My Friends

KLIK LA!

Friday, May 6, 2011

Ayam Masak Merah Menyala @ Ayam Masak Sambal


Ayam Masak Merah Menyala

Menu beberapa hari lepas, ayam masak merah menyala...tapi tak la pedas mana pun. Spt biasa lah, anak2 akak mmg suka makan ayam tambahan pula lauk merah2 cam ni lagi lah bertambah2 suka hehehe.

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
6 ulas bawang merah -
2 ulas bawang putih -}kisar
1/2 in halia -
4 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos tomato - kalau tak suka boleh ganti dgn air asam jawa
sket serbuk kunyit
garam dan gula melaka (nisan) secukup rasa
minyak utk menggoreng ayam & menumis
1 labu bawang besar Holland - potong baji
2 tangkai cili hijau - belah dua

Cara membuat:

Ayam dipotong kecil, cuci dan toskan.
Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam, goreng hingga 3/4 masak.
Panaskan kuali, tumiskan bahan kisar bersama cili kisar hingga naik minyak.
Masukkan sos tomato dan sedikit air.
Kemudian masukkan ayam, kacau hingga rata.
Bila masak masukkan bawang besar dan cili hijau.
Kacau seketika kemudian angkat.

2 comments:

nOOrsha said...

salam kak noor..
yang merah menyala tu yg nampak cam tertarik je nak menjamahnye..
sedap ni makan ngan nasi panas2..
mmg peberet..yummy!~

MOBYDICK said...

Salam ziarah Kak Nor,sedap nampak resepi...tapi takut nak makan merah
menyala,merah sangat la Mak Ngah...