Nasi Arab @ Mandhi



Hidangan tengahari tadi iaitu nasi Mandhi. Kali ni ada sedikit kelainan drp resepi yg dibuat sebelum ini. Kali ini akak berpandukan kpd resepi dari blog DeebPunyeCite dan Raidah. Terimakasih kpd kedua2 empunya blog tersebut yg sudi berkongsi resepi yg enak ini.
Nasi ni akak menggunakan beras Jasmine Basmathi PUSA 1121, mmg panjang kan...hehehe.

Nasi Arab @ Nasi Mandhi

Bahan-bahan:

3 cawan beras basmathi PUSA -dicuci dan direndam selama 20 min
4.5 cawan air rebusan/stok ayam - atau kuantiti air mengikut jenis beras
garam jika perlu sbb stok/rebusan ayam dah letak garam
sedikit zaffran -akak guna pewarna kuning

Bahan utk menumis:
1 sudu besar minyak sapi
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 ulas bawang merah - dimayang halus
1 ulas bawang putih- dimayang halus

Cara membuat:

Beras dicuci kemudian ditoskan
Panaskan minyak sapi dlm periuk. Masukkan bahan tumis
Goreng hingga naik bau/kekuningan
Masukkan stok ayam, apabila didih masukkan beras.
Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika
Kemudian gemburkan nasi guna garpu
Sedia dihidangkan bersama lauk pauk


Stok Ayam (utk masak nasi)

1 ekor ayam saiz sederhana- dipotong 4
2 inci halia - diketuk
1/2 sudu kecil serbuk zafran (ganti kunyit je)
1 sudu kecil lada hitam biji
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil buah pelaga
1/2 sudu kecil cengkih
2 helai daun Bay
garam secukup rasa
air secukupnya (supaya ayam tenggelam)

Cara membuat:

Rebus ayam selama 45 minit bersama bahan2 diatas.
Kemudian angkat dan toskan ayam. Tapiskan air rebusan utk masak nasi.

Ayam Panggang


Bahan Perapan:

1 sudu teh zaffran - akak ganti dgn skit serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk rempah kabsah (lihat bawah utk resepinya)
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu kecil garam

Aluminium foil utk balut/bungkus

Cara membuat:

Ayam yg telah direbus tadi dilumurkan dgn bahan perapan.
Letakkan atas aluminium foil, balut kemas2.
Bakar dlm oven selama 1 jam pd suhu 180C utk menghasilkan ayam yg lembut.


Sos Salata:


Bahan-bahan:

2 biji tomato
1/2 biji bawang besar
2 biji cili besar
5 tangkai cili padi
sedikit daun ketumbar
sedikit garam
Jus dari buah lemon.
Cara penyediaan:

Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja.
Jangan sampai terlalu hancur.
HomeMade Rempah Kabsah (Sumber Raidah)

Bahan - bahan:


1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa.
Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

Kek Lobak Merah Lembab

Hari ni terlebih rajin, sekrng Shah Alam setiap petang hujan. Tau2 aje lah bila hujan, perut asyik lapar je pastu mulalah kedapur mencari apa yg boleh dimakan. Teringat lobak merah, cheese dan lemon yg dibeli ntah bila...lupa lah pulak...masa tu beli ingat nak buat kek ni utk potluck kat sekolah tapi hajat tak kesampaian masa tu sibuk sgt dgn anak2 yg kecil demam lah pulak....maka ditangguh lah projek ni sehingga lah hari ni....nasib baik masih boleh guna lobak tu hehehe. Masih menggunakan resepi yg pernah digunakan sebelum ini iaitu sumber asal dari 1001 resepi, boleh rujuk kat sini Kek Lobak Merah cuma kali ni akak lebih kan skit buat topping nya sbb anak2 suka sgt makan topping tersebut.

KEK LOBAK MERAH LEMBAB

Bahan-bahan : Acuan 9x9 in

2 cawan tepung superfine* - guna tepung gandum cap Sauh
2 camca teh baking powder*
1 1/2 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh garam halus*
2 1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
4 biji telur gred "A"
1 1/2 cawan minyak jagung
1 cawan gula halus - resepi asal 2 cawan (manis sgt bg akak)
2 1/2 cawan parutan lobak merah, - letak 3 cawan
1 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering - letak 1/4 cawan aje
1 cawan kacang walnut, cincang - dibakar sekejap dlm oven

Bahan Cream Cheese Frosting:

125 g mentega
250 g cream cheese
1/2 biji lemon - ambil jusnya
5 camca besar gula aising

Cara membuat :

Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak.

Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga sebati selama 5 minit.

Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.

Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi.

Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra.

Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.

Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi.

Simpan kek dalam peti sejuk jika tidak habis dimakan.

Kerabu Rampai Ibuku


Selamat berhujung minggu. Dah lama tak update blog. Hari ni nak masukkan menu yg dah lama buat, tapi tak berkesempatan nak masukkan dlm ni. Kerabu ni mak akak yg buat menggunakan campuran beberapa jenis daun antara nya pucuk kaduk, daun pegaga, daun kunyit, pucuk penna dan hirisan kobis. Pendek kata semua daun utk awek muda boleh digunakan dlm kerabu ni. Kerabu ni lagi sedap jika dicampurkan dgn petai, makan dgn nasi panas2 bersama ikan pekasam....perghhhh tangkap leleh u hehee.

KERABU RAMPAI
Bahan A:-

3-4 ekor ikan selayang - direbus dan ambil isi
1/2 biji kelapa parut
2 ulas bawang merah
1 hiris halia
1 sudu kecil lada hitam
garam secukup rasa

Cara membuat :

Tumbuk bawang, halia dan lada hitam hingga lumat. Kemudian tumbuk isi ikan hingga hancur.
masukkan dlm kuali bahan tumbuk bersama kelapa parut. Kacau sehingga kelapa agak kering (jgn terlalu kering nanti tak sedap). Masukkan garam secukupnya. Biarkan sejuk

Bahagian B:-

daun pegaga
pucuk kaduk
daun kunyit
kobis
dan apa2 daun kegemaran anda
1 biji bawang besar dimayang
1 biji limau nipis
beberapa tangkai cili padi -dihiris

Daun2 tersebut dicuci terlebih dahulu kemudian barulah dihiris halus.

Cara membuat kerabu:

Gaul kan hirisan daun, bawang besar dan cili padi bersama kelapa tadi. Akhir sekali perahkan limau nipis sebelum dihidangkan


* Campuran kelapa tadi jika ada lebih, boleh simpan secara sejukbeku..bila2 nak guna panaskan sekejap boleh lah digaulkan dgn hirisan daun. Akak kalau buat kelapa ni mmg sengaja buat byk, pastu simpan utk masa depan hehe.