Pulut Kuning & Rendang Ayam Pedas

Salam semua....lama dah tak update. Bukannya apa....tahap kerajinan makin kurang hehehe. Ni pun menu yg lama. Tak silap 2 bulan lepas kot, pulut ni dibuat sempena hari lahir anak yg bongsu.

Pulut kuning adalah kegemaran kami sekeluarga. Sesekali dpt makan pulut panas2 bersama rendang pedas mmg enak sekali.

PULUT KUNING

Bahan-bahan:

1 kg beras pulut
2 1/2 cawan santan pekat - santan boleh dikurangkan jika beras lembut (guna 2 1/4 cawan aje)
sedikit serbuk kunyit
1 sudu besar paras rata garam - masukkan kedlm santan
1 keping asam keping
2 helai daun pandan - disimpul

Cara membuat:

Beras dibersihkan kemudian direndam dlm air bersama serbuk kunyit dan asam keping selama 3-4 jam.
Toskan beras kemudian masukkan kedlm pengukus bersama daun pandan yg disimpul.
Kukus sehingga separuh masak (naik wap).
Angkat masukkan kedlm bekas besar, gaulkan bersama santan hingga rata.
Masukkan semula kedlm pengukus dan kukuslah sehingga masak.
Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama rendang/kari.

RENDANG AYAM PEDAS

Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong kecil
2 biji kelapa - ambil santan pekat
1 helai daun kunyit } dihiris halus
4 helai daun limau purut } dihiris halus
3 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
garam secukup rasa
secubit gula jika suka
minyak utk menumis

Bahan kisar:

15 tangkai cili kering

sedikit cili padi jika suka pedas
2 ulas bawang putih

4 cm halia

3 cm lengkuas

2 cm kunyit hidup

3-4 batang serai

15-20 ulas bawang merah

2 biji buah keras
Cara membuat:

Bahan kisar hendaklah dikisar dgn santan

Panaskan minyak tumiskan bahan kisar.

Kacau hingga wangi dan naik minyak.

Masukkan ayam, santan, kerisik dan asam keping

Renehkan sambil sesekali kacau

Apabila hampir kering masukkan daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula

Bolehlah diangkat

8 comments:

Anonymous said...

sedapnyerrrrrrrrrrr......... jeless la tak dpt mkn pulut kuning, fevret kakak tu! :(

- kakak atin

Anonymous said...

eh... x prasan ni gmbr lama. haha

k.atin

Nadz Nazharzan said...

Kak noor, tgk jer dh tau sedap..nyumm..

Wattie said...

Assalamualaikum Nor,
Noor sihat ker? Harap semuanya sihat ya. Lama sungguh saya tak makan pulut kuning cam ni, nak tumpang makan sini boleh

MeM nak kurus said...

aloooooo....lamenyer ngidam nak makan nih.(ngidam tp perut kosong )..beras pulut dah sipa beli..tp x buat2 lg...teringin nak makan pulut kuning cecah sambal cair ikan bilis..wow yummy....

Mamasya said...

Assalammualaikum k.Nor

Samalah dapur kita ada pulut kuning..

Unknown said...

assalam kak Noor, apa khabar? sedapnya pulut kuning...memang sedap mkn ngan rendang ayam tu lagi pedas lagi sedap ni:)

Flower said...

Lama betul tak makan pulut kuning ni. Esok nak buat lah...

Mallan, Perth