Green Peas Cookies @ Biskut Kacang Hijau

Semalam sempat buat biskut kacang hijau ni, gentel berdua dgn mak akak...pukul 1 pagi baru selesai semuanya...maklumlah buat byk 1 kg tepung kacang hijau...nasib baik gentel berdua, kalau sorang2 mau tertidur tepi loyang hehe

Biskut ni seenak dan segebu biskut kacang mazola....mmg cair dimulut tak perlu kunyah teruk2 hehehe. Mmg sedap sgt. Ni pertama kali akak membuat biskut ni sedap rupanya. Akak menggunakan resepi biskut kacang mazola cuma beza nya kacang tanah diganti dgn kacang hijau.

Biskut Kacang Hijau

Bahan-bahan:

1 kg tepung kacang hijau
1 kg tepung gandum
500g gula icing
1 sudu kecil garam halus
650 g minyak mazola atau secukupnya sehingga menjd doh yg lembut

Sapuan: 2 biji kuning telur + 1/2 sudu kecil air + sket pewarna kuning

Cara membuat:

Gaulkan semua bahan kecuali minyak. Kemudian masukkan minyak sedikit demi sedikit sehingga mendpt doh yg lembut sehingga boleh digentel bulat.
Susun dlm loyang bergris kemudian sapu dgn campuran kuning telur.
Bakar pd suhu 160C selama 20 min atau sehingga masak.
Sejukkan dan boleh lah disimpan kedlm bekas kedap udara.


3 comments:

Cendana Kasih said...

sedapnyer biskut...nantilah nk cari tepung kacang hijau.. tp kalo buat sendiri tepung kacang hijau ni boleh tak??

NoorMasri said...

boleh CK..tapi leceh la nak mesin bagai....

Ummi said...

Assalam Noor, akak mmg duk cari kukis ni taauu...hari tu ada jgk tengok kak Nor64 buat, x save resepi pun..hehe. Sejak adik ipar akak perkenalkan biskut nih, kami sekeluarga mmg sukakannya...pastu thn ni igt nak tempah la, dah dia x amik lak sebab dh ada baby kecik..huhu..nampaknya kena buatlah pulak, harap2 tpg kacang ijoo ada lg stok kat kedai bakery tu..adei, thanks for sharing ya Noor..