Saturday, March 3, 2012

Bun Sosej & Keju Cheddar

Bun yg dibuat 2 minggu lepas. Mmg enak dan gebu, wpun pada hari kedua. Doh menggunakan resepi dibwh.

BUN SOSEJ & KEJU CHEDDAR

Bahan-bahan:

500g tepung roti
70g gula
3/4 s/k garam
7g yis segera
1 biji telur
1 sudu kecil dough/bread softerner
75ml air ( lebih kurang)
75ml susu segar
50g mentega
water-roux

Water-Roux :
25g tepung roti
125ml air

Masukkan tepung dan air, kacau diatas api perlahan sehingga pekat menjadi pes. Setelah masak tutup dgn cling film sehingga suam2 kuku dan sedia utk digunakan.

Bahan tambahan:

Sosej
Keju cheddar parut
Cili sos
Mayonis

Cara membuat:

Masukkan semua bahan ke dlm mixer kecuali mentega.

Uli sehingga membentuk doh. Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga terhasilnya doh yg kenyal dan licin.

Perap selama 1 jam atau sehingga doh naik 2 kali ganda. Kemudian tumbuk biar angin nya keluar lepas tu boleh bentukkan doh kpd bentuk yg digemari.

Susun dlm loyang yg telah digriskan. Biarkan bun naik 2 kali ganda, kemudian sapukan 'egg wash' atas permukaannya.

Bakar pd suhu 180'C selama 15-20 min sehingga keperangan. Angkat dan sapukan mentega cair atas permukaannya kemudian sejukkan atas redai besi.

Utk mendptkan permukaan yg lembut, bun tadi hendaklah diselimutkan dgn kain bersih. Bila sejuk simpan bun dlm bekas kedap udara.

7 comments:

ummiaisyah said...

salam kenal Kak Noor..
Tahniah blog akak masuk majalah...kenal akak dr zaman kita fp dulu-dulu...skrang akak makin hebat di blog..tahniah sekali lagi!

Mamasya said...

Tahniah k.Noorma blog muncul di majalah. slmt bercuti...

Wattie said...

Assalamualaikum Noor,
Meriahnya bun tu.....nak dua tiga ketul boleh....

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Noor..saya klu roti macam ni mesti tangan gatal2 nak tambah sos sebelum bakar..

normah a.k.a noorez said...

wah sedapnya roti akak
kalau rajin mehlah singgah blog akak

Habibah Ersallina Ersallina said...

saya nk kongsi resepi ni di blog sya.uzinknlh tuan tanah yer