ikan dan terung.
Biarkan kari itu mengelegak selama selama 3-5 minit lagi.
Masukkan santan dan garam secukup rasa.
Apabila ikan telah masak, masukkan bendi, tomato dan cili hijau.
Kacau seketika, sebelum tutup api taburkan daun ketumbar dan bolehlah tutup api dapur.

Roti Sosej & Roti Gula

Roti yg dibuat pd petang hari Khamis utk sarapan hari Jumaat. Buat sebyk 1 kg tepung dpt 20 ketul roti sosej spt di atas dan 10 ketui bun gula spt dibwh..puas anak2 makan.

Yang ni masuk tupperware utk dijadikan bekalan akak ke sekolah semlm. Makan bun gula ni bersama kopi '0' panas....dpt 2 ketui, kenyang sampai ke tengahari. Menggunakan resepi Super Soft Japanese Sweet Bun. Resepi boleh lihat SINI.

Bun ni walau dimakan hari Jumaat tapi tetap lembut & gebu spt baru masak.......mmg best.

Bingka Ubi Kayu

Bingka ubi kayu, yg dibuat beberapa hari yg lalu...dah tak ingat hari apa, tapi ingat beli ubi kayu masa dlm perjlnan balik dari kenduri kahwin, tengok org jual ubi kayu dgn rambutan tepi jln. Akak ni pantang nampak ubi kayu, nak2 yg baru dicabut....rebus makan begitu sahaja pun sedap. Hantu ubi lah katakan hehehehe.

Pekena bingka ubi dgn kopi panas di musim hujan ni mmg terangkat.

Resepinya boleh lihat SINI.

Bingka masih di dalam loyang, masih panas.

Asam Pedas Chef Florence - Memang Power

Asam pedas ni dah lama buat.....selepas aje menonton rancangan MasterChef, episod Kuliah Master oleh Chef Florence...masa tu Chef Florence tunjuk demo memasak Ikan Jenahak Masak Asam Pedas Cara Nyonya. Masa akak tengok bila bab merasa asam pedas tu, akak rasa betul2 terliur dan dlm hati alangkah bertuahnya kalau berada kat situ dan dpt rasa...hehehe punya lah angan2.

Esoknya terus gi pasar borong cari ikan jenahak, tapi tak jumpa....tak berapa kenal pun ye heheheh...akak pun belilah ikan susu dan ikan siakap. Maknanya dah 2 kali akak masak asam pedas nyonya ni cuma belum berkesempatan nak postkan kat sini.

Mmg feveret akak pun asam pedas, tapi husben kurang pulak. Tapi bila akak masak asam pedas ikan susu cara ni....husben makan nasi sampai hirup2 kuah hingga ketitisan kuah terakhir dlm mangkuk tu....haaaaaaa baru dia tau penangan asam pedas. Beberapa hari lepas tu akak masak lagi guna ikan siakap plak....sekali lagi nampak berselera betul en abg sayang akak tuh hehehe. Kalau tak selama ni bila akak masak asam pedas, mukanya cam asam pedas gak la...hehehee.

Makan lauk asam pedas bersama nasi panas2 baru masak mmg sedap, berulamkan pulak kacang panjang dan kangkung celur perghhhh tak terkata......sedar2 habis nasi sepinggan dan dah tak ingat lagi dah ttg diet ke apa ke....dahsyat betul penangan asam pedas !!

Asam pedas akak ni tak letak bendi sbb kehabisan stok dlm petiais... tapi sebenarnya akak lagi suka asam pedas taruk bendi mmg terangkat..akak kalau letak bendi lagi byk dr ikan...sbb suka sgt, anak2 pun sama. Org kata bendi ni bagus utk otak dan utk kesuburan....errrr patut lah akak beranak setengah dozen, nasib baik dah masuk era 40an, kalau idak mau bertambah lagi bilangan anak.
ASAM PEDAS ALA NYONYA
Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap - dlm 6 keping selepas dipotong
1 tangkai bunga kantan - belah 2
sedikit daun kesum
sedikit air asam jawa - tapi akak lebih suka guna 2-3 keping asam keping
1 kiub ikan bilis
8 biji kacang bendi
1 biji buah tomato jika suka
minyak utk menumis
garam

Bahan kisar:

5 sudu besar cili kisar
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
2 batang serai - ambil bahagian lembutnya sahaja
2 cm lengkuas
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
sedikit belacan - akak tak letak sbb husben allergic

Cara membuat:

Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik minyak dan bertukar warna dari kuning merahan menjadi pes berwarna merah menyala. Ini memakan masa agak lama, menggunakan api perlahan dan sentiasa kacau supaya tidak hangit di bawahnya.
Kacau sekejap masukkan bunga kantan apabila dah naik bau masukkan air asam jawa, kiub ikan bilis, ikan dan air secukupnya.
Rasakan garam, bila ikan hampir masak boleh lah masukkan kacang bendi dan daun kesum.
Didihkan 2-3 min boleh lah diangkat.


Sate Ayam


Menu dinner beberapa hari lalu, iaitu sate ayam tapi bukan buat sendiri, beli aje...hehehe. Dah lama tak buat sate sendiri, agak kurang rajin sikit skrg. Sebelum ni mmg selalu buat sendiri dan pernah jual sate masa kat UK dulu. Resepi nya boleh tengok SINI.

Tak perlu cite byk2, sesekali layan sate panas2 mmg enak kan....

Kuah nya mmg sedap, merah dan pedas..akak suka !

Suka sgt makan sate dgn bawang, klu tak de bwg mmg tak umpph....lagi pun bwg mentah byk khasiat.

Nasi Ayam Madu

Menu tengahari ni iaitu menu kegemaran anak2, tak lain tak bukan Nasi Ayam...hari2 hidang nasi ayam kat depa pun tak pe...hehe.

NASI AYAM
Bahan utk rebus & perap ayam:
  • 1 ekor ayam- dipotong 4
  • 4 ulas bawang putih } diketuk
  • 3 inci halia } diketuk
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • sedikit minyak bijan
  • garam secukupnya
  • 1 kiub ayam
  • air secukupnya
Cara membuat:
  • Ayam dibersihkan kemudian direbus di dalam air bersama halia, bawang putih , kiub ayam dan garam secukup rasa sehingga masak
  • Angkat ayam, toskan kemudian perap sebentar bersama campuran kicap manis, sos tiram, madu dan beberapa titis minyak bijan
  • Air rebusan disimpan untuk masak nasi dan buat sup
  • Ayam yg telah diperap tadi digrill dlm oven sehingga agak garing dan berkilat ATAU digoreng sehingga berkilat bolehlah diangkat.
  • Bila masak potong ayam kecil-kecil dan renjiskan sedikit minyak bijan sebelum dihidangkan


Bahan untuk sup ayam:
  • Daun sup & daun bawang } dihiris
  • 3 cawan air rebusan ayam
  • sedikit bawang goreng - utk taburan
  • garam jika perlu
Cara membuat:
  • Tapiskan lebihan air rebusan ayam tadi kedlm periuk kecil.
  • Didihkan sebentar kemudian masukkan garam jika perlu.
  • Taburkan daun sup/daun bawang serta bawang goreng.
  • Sedia utk dihidangkan





Bahan untuk masak nasi:
  • 4 cawan beras
  • 5 cawan air rebusan ayam - atau kuantiti air rebusan bergantung kpd jenis beras yg diguna (akak guna beras Basmathi PUSA Jasmine jd air nya 6 cawan lah)
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 cm halia - ditumbuk
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar majerin
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • setitik pewarna kuning atau sket serbuk kunyit
  • daun pandan
Cara membuat:
  • Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
  • Panaskan majerin, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi seterusnya masukkan daun pandan.
  • Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam, pewarna kuning, minyak bijan dan garam jika perlu.
  • Tanak hingga masak.



Bahan untuk buat sos cili:
  • 4 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili padi - kasi menyengat baru umpph !
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu besar minyak rebusan ayam
  • 1 sudu besar sos cili
  • sedikit gula dan garam
Cara membuatnya sos cili:
  • Kisar cili bersama bahan-bahan di atas sehingga halus
Bahan untuk buat sos kicap:
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar air rebusan ayam
Cara membuat sos kicap:
  • Campurkan semua bahan di atas kacau sebati.
Bahan sampingan: -dihiris
  • 1 biji salad
  • 1 batang timun
  • 2 biji buah tomato

Nasi Kuning Gulai Ikan Tongkol

Menu tengahari ni iaitu nasi kuning berlaukkan gulai ikan tongkol @ aye. Dah lama tak makan/buat nasi kuning. Kebetulan ada 2 ekor ikan tongkol dlm petiais, dan santan kotak pun ada apa lagi hasilnya spt gambar di atas lah. Walaupun namanya nasi kuning, tetapi nasinya tak berapa kuning terkurang lah pulak taruk pewarna.

Beras yg akak guna adalah beras PUSA Jasmine, panjangkan dan nasinya pun ringan je hehehe tak sedar masuk dlm mulut, sedar2 abis nasi sepinggan....dahsyat !

NASI KUNING - Hidangan utk 5 orang

Bahan-bahan:
  • 3 cawan beras basmathi -dicuci dan rendam 10 min
  • 41/2 cawan air } atau kuantiti air mengikut kesesuaian beras yg digunakan
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu kecil garam
  • pewarna kuning
  • 2 helai daun pandan } disimpul
Bahan utk menumis:
  • 1 sudu besar minyak sapi - kalau nak ganti majerin pun ok, kurang skit kolestrol
  • 2 sudu besar majerin
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1/2 inci halia }
  • 3 ulas bawang merah } dimayang
  • 1 ulas bawang putih }
Cara membuat:
  • Beras dicuci kemudian direndam selama 10 min kemudian ditoskan.
  • Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk.
  • Masukkan bahan tumis.
  • Goreng hingga naik bau/kekuningan.
  • Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
  • Masukkan air, susu dan beberapa titis pewarna kuning.
  • Tanak hingga masak, gemburkan nasi dgn garpu.
  • Sedia dihidangkan bersama lauk pauk
GULAI IKAN AYA/TONGKOL
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan aya / tongkol yang sederhana besar
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 3 sudu besar rempah gulai nasi dagang }bancuh dgn sedikit air panas utk dijadikan pes
  • sedikit gula melaka jika suka
  • garam secukup rasa
  • 5 sudu besar minyak untuk menumis
  • 1 sudu besar kerisik
  • beberapa tangkai cili padi
Bahan kisar:
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 cawan santan
  • 2 cm. halia
  • 2 cm. lengkuas
  • 4 keping asam gelugur
  • 1 cm kunyit hidup
Cara membuatnya:
  • Ikan dipotong kecil, dibasuh dan ditoskan
  • Kemudian direbus dengan sedikit air, sedikit garam dan 2 keping asam gelugur
  • Biarkan sehingga mendidih dan hampir kering airnya, ketepikan ( boleh juga disediakan sehari lebih awal atau disimpan satu malam kemudian dibuat gulai )
  • Panaskan minyak, masukkan cili kisar diikuti bahan kisar yg lain
  • Goreng hingga wangi dan agak garing masukkan pes rempah.
  • Tumis lagi sehingga pecah minyak kemudian masukkan santan.
  • Apabila mendidih masukkan ikan yang telah direbus tadi, asam gelugur, gula melaka dan garam secukup rasa
  • Renehkan sehingga agak pekat kemudian masukkan cili padi.
  • Bila dah pecah minyak bolehlah diangkat
  • Sedia utk dihidangkan

Siakap Masam Manis

Menu berbuka puasa semlm, ikan siakap masak masam manis. Anak2 akak mmg suka masak masam manis, hanya akak je yg kurang suka. Kenapa akak kurang suka sbb tak berapa pedas hehehe.

Oleh krn sibuk berbuka puasa semlm, hanya dpt snap gambar sekeping je pun. Lagi pun pencahayaan tak berapa cantik bila mlm.

Anak akak cukup suka ratah tepi2 dan hujung ekor ikan, sbb ianya rangup. Ikan tersebut akak sapu dgn tepung jagung dan sedikit garam baru lah digoreng, hasilnya luar ikan mmg rangup.

SIAKAP MASAM MANIS

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap
sedikit tepung jagung
sedikit minyak masak utk menggoreng dan menumis
2 ulas bawang putih } diketuk
1 labu bawang besar Holland}potong bulat @ dadu
1 s/b cili kisar
4 s/b sos cili } boleh tambah lagi ikut citarasa
3 s/b sos tomato }
2 s/b sos tiram
2 keping nenas } dipotong dadu
1 biji lada benggala merah } dipotong dadu
1 btg timun } dipotong dadu
garam secukup rasa

Cara membuat:

Ikan dilumur garam dan tepung jagung kemudian digoreng hingga masak.
Angkat dan ketepikan
Panaskan minyak, tumis bwg putih sehingga naik bau kemudian masukkan cili kisar. Goreng hingga garing kemudian masukkan semua sos.
Jika terlampau pekat/kering boleh masukkan air panas sket.
Masukkan nenas, lada benggala, bawang dan timun, kacau rata.
Letak garam secukup rasa.
Bila dah masak bolehlah dicurahkan ke atas ikan tadi.
Sedia utk dihidangkan.

Chocolate Chip Cookies

Cuti2 sekolah ni anak2 asyik nak makan je. Petang semlm saja lah suruh anak2 buat cookies ni, dorang ni mmg suka kalau disuruh menggentel cookies ni, akak hanya adun yg selebihnya bg anak2 siapkan. Resepi dari buku Easy Baking, buku akak beli kat UK tak lama dulu. Dulu masa kat UK kalau ke carboot sale mesti cari buku resepi yg berkulit tebal biasanya depa jual dlm 50pence saja, murah kan drp harga asal 19.90 pound. Omputeh ni cukup cermat dan menjaga barang2 depa dgn baik. Wpun depa jual barang yg depa tak nak tapi barang tersbt masih cantik dan kelihatan baru. Sempat jugak lah akak kumpul koleksi buku2 resepi kulit tebal dr sana. Sekrng akak terasa rindu betul nak pergi carboot kat sana :(

Chocolate Chip Cookies

Bahan-bahan: menghasilkan 38 keping biskut

350g tepung gandum - akak guna tepung cookies
secubit garam
2 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
1 tsp emplex (perangup biskut) - ni akak suka2 tambah
150g butter
6 s/b golden syrup
100 g soft light brown sugar - akak guna 70g aje
250g chocolate chips

Cara membuat:

Ayak tepung bersama bahan penaik dan garam.
Masukkan butter kedlm tepung yg telah diayak ramas sehingga sekata.
Masukkan gula, syrup dan chocolate chip kemudian gaul sehingga menjadi doh.
Bulat2 doh kemudian susun kedlm loyang yg telah digriskan.
Apabila habis bulat2 kan, penyekkan bebola tadi menggunakan tapak tgn supaya menjadi agak leper.
Bakar selama 15 min pd suhu 170C atau sehingga keperangan/masak.
Sejukkan atas redai, simpan dlm bekas kedap udara.

* Akak tambah 60g kacang walnut cincang kedlm adunan.

Nasi Goreng Kangkung Cili Padi

Menu tertunggak lagi, ntah menu bila pun dah tak ingat. Tapi yg pasti menu ni adalah menu makan mlm...hehehe. Malas masak lauk, goreng aje nasi makan panas2 mmg enak kan. Nasi ni akak taruk kangkung hasil tanam sendiri, tanam kangkung dah lama..tapi tak pernah pupus kangkung ni...menjalar je...lagi dipetik lagi membiak. Petang semlm pun akak kutip lagi kangkung, ada dlm petiais tak tahu nak masak apa....nampak gaya nasi goreng lagi lah tu hehehe.

Rasa akak tak payah lah letak resepi, semua org tahu masak nasi goreng. Nasi goreng akak ni akak taruk udang, telur hancur, kangkung dan cili padi...perghhh berapi !

Wonderfully Soft Bread


Cinnamon Rolls yg dibuat beberapa hari yg lepas. Kali ini menggunakan resepi Florence, Wonderfully Soft Bread. Akak dan anak2 mmg menggemari apa2 yg diletak cinnamon, pendek kata mmg suka lah dgn bau cinnamon ni hehehe.

Komen akak, roti ni memerlukan masa yg panjang utk mengembang mungkin disebabkan kandungan susu, gula, telur dan butter yg byk menyebabkan aktiviti yis agak terganggu. Doh nya masa mula2 menguli mmg agak lembik dan melekat2 di tangan tetapi setelah lama diuli lama2 doh tersebut akan jd licin dan tidak lagi melekat2.

Cinnamon Rolls

Buat empunya resepi izinkan akak letak resepi kat sini utk rujukan di masa depan.

Bahan-bahan:

  • 310g tepung roti
  • 60g tepung kek (superfine flour)
  • 40g Nestle CoffeeMate - ni akak guna susu tepung anak aje hehehe
  • 115 ml susu segar
  • 20g susu pekat manis
  • 55g gula castor
  • 3g garam
  • 7g yis kering
  • 1 telur + 2 kuning telur
  • 40g mentega


Egg Glace: 1 telur + 1 st susu segar @ air - dipukul sedikit


Cara membuat:

  1. Masukkan semua bahan kecuali mentega, uli sehingga menjadi doh.
  2. Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga licin/tidak melekat.
  3. Perap selama 1 jam atau sehingga doh naik sekali ganda
  4. Tumbuk dan canai menjadi btk segiempat. Sapu mentega atasnya kemudian tabur dgn campuran gula perang & cinnamon serta kismis.
  5. Kemudian gulung memanjang dan potong menjadi beberapa ketul yg sama saiz.
  6. Susun dlm loyang dan biarkan naik sekali ganda. Sapu egg glace atasnya baru lah boleh dibakar.
  7. Bakar roti pd suhu 170C selama 15-20 min. Apabila masak, dan ketika masih suam sapukan mentega cair atasnya.Sedia utk dimakan.

Mihun Soto

Mihun Soto yg dibuat beberapa hari yg lepas. Dah jemu makan nasi, makan mihun soto cam ni mmg enak. Hirup kuah panas2 mmg sedap. Dimakan bersama sambal kicap yg pedas, perghhh berapi hehehe.

Soto akak kali ni tak de taugeh, kacang tanah dan begedil....w/pun tak cukup setnya...abis jugak sepuyuk kuah soto dan sebungkus mihun.

Mihun Soto

Bahan-bahan:


1 ekor ayam sederhana besar - dipotong
1 bungkus mihun - dicelur hingga lembut
1 rempah sup bunjut
minyak utk menumis
air secukupnya
garam secukup rasa

Bahan penumis:

3 cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih

Bahan kisar:

4-5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
1 batang serai
1/2 sudu besar jintan manis biji
1/2 sudu besar jintan putih biji
1 sudu besar ketumbar biji
1/2 sudu kecil lada sulah
2 biji buah keras

Bahan hiasan:

1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
sedikit bawang goreng
limau nipis
sambal kicap

Cara membuat sup/kuah:

Panaskan minyak.
Tumis bahan-bahan penumis sehingga wangi kemudian masukkan bahan-bahan kisar.
Tumis hingga wangi dan garing.

Masukkan air, ayam, rempah sup bunjut dan garam secukup rasa.
Masak dgn api yg perlahan hingga ayam empuk.
Setelah masak keluarkan ayam, ambil isinya siat-siatkan dan ketepikan.
Tulang ayam dimasukkan balik kedalam kuah sup tadi.


4 Cheese Pizza- Doh Jamie Oliver

Hari ni hari melayan selera anak2, sebenarnya dah lama tak buat pizza. Pagi2 lagi selepas selesai kemas rumah, akak terus menguli doh, bukan akak menguli tapi Pakcik Ken Wood hehehe. Kali ni akak menggunakan resepi dari Jamie Oliver. Sebenarnya ni kali kedua menggunakan resepi Jamie utk base nya, dan lepas ni mmg resepi ni menjadi pujaan...mmg TERBAIK la (bak kata anak akak yg no 6). Base nya boleh lawan Pizza Hut punya.

Resepi asal menggunakan 1 kg tepung tapi akak buat separuh dr resepi trsbt dpt lah 3 biji pizza besar, boleh makan dr tghari sampai mlm hehehe.

Kali ni akak mengunakan 4 jenis cheese utk toppingnya iaitu Mozarella, Cheddar, Parmesan dan Jalapeno Cheese, hasilnya mmg sedap sgt.

Doh Pizza
Bahan-bahan:

500 g tepung roti/high protein
1/2 sudu kecil garam
7g yis kering segera
1/2 sudu besar gula caster
2 sudu besar extra virgin olive oil - akak guna minyak jagung je
325 ml air suam - akak guna 315 ml aje

Cara membuat:

Gaulkan tepung bersama yis di dalam mangkuk adunan.
Larutkan garam dan gula dalam air.
Tuangkan air dan minyak ke dlm mangkuk, gaul adunan sekata.
Uli adunan diatas tempat permukaan yang ditabur dengan sedikit tepung sehingga licin dan tidak melekat.
Bulatkan doh tersebut, simpan di dalam mangkuk adunan yang dilenser dgn sket minyak dan ditutup dgn cling film.
Biarkan ianya mengembang 2 kali ganda atau selama 1 jam.
Uli aduan semula untuk keluarkan angin dan bahagikan adunan kpd 3.
Canaikan adunan menjadi leper mengikut saiz yg dikehendaki.
Letakkan kedlm dulang pembakar yg dah disapu dgn sikit mentega
Biarkan selama 20 minit supaya adunan naik semula.
Cucukkkan sedikit dgn garpu utk mengelakkan ianya menggelembung bila dibakar nanti.
Bakar didlm oven pd suhu 200'C selama 5-8 minit keluarkan.
Sapu sos kemudian taburkan 1/3 campuran keju diikuti bahan inti diakhiri 2/3 campuran keju.
Bakar semula sehingga keju cair dan keperangan ditepi2 nya.


Sos Pizza

Kali ni akak menggunakan kaedah short cut utk buat sos. Bukan apa, kes nak cepat dan malas yg sebenarnya hehehe. Akak menggunakan sos spagheti cendawan Prego.

Bahan-bahan:

1 tin sos spagheti cendawan Prego
1 labu bawang Holland -potong dadu
1 mangkuk daging cincang
sikit cili flakes
sikit Oregano
minyak utk menumis

Cara membuat:

Tumiskan bawang sehingga layu, masukkan daging cincang.
Kemudian masukkan sos Prego.
Kacau sebati sehingga masak.
Masukkan garam, cili flakes dan oregano.
Siap utk digunakan.

Yg ni bahagian akak, makan dgn cili jeruk....perghhh terangkat wei. Mula2 anak2 tengok dan komplen, " eee peliknya mak makan dgn cili jeruk". Akak jwblah, sedap tau...rasalah" Kemudian anak no 2 rasa, terus kata "a'ah lah sedappppppp, sambil ceduk lagi cili jeruk dr balang hahahaha" Lepas anak no 3 plak rasa, a'ah lah sedap.....hihihi, baru depa tahu. Dengan itu habislah cili jeruk akak dikerjakan anak2 dan maknya. Kena buat lagi cili jeruk.

Doh yg tengah diperap

Base yg dah dibakar selama 5-10 min

Base yang dah ditabur topping atasnya

Pizza dah siap masak, sedia utk dimakan nyum nyum.

Nasi Minyak Terengganu & Gulai Daging Bawang Goreng

Menu yg dah lama tinggal kenangan, nasi minyak Trg bersama gulai daging korban. Gulai daging ni stail Trg, tidak menggunakan santan tetapi menggunakan susu dan bawang goreng. Kalau ke Trg akan jumpa lauk ni samada di gerai sarapan pagi atau pun di majlis kenduri kahwin.

Gulai daging ni, akak ikut cara tokki sedara akak..dia mmg masak kat tempat kenduri kendara. Bezanya cara tokki akak ni dia menggunakan susu manis dlm lauk daging dan juga nasi, tetapi jgn lah letak byk...hanya secukup rasa jgn sampai rasa manis plak kan hehehe.

Resepinya boleh rujuk SINI.