Laksa Johor


Laksa Johor


      Bahan-bahan: Anggaran untuk 6-7 orang
  • 500 g spaghetti- direbus hingga lembut.
  • 500 g ikan selayang/parang }direbus
  • 200 g udang basah- direbus                 }
  • 100 g udang kering                              }
  • 1 sudu besar ketumbar                         }
  • 1/2 sudu besar jintan manis                   }
  • 1/2 sudu kecil jintan putih                     }      dikisar
  • 2 cm halia                                            }
  • 1 cm lengkuas                                      }
  • 2 ulas bawang putih                             }      
  • 6 ulas bawang merah                           }
  • 1-2 batang serai                                  }
  • 1 sudu makan kerisik
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 3 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 biji kelapa - jadikan 5 cawan santan
  • garam secukup rasa
  • 2 keping asam keping/gelugor
  • 4 sudu besar minyak untuk menumis

     Cara membuat kuahnya:
  • Rebus ikan seketika. Tapis tetapi air rebusan jangan dibuang. Ambil isi ikan dan kisar bersama udang basah & kering.
  • Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang telah dikisar bersama cili kisar (kecuali ikan dan udang) dan rempah  kari sehingga garing.
  • Masukkan santan, air rebusan ikan, kerisik, asam keping, ikan dan udang yang telah dikisar halus
  • Biarkan sehingga mendidih dan pecah minyak. Jika kuah terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.
  • Spaghetti direbus hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak untuk mengelakkan ianya melekat antara satu sama lain.

     Bahan Ulam:
  • 1 biji timun
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 4 batang kacang panjang
  • 4 biji limau kasturi
  • 20 helai daun selasih
  • Sedikit daun kesum
  • 200 g taugeh

      Cara menyediakan ulam:
  • Timun, bunga kantan, daun kesum, daun selasih dan kacang panjang dipotong halus.
  • Taugeh dibuang ekor (jangan dicelur)
  • Limau kasturi dibelah 2.

      Cara menghidang:
  • Letakkan spaghetti di dalam pinggan kemudian letakkan kuah, ulam dan ditambahkan dengan sambal belacan dan limau kasturi.
     

 Laksa Johor yg dah digaul dgn sambal belacan....lagi pedas lagi mengancam...! ready to eat..

7 comments:

Azie said...

As salam. Laksa Johor dah lama dalam queue, tengah tunggu turn jer. Bila ada makan makan baru boleh buat. Kalau tak, jenuh nak perabis. Nampak sgt sedap laksa johor ni

~~zana@pb~~ said...

Org Johor wajib pandai msk laksa johor...hehe...baru boleh kawin. Kena sambal belacan baru kick:-)

Azie said...

Ohh gitu ya. Bagus juga tu, at least depa dapat mengekalkan masakan tradisional supaya dpt dihidangkan pada suami dan anak anak pula

FnF Simple Life said...

aduh...feveret nih...last buat masa buat jamuan makan2 ngn geng2 kat Chiba... teringin nye...

Mamasya said...

Salam k.Noorma. sedapnya laksa Johor...sy semua jenis laksa mmg kegemaran....minggu nipun masak laksa juga tp bukan laksa Johor. nanti boleh cuba resepi laksa k.noorma pula..

Bicara Kak Noor said...

salam Noor, tertarik akak tengok laksa johor ni pasti sedap sbb gambar pun dah cantikk

outbound training malang said...

salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.