Gembira nya hati, setelah sekian lama berhajat utk buat coklat sendiri akhirnya tercapai jua. Semuanya bermula apabila akak ke kedai bakery di Klang pada Ahad baru ni bersama hubby. Semasa kat dlm kedai hubby ternampak lah coklat compound Beryl's ni, terus dia suruh akak beli, katanya buat lah coklat senang aje, beli mould dan coklat compound tu. Husben mmg setiap tahun ke kilang coklat sbg salah sorang pegawai penilai kilang tersebut. Katanya kilang2 coklat mmg menggunakan jenama tersebut. Akak apa lagi, dah dpt greenlight tu...terus rembat coklat compound tersebut bersama 2 jenis mould (spt gambar bwh).
Apa2 pun mmg sedap lah coklat jenama ni (boleh kasi 5 bintang ), rasanya spt coklat komersil yg kat supermarket. Lepas ni kalau terasa nak makan coklat, buat sendiri aje hehehe..
Ni rupa mould coklat yg akak guna
Ni rupa coklat compound jenama Beryl's.
Akak buat 3 jenis, 1) tanpa sebarang inti 2) Berinti kacang badam 3) Berperisa capuccino
gambar atas ni, plain aje tanpa sebarang inti/perasa
Coklat yg bentuk cengkerang tu, akak letak badam cincang, sedapnya bila makan terasa krup krap kacang didlm....abis lah akak...bertambah lah 'kg' ku hehee
Manakala yg tampuk putih kelabu tu, perisa capuccino...dimana akak cairkan coklat putih tambah perasa capuccino...perghhhh sedap.
1 kg coklat compund menghasilkan 100+ biji jugak lah coklat2 spt saiz di atas. Lepas ni nak gi cari lagi coklat compound, nak buat inti2 lain plak....coklat oren ke apa....dan nak beli mould lagi...sbb 2 mould cam lambat sgt lah pulak.
Ada satu lagi, akak kena cari kat kedai bakery....bahan pengilat sbb menurut husben akak, coklat yg dibuat kat kilang ditambah bahan pengilat, sbb tu coklat2 komersil tu cantik shiny je kan...tapi utk makan sendiri ni tak yah shiny pun tak pe kan, janji sedap...hehehe
HOMEMADE CHOCOLATE
Bahan-bahan:
1 kg coklat compound -samada dark chocolate atau milk chocolate
bahan pengilat coklat - ni akak tak letak
Inti: Coklat ganache, kismis, kekacang yg digemari (mesti dipanggang/bakar dahulu)
Coklat putih - jika inginkan coklat yg berwarna
Bahan perisa- samada strawbery, cappucino dll
Cara membuat:
Panaskan air secara double boiler. Letakkan bekas besar di atas periuk air tadi.
Dalam bekas besar tadi masukkan coklat compound yg dicincang/patah2kan. (pastikan bekas besar tersebut bebas dr air)
Panaskan air sehingga coklat cair.
Apabila cair sudukan coklat tadi ke dalam mould yg digemari. Masukkan separuh dulu, lenggang2kan mould supaya coklat tadi meliputi keliling mould. Biarkan coklat keras sedikit.
Kemudian masukkan inti yg digemari (samada coklat ganache, kismis, badam yg telah dipanggang dulu dll)
Sudukan lagi coklat sehingga memenuhi mould tadi.
Sejukkan dlm petiais (kalau nak cepat letak kat tempat beku selama 2-3 min)
Apabila sejuk keluarkan dr mould, sedia utk dinikmati.
Corak atas coklat boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti masing2..