BISKUT COKLAT CHIP ALA FAMOUS AMOS



Semalam buat cookies ni utk makan anak2 sempena cuti sekolah. Duduk kat rumah kerjanya nak mengunyah je.  Seperti biasa menggunakan resepi daripada AZIE KITCHEN . Mmg sedap dan sgt berpuashati dgn resepi tersebut. Terimakasih kpd empunya resepi krn sudi berkongsi resepi yg sgt mabeles ini.


Biskut Famous Amos



Bahan A

1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib
1 cawan semi sweet chocolate chips


Cara cara:

Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk.

Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.

Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.




7 comments:

Azie said...

As salam Noor. Nampak sangat mewah cookies yang disediakan. Best nyer kalau dapat sekeping dua.

NoorMasri said...

Wslm Azie, seronoknya saya dpt komen dari empunya resepi. Saya dah lama menggunakan resepi ni bila time hari raya cuma x sempat nak update sini. Mmg mewah segalanya dgn coklat chip dan almond nib...sedap giler, mkn satu nak dua, mkn duaa nak tiga hehehee

Liza said...

salam noor, Liza pun pernah buat cookies ni, mmg sedap kan...

Anonymous said...

Salam.. mintak izin guna resepi yer

Unknown said...

coklatchip masa bakar xcair ke???

Unknown said...

tak sabar nak buat biskut ini, heheh