Monday, November 29, 2010

Nasi Minyak Ganu dgn kuncu2nya


Nasi minyak ni mmg menjadi kegemaran kami sekeluarga, maklumlah org Ganu. Yg istimewanya nasi minyak ni dimakan bersama kuah gulai daging yg menggunakan bawang goreng sbg salah satu bahan utama. Gulai ni sgt harum dan tidak muak dimakan krn tidak menggunakan santan langsung. Resepi spt dibwh.

Nasi Minyak Trg - Hidangan utk 5 org

Bahan-bahan:

3 cawan beras basmathi
4 1/2 cawan air - jika guna beras lembut kurangkan air atau mengikut kesesuaian beras trsbt.
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil garam
pewarna kuning
2 helai daun pandan -disimpul

Bahan utk menumis:


1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar majerin
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 in halia ]
3 ulas bawang merah] dimayang
1 ulas bawang putih]

Cara membuat:

Beras dicuci kemudian ditoskan
Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk. Masukkan bahan tumis
Goreng hingga naik bau/kekuningan
Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
Masukkan air dan susu
Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika
Kemudian gemburkan nasi guna garpu
Sedia dihidangkan bersama lauk pauk

Gulai Daging Bawang Goreng

Bahan-bahan:


1 kg daging lembu
2 sudu besar rempah gulai nasi minyak-kena beli kat Trg
4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] kisar
1/2 in halia]
segengam bawang goreng - kena guna yg homemade klu yg kat kedai kurang wangi
1- 2 sudu besar susu manis - ikut citarasa, nak guna susu cair pun boleh tapi kena buh gula sket
1 sudu kecil sos tomato
3 ketul ubi kentang - ptong 4
sket kismis
air secukupnya

Bahan tumis:

2 in kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sket minyak

Cara membuat:


Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga wangi. Masukkan bahan kisar, kacau sehingga naik bau.
Masukkan rempah, bawang goreng yg diramas2 sket, sos tomato dan susu.
Masukkan daging. Renehkan seketika.
Masukkan air secukupnya (gulai ni takleh pekat sgt). Reneh sehingga daging empuk, masukkan kentang, kismis dan garam secukup rasa
Masakkan sehingga kentang empuk. Sedia utk dihidangkan

4 comments:

Ummi said...

Salam Noor, waaah masuk sini semunay membuka selera...tengok nasi, tengok roti mcm2 style...mmg seronok meroti kan..hehe...thanks sudi jenguk blog akak tu eh..nnt akak add link k..

NoorMasri said...

Salam Ummi...

Terima kasih Ummi krn sudi dtg dapur sy. Dapur masih baru.
Dan t/ksh juga link kan dapur sy..muah muah...
Sekrg cuti, ada lah byk masa meroti..dan membakar apa yg patut.

yantie227 said...

terima kasih untuk resipinya... weekend ni nak cuba buat, insyaAllah ^_^

Mel said...

Salam kenal kak. Dah buat nasi minyak ni. Sedap!! Tq resepinya ^_^