Petang semlm sempat lagi buat cookies ni, cookies yg paling senang dan budak2 pasti suka..Dpt resepi ni dari blog Ibu Gebu, terima kasih byk krn sudi share resepi mudah dan enak ini. Cuma akak ada lah adjust mengikut citarasa akak sendiri...
Cornflakes Coklat Berbadam
Bahan-bahan:
1 kotak cornflakes 275g
625 g coklat masakan
1 sudu kecil gula icing
1 sudu kecil shortening
250g badam hiris - dipanggang/bakar hingga rangup
sedikit coklat putih - hiasan
Cara membuat:
Cairkan coklat secara double boiler hingga cair, kemudian masukkan gula icing dan shortening.
Kacau sebati.
Masukkan cornflakes dan badam, gaul sekata
Sudukan kedlm cawan kertas
Lorekkan dgn coklat putih yg dicairkan secara double boiler.
Apabila dah keras, simpan dlm bekas kedap udara
3 comments:
biskut nih x payah bakar eh?
tak yah..biarkan ianya mengeras..siap !
Terima kasih atas perkongsian resepi disini. akak cadang nak try biskut ni, memang dah lama cari resepi ni ... terima kasih ya...
Post a Comment