Kek Coklat Kukus (Munira) - Super Moist


Beberapa hari lepas terbaca mengenai resepi kek coklat kukus ni kat KR resepi oleh Pn Munira Baharom. Feedback mengenai resepi ni amat memberangsangkan. Tiba2 hati tergerak utk mencubanya, memandangkan serbuk koko yg ntah dari tahun bila duk bertapa dlm peti hehehe...nasib baik ok lagi. Mula2 cam takut gak la nak try, sbb bila teliti resepinya lebih kurang cam resepi Zaima cuma nya tang tepung nya skit sgt hanya 3/4 cawan je. Tapi empunya resepinya kata mmg betul kuantiti tepung byk tu.

Akak pun tanpa berlengah lagi, sinsing lengan lah mengancau adunan. Dan selepas kukus selama 1 1/2 jam, dgn tak sabar2nya akak buka pengukus....tengok waaaaaaa..cantik je naik nya. Terus sejukkan atas redai, payahnya nak handle sbb terlampau lembut (fulamak lembut giler u). Tanpa lengah tuang sos coklat (terlebih buat sos plak...akak tuang aje lah sumer sampai banjir - kalau meniaga harus rugi hahaha). Anak2 sibuk suruh potong, tak sempat sejuk.

Mak nya pun ekceli tak sabar nak rasa, setelah potong apa lagi ngap lah..........fulamakkkkkkkkkk rasanya sgt lembab, lembut, sgt terasa coklatnya...pendek kata SUNGGUH SEDAPPPPP tak sia2 cuba. Dulu akak rasa kek coklat zaima sgt lah sedap, yg ni lagi tersgtlah sedap nya boleh bg 5 bintang !



Tengok lah rupanya yg sgt hitam, w/pun hitam tapi sgt menawan kalbu hehehe. Akak ada lah tambah sikit resepi tu, akak tambah 1 sudu kecil serbuk nescafe.....menambahkan lagi kehitaman dan aromanya.
Akak c&p resepi dari KR kat sini, diucapkan ribuan terimakasih kpd empunya resepi krn sudi berkongsi resepi yg sgt enak ni
.

Kek Coklat Kukus (Munira)

Bahan-bahan: - akak guna loyang bulat 9"

1 cawan gula pasir - akak letak 3/4 cawan aje
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak - akak guna minyak jagung mazola
1 sudu kecil serbuk nescafe - yg ni akak tambah


semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut.
Rehatkan sekejap bila dah sebati


Bahan B:

3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

semua bahan di atas diayak

Bahan C:

4 biji telur - diblender (tapi akak pukul hingga kembang)

Cara membuat:

Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.



Gara2 kek coklat yg sedap ni, diet ku kantoi lagi huhuhu...
.

Jambangan Bunga dari Yatie

Wah..gembiranya akak, dapat sejambak bunga sebagai tanda persahabatan dari Yatie yg cantik manis. Tahniah buat Yatie semoga terus berblog dan berkongsi resepi2 yg mengancam dan gambar2 yg menggoda kalbu. Akak hari2 mesti singgah rumah Yatie cuma kadang2 singgah je tak sempat nak menyapa tak pun meninggalkan jejak ...hehehe.

Laksa Lemak Terengganu @ Laksa Kuah Putih

Tiba2 je terasa nak makan laksa bila tengok pokok kemangi daun nya subur menghijau. Maka terkorban lah beberapa tangkai masuk kedlm mangkuk laksa ku hehehe.


Hari ni dari tengahari sampai ke malam, makan laksa je lah...kes malas nak masak ulang2 kali. Resepi kuah laksa ni sila lihat di SINI

Taman Herba

Salam ....

Hari ni start cuti selama 9 hari sempena cuti Tahun Baru Cina. Seronoknya rasa, baru boleh tenangkan fikiran dari bebanan kerja. Baru lah berkesempatan meninjau pokok2 herba akak kat belakang rumah, kesian depa kurang dpt kasih syg sejak akhir2 ini hehehee. Baja pun kurang dpt, nasib baik petang2 selalu hujan kalau idak mati lah mereka kekeringan.
pegaga ni sedap wat kerabu


Antara pokok2 yg akak tanam, kemangi, pegaga, kari, daun bawang, daun kunyit, kaduk, kesum, limau purut....ada tertinggal tak ambil gambar - serai,kangkung, bunga kantan (tak pernah berbunga lagi) dan daun cekur manis.


Bila tengok daun kemangi ni segar je, akak dang2 tu teringin nak makan laksa kuah putih Trg...wat ulam daun ni perghhhhhh...sedapppp !

Daun kemangi ni wat ulam nasi pun sedap cicah dgn sambal belacan.



Senang kan kalau bahan2 ni ada kat belakang rumah, nak masak tomyam petik aje daun limau purut dan serai blakng rumah. Nak ulam pegaga petik aje..hehehehe.

pokok kaduk dlm pasu, kurang baja kesian dia

pokok kari ni sebenarnya asalnya tinggi tapi kena serang penyakit, maka akak patahkan sume dahannya. Ni baru berpucuk semula



ada lagi 2 pokok, nanti bila2 akak kasi posing iaitu pokok Penna (bagus utk penyakit kencing manis dan pokok Sambung Nyawa (bagus utk penyakit barah).

Cucur Udang Rangup


Salam di hujung minggu...

Hari ni sarapan dgn cucur udang rangup penuh dgn sayuran. Akak taruk udang kertas, kangkung dan taugeh byk2. Sambil goreng anak2 dtg sorang2 ambil kat dapur, siap goreng tengok2 tinggal hanya 3 keping yg ni. Nasib baik ada 3 keping boleh jd kan bahan bukti hahahaha.

Resepi boleh rujuk di SINI

Roti Sosej Berkeju - Montel & Gebu


Salam semua......

Lagi2 roti kan....hehehehe. Nak buat camana kan, dah anak2 suka makan roti. Roti ni akak buat hari Ahad baru ni, buat utk bekpes hari Isnin. Senang anak2 nak ke sekolah, boleh makan roti nanti tengahari balik sekolah sementara nak ke sekolah agama depa makan roti lagi. Senang dan mudah. Spt biasa lah akak kalau buat roti semesti 1 kg tepung, dah alang2 Pakcik Ken menguli..baik uli byk terus tahan lah roti tu selama 2 hari. Lagi pun kalau setakat bakar roti sikit2 buat rugi letrik je..


Roti Sosej Berkeju

Bahan A:

410g tepung high protein
100g tepung superfine
80g susu pekat manis
dibancuh dgn air
3/4 sk garam
7g atau 2 1/2 sk yis segera
1 biji telur - pukul sekejap
130ml
air
60g butter - pd suhu bilik

Bahan B:

15 batang sosej - dicelur dan toskan

sedikit keju cheddar - diparut


Water-Roux Paste :

25g tepung high protein
125ml air

Masukkan tepung dan air, kacau diatas api perlahan sehingga pekat menjadi pes. Setelah masak tutup dgn cling film sehingga suam2 kuku dan sedia utk digunakan.

Egg Wash

1 biji telur + 1 sudu kecil susu atau air paip

Cara membuat:

Masukkan ke dlm mixer kesemua tepung, yis dan water roux. Gaul sekata kemudian masukkan telur, bancuhan susu dan garam.Uli sehingga membentuk doh.

Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga terhasilnya doh yg kenyal dan licin.

Perap selama 1 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda. Kemudian tumbuk biar angin nya keluar.Bentukkan mengikut citarasa masing2.

Susun dlm loyang yg telah digriskan. Biarkan bun naik 2 kali ganda, kemudian sapukan 'egg wash' atas permukaannya. Bakar pd suhu 180'C selama 15-20 min sehingga keperangan. Angkat dan sapukan mentega cair atas permukaannya kemudian sejukkan atas redai besi. Utk mendptkan permukaan yg lembut, bun tadi hendaklah diselimutkan dgn kain bersih. Bila sejuk simpan bun dlm bekas kedap udara.


Ikan Siakap Kukus


Salam semua......

Menu hari apa ntah, lupa lah pulak....baru teringat nak update. Ikan siakap kukus ni sedap dimakan panas2. Ikan siakap dikukus bersama sos tiram, halia, bawang putih dan serai yg dimayang halus. Sebelum dimakan, kena perah limau nipis kemudian tabur daun ketumbar serta cili padi secukupnya. Anak2 dan husben suka sgt makan daun ketumbar bersama ikan kukus ni.

Dalca Tulang

Salam semua......

Baru lepas makan nasi berlaukkan dalca tulang. Dah berkurun lamanya tak masak dalca. Ntah naper bangun pagi tadi teringat nak masak dalca tulang, mengenangkan byk sayuran dlm peti dan tulang lembu lebihan beli hari Ahad baru ni pun masih ada. Tadi pergi pasar beli ayam utk stok sehari dua ni dan cadang nak beli ikan kering...sekali dah balik umah baru teringat..ala lupa lagi....ish ish ish..pelupa sungguh sejak 2 menjak ni..byk urat putus gamaknya hehehehe. Akak kalu makan nasi dgn dalca mesti nak ada ikan kering goreng baru lah kena....tapi tak pe la...dah tak de rezeki.Nasib baik gak tak de ikan kering, kurang lah selera ku. Makan pun sket aje...ingat petang nanti nak beli roti canai cicah kuah dalca ku ini......psttttt Ulin, jgn terliur aaaaaaa.....!


DALCA TULANG

Bahan-bahan:
  • 600 gm daging bertulang
  • 4 cawan santan
  • 3 sudu besar rempah kari daging } dibancuhkan dengan sedikit air panas
  • 6 ulas bawang merah }
  • 2 ulas bawang putih } di mayang
  • 3 cm halia }
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 4 cm kulit kayu manis
  • setangkai daun kari
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 biji ubi kentang
  • 10 batang kacang panjang
  • 1 biji lobak merah
  • 1/2 cawan kacang dal } direndam dalam air panas
  • 4 biji buah belimbing buluh
  • 3 biji cili hijau } tak perlu dipotong
  • 1 biji mangga muda
  • 1 biji tomato
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji terung bulat
  • 200 gm bunga kobis
  • 5 btg kacang bendi
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 3 sudu besar minyak masak
  • sedikit air asam jawa
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya
Cara membuat:
  • Potong daging dan bersihkan.
  • Kentang, tomato, bawang besar dan terung dibelah 4.
  • Mangga muda dan bunga kobis dipotong kecil.
  • Kacang panjang dipotong sepanjang 4 cm.
  • Lobak merah dipotong sepanjang 4 cm kemudian dibelah 3 @ 4 mengikut saiz lobak itu.
  • Panaskan minyak sapi & minyak masak di dalam periuk.
  • Tumiskan bahan yg dihiris bersama kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang sehingga wangi. Masukkan daun kari.
  • Kemudian masukkan rempah kari daging dan biarkan sehingga naik minyak.
  • Masukkan daging , air asam jawa dan sedikit santan. Renehkan sehingga daging lembut.
  • Masukkan kacang dal dan lebihan santan. Jika terlampau pekat boleh tambah air.
  • Apabila mendidih dan pecah minyak masukkan semua sayur yang dipotong.
  • Kacau lagi hingga mendidih seketika.
  • Masukkan garam secukup rasa, bila hampir masak masukkan belimbing buluh dan cili hijau.
  • Kacau seketika boleh lah dihidangkan

Award dari Jepun !

Salam semua........hari ni g kutip award dari Jepun. Terima kasih Hana yg cantik manis krn sudi bg award ni kat akak, muah muah muah. Akak ni tak ler kreatif mana pun, amik gambo pun compang camping ...apa2 pun akak sgt menghargainya dan jd kan ianya perangsang utk terus berblog cewahhh....

:: PENGERTIAN BERKENAAN AWARD INI ::

PENCIL
yang besar menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.

FILEM
bergerak tanpa henti menunjukkan AWARD ini di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.

LOGO
bulat berkelip-kelip jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.

Kek Lobak Merah Lembab


Salam semua, semlm akak sempat buat kek lobak merah. Kami sekeluarga mmg penggemar kek lobak merah, husben yg bukan pemakan kek pun suka makan kek ni. Resepi kek ni akak intai dr dapur CMG difahamkan resepi asalnya oleh 1001resepi. Sebenarnya dah banyak kali buat kek lobak merah guna resepi ni, rasanya dah 4 kali kot. Dan ada sedikit sebyk akak ekjas resepi ikut kesesuaian selera akak setelah beberapa kali membuatnya. Resepi asal akak copy dari dapur CMG, mohon izin tepek disini ye Che Mat, sama2 lah kita panjangkan resepi yg enak serta lazat berkrim ni.

Bahan-bahan :

2 cawan tepung superfine*
2 camca teh baking powder*
1 1/2 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh garam halus*
2 1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
4 biji telur gred "A"
1 1/2 cawan minyak jagung
1 cawan gula halus - resepi asal 2 cawan (manis sgt bg akak)
2 1/2 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1 cawan kacang walnut, cincang

Bahan Cream Cheese Frosting:

100 g mentega – akak guna 80 g je
125 g cream cheese
1 camca teh jus lemon
2 camca besar gula aising

Cara membuat :

Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak.

Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga sebati selama 5 minit.

Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.

Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi.

Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra.

Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.

Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi.

Simpan kek dalam peti sejuk jika tidak habis dimakan.

potongan kek yg sgt tak kemas, mungkin cincangan nenas dan walnut yg terlampau kasar (salahkan nenas dgn walnut plak hahaha)

Untuk Cream Cheese Frosting :

Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan jus lemon, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...

Mee Sup Tulang

, Salam semua.....dah malam baru boleh ngadap pc. Nak update menu lunch hari ni iaitu Mee Sup Tulang. Ni gara2 tengok meehoon sup kat umah Siti Mariam lah baru2 ni, teringat2 maka pagi2 lagi tadi akak dgn husben terpacak kat pasar tani mega di Stadium Malawati Shah Alam. Apa lagi dgn tujuan mencari tulang lembu utk dibuat sup lah, lagi mau tanya ka? hehehe.

Akak beli mee dan kue teow, utk dimakan bersama sup. Mee sup kegemaran akak manakala kue teow sup kegemaran cik abang sayang.

Bahan-bahan:

1 kilo tulang lembu
1 inci halia -diketuk
4 ulas bawang putih -diketuk
1/2 sudu kecil lada hitam -ditumbuk
1 paket sup bunjut
1 inci kulit kayu manis
2 tangkai bunga lawang
3 tangkai bunga cengkih
3 biji buah pelaga
air secukupnya
garam secukup rasa

Bahan hiasan:

1 tangkai daun sup - dihiris
2 tangkai daun bawang- dihiris
sedikit bawang goreng
sedikit taugeh
limau nipis - dihiris
mee @ kue teow - dicelur selama 1 minit dan toskan

Sambal Kicap:

Kicap manis
Cili padi - ditumbuk

Cara membuat:

Masukkan semua bahan dalam periuk, reneh sehingga tulang empuk.
Masukkan garam secukup rasa.
Cara hidangan: masukkan mee dlm mangkuk, letak kuah dan bahan hiasan serta sambal kicap

Nasi Tomato & Ayam Masak Merah

Erkkkkkk...alhamdulillah, baru lepas makan nasi tomato hehehehehe. Kenyang nya mengantuk lah pulak . Dah lama tak masak nasik special. Husben lah mintak masakkan nasi tomato jd sebagai penambat kasih syg, akak sediakan lah nasi tomato special bersama ayam masak merah dan acar timun/nenas khusus buat husben tercinta cewaaaaahhhhh...hahahaha. Anak2 makan dgn penuh selera, maklumlah sejak 2 menjak mak nya masak simple2 aje dek kekangan masa.

NASI TOMATO

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras
  • 2 1/2 cawan air - jumlah air bergantung kpd jenis beras juga
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 ulas bawang putih } dikisar
  • 3 ulas bawang merah } dikisar
  • 1/2 inci halia } dikisar
  • 2 1/2 sudu besar minyak sapi } boleh diganti dgn minyak masak atau majerin jika suka
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 1/2 inci kulit kayu manis
  • 3 sudu besar tomato sos
  • 3 sudu besar tomato puree
  • 1 kiub ayam
  • garam secukup rasa
  • helai daun pandan } disiat-siat kemudian disimpul

Cara membuatnya:

  • Panaskan minyak sapi kemudian masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan daun pandan.Apabila wangi masukkan bahan-bahan kisar, tumis lagi hingga wangi dan garing
  • Apabila naik baunya masukkan beras dan gaul rata.
  • Tuangkan air, susu cair, tomato sos, tomato puree, kiub ayam, garam dan biarkan hingga mendidih.
  • Tanak nasi hingga masak dgn menggunakan api yg perlahan.
  • Angkat dan hiaskan dengan bawang goreng serta gajus yg telah goreng/sangai

AYAM MASAK MERAH SIMPLE

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 6 ulas bawang merah }
  • 2 ulas bawang putih } dikisar
  • 1/2 inci halia }
  • 4 sudu besar cili kering kisar
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar tomato puree
  • 1/2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum cengkih
  • 2 sudu besar susu cair
  • 1/2 cawan kacang peas- jika suka

  • sedikit serbuk kunyit
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng ayam & menumis

Cara membuatnya:

  • Ayam dipotong kecil-kecil. Cuci dan toskan.
  • Perap ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kemudian goreng ayam separuh masak.
  • Dalam kuali lain dimasukkan sedikit minyak untuk menumis.
  • Bila minyak dah panas, masukkan rempah tumis (kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang) dan goreng hingga wangi
  • Kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Tumis sehingga naik minyak dan garing.
  • Masukkan sos tomato, tomato puree, garam, gula, susu cair dan sedikit air.
  • Kemudian masukkan ayam. Kacau sehingga ayam masak dan kuah agak pekat.
  • Bila hampir masak, masukkan buah tomato yg telah dipotong 4 (jika suka) dan kacang peas.
  • Hiaskan dengan taburan bawang goreng sebelum dihidang
ACAR MENTAH

Bahan-bahan:

  • 1 batang timun-dopotong panjang
  • 1/2 biji nenas -dipotong kecil
  • 1/2 labu bawang besar - dipotong nipis
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 biji cili merah -dipotong nipis
  • gula dan garam secukup rasa

Cara membuat:

  • Gaulkan kesemua bahan dalam bekas, masukkan garam dan gula secukupnya.
  • Enak dimakan setelah dibiarkan seketika supaya rasanya sebati.


Raisin Marble Loaf

Salam hujung minggu.......

Lega rasanya bila tiba hari Sabtu. Nak update gambar roti marble berkismis yg buat di sini, tapi yg ni akak buat btk loaf, ari tu tak sempat nak upload gambar ni sbb nya masa amik gambar bun, loaf ni tak leh potong sbb masih panas. Ekceli bila dah sejuk pun, punya lah payah nak potong sbb roti tu tersgt lah lembut dan gebu, nak tekan kuat2 kan penyek pulak hehehe. Akak tak leh potong nipis, tapi potong tebal2 gitu pastu akak sapu planta kemudian tabur sedikit gula atasnya, wat bekal g sekolah...perghhhh sedapnya. Lebih nikmat makan bersama teh O atau kopi O panas berasap.

Yg berbentuk loaf ni lebih moist berbanding btk bun.

Tumis Air Petola (Tenney)

Salam semua.....sebenarnya ni menu 2 minggu yg lepas...tak berkesempatan nak update sini. Menu biasa2 je..menu org malas...hehehe. Tapi menu ni lah yg menaikkan selera akak.

Org Ganu panggil petola tu tenney..sebut betul2..ten ney..ada saddu kat tengah tu.

SAYUR TUMIS AIR PETOLA
Bahan-bahan:
  • 1 biji petola}dibuang bahgian kulit yg tajam kemudian potong kecil
  • 2 ulas bawang putih } diketuk
  • 1 biji cili merah dihiris - boleh juga ganti dgn 1/2 sudu kecil lada hitam yg ditumbuk
  • 10 ekor udang basah- boleh ganti dgn skit ikan bilis atau 1/4 kiub ayam
  • 1 sudu besar minyak untuk menumis
  • 2 cawan air
  • garam secukup rasa
Cara membuat:
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan cili sehingga naik bau dan garing, kemudian masukkan air serta udang.
  • Bila mendidih masukkan petola dan garam secukup rasa.
  • Biarkan mendidih seketika bolehlah diangkat.Jgn lama2 nanti lembik tak sedap.
Makan sayur tumis air ni, mesti ada lawannya iaitu sambal belacan dan ikan gelama kering goreng. Sambal belacan tu akak suka letak kulit limau kasturi yg dihiris halus, akak suka makan kulit limau kasturi, eh kulit limau kasturi aje tau bukan kulit limau nipis. Kulit limau nipis pahit u....!

Kesian ikan kering tu...ternganga mulut nampak gigi hehehe..akak terlupa potong kepalanya kes nak cepat, selalu akak sebelum goreng penggal kepala dulu. Ntah naper hari tu malas sgt, tu yg jd mulut nganga nampak gigi.

Bun Marble Coklat Berkismis

Salam semua, semoga ceria2 selalu hendaknya....

Hari minggu macam2 nak buat, dari pagi berada di dapur mengemas apa yg patut...tup tup tengok jam dah petang. Cepat betul masa berlari hehehe. Esok dah nak sekolah semula....dan bermula lah kembali episod hari2 yg sibuk dgn pelbagai benda nak dibuat, kadang2 rasa cam lipas kudung pun ada.Dalam akak sibuk hari ni sempat lah jugak bagi arahan kat Makcik Ken yg dah lama bertapa supaya bekerja hari ni. Campak apa yg patut ke dlm Makcik Ken dan dgn bersungguh2 nya menguli maka terhasilnya bun marble celoreng celoreng yg sungguh GEBU dan ENAK errrr tak caya ek, tak cuba tak tahu....!

Bun ni akak & famili buat minum petang dan selebihnya simpan utk sarapan esok pagi. Akak buat 1 kg lebih skit tepung (2 adunan) dptlah 22 ketul bun yg montok2 dan 1 biji loaf. Esok pagi tak de lah akak kelam kabut nak masak sarapan...

Resepi bun ni akak olah dr resepi Gert, Japanese Style Sweet Bun yg akak buat sebelum ni. Dlm resepi ni akak menggantikan gula dgn susu pekat manis dan tambahkan kuantiti mentega.....hasilnya perghhh lemak gitu. Next time mungkin akak tambah skit lagi susu pekat manis dlm adunan sbb kali ni rasanya cam tak berapa terasa manisnya...hehehee

Bun Marble Coklat Berkismis
Bahan-bahan:

Bahan A:

410g tepung high protein
100g tepung superfine
80g susu pekat manis
dibancuh dgn air- lain kali akak nak jd kan 100g
3/4 sk garam
7g atau 2 1/2 sk yis segera
1 biji telur - pukul sekejap
130ml
air
60g butter - pd suhu bilik

Bahan B:

sedikit kismis dan coklat emulco - dimasukkan selepas perapan pertama

Water-Roux Paste :

25g tepung high protein
125ml air

Masukkan tepung dan air, kacau diatas api perlahan sehingga pekat menjadi pes. Setelah masak tutup dgn cling film sehingga suam2 kuku dan sedia utk digunakan.

Egg Wash

1 biji telur + 1 sudu kecil susu atau air paip

Akak guna golden raisin, bila koyak roti tak kelihatan lah pulak tapi bila makan terasa kismisnya...sedap !

Cara membuat:

Masukkan ke dlm mixer kesemua tepung, yis dan water roux. Gaul sekata kemudian masukkan telur, bancuhan susu dan garam.Uli sehingga membentuk doh.

Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga terhasilnya doh yg kenyal dan licin. Bahagi doh kpd 2 bahagian, satu warna asal dan satu lg masukkan sedikit coklat emulco dan kismis.

Perap selama 1 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda. Kemudian tumbuk biar angin nya keluar lepas tu canai doh biasa letakkan doh coklat atasnya canai lagi kemudian gulung. Potong gulungan tadi kpd beberapa bahagian, bentukkan menjadi bun atau loaf atau apa saja mengikut citarasa masing2.

Susun dlm loyang yg telah digriskan. Biarkan bun naik 2 kali ganda, kemudian sapukan 'egg wash' atas permukaannya. Bakar pd suhu 180'C selama 15-20 min sehingga keperangan. Angkat dan sapukan mentega cair atas permukaannya kemudian sejukkan atas redai besi. Utk mendptkan permukaan yg lembut, bun tadi hendaklah diselimutkan dgn kain bersih. Bila sejuk simpan bun dlm bekas kedap udara.




Nasi Goreng Cili Padi Pedas Berapi


Salam di hari minggu....

Dah seminggu tak update, dah start sekolah kebzan mula melanda...blog ni pun dah berdebu lama tak kemaskini hehehehehe...

Sarapan hari minggu, nasi goreng cili padi taruk telur, ikan bilis, kobis dan dimakan bersama kepok lekor Trg mari. Kepok lekor ni mak akak bawak masa dtg sini Dec lepas....oleh krn mak bawak byk so akak potong2 dan frozenkan...bila nak makan tinggal goreng sahaja...
Org Trg kalau makan nasi goreng ke, mee goreng ke...mesti nak lawankan dgn kepok hehehe

Cucur Udang Rangup

Salam semua, semoga ceria2 selalu hendaknya di tahun baru.

Hari ni kami sekeluarga bersarapan dgn cucur udang stail husben akak...husben akak suka cucur yg rangup krup krap gitu. Cucur ni selain udang, akak taruk kobis dan sawi yg dimayang halus...sbb tu je sayur yg ada dlm peti ais.

Kebetulan ada kuah kari semlm dan kuah kacang frozen, bolehlah digandingkan dgn cucur udang trsbt. Husben mmg suka makan cucur udang cicah kuah kari atau kuah kacang. Akak pun suka cicah dgn kuah kari, nak2 yg semlm punya...perghhhhh sedappppp hehehe

Akak suka frozenkan kuah kacang bila2 nak makan cucur udang tinggal panaskan balik aje..Bila beli sate, kalu depa bg 2 plastik kuah, satu plastik akak terus frozenkan...jgn membazir hehehe

Kepingan cucur udang yg dah dipotong sebelum dihidangkan bersama cicahan.

Cucur Udang Rangup

Bahan-bahan:

*disebabkan akak buat main campak2 je jd sukatan yg tepat tak de, pandai2 la ekjas ye

Tepung gandum
Udang kertas - buang kepala
Sayur - samada taugeh @ kucai @ daun bawang @ kangkung @ kobis @ sawi...sume akak taruk kalau ada
Bawang besar - dimayang
sket serbuk kunyit
Garam & air secukupnya

Cara membuat:

Bancuh semua bahan, pastikan jgn terlampau pekat.
Panaskan minyak yg banyak, ambil sesenduk adunan lalukan tepi kuali biar ianya turun dan jd agak nipis. Goreng hingga kekuningan.
Angkat dan potong kecil sebelum dihidangkan bersama bahan cicahan yg digemari.