Almond London

Biskut raya seterusnya, tak lain tak bukan Almond London. Resepi menggunakan resepi Chef Wan yg dikutip dari blog CMG. Terima kasih byk2 En Mat krn sudi panjang2 kan resepi ini. Memang rangup dan sedap sekali. Izinkan akak CnP resepinya kat sini plak ye En Mat utk dijadikan rujukan utk akak dan anak2 akak di masa depan.


ALMOND LONDON
Bahan-bahan:

250 gram mentega
150 gram gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
450 gram tepung gandum*
2 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak)
130 - 150 biji badam berkulit } dibakar dalam oven hingga rangup

Bahan salut:

400 g coklat masakkan
1/2 camca besar lemak sayur/shortening
Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
Paper cup saiz kecil secukupnya

Cara membuat:

Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.

Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 20-25 minit.
Sejukkan atas jaringan.

Cairkan coklat secara double boiler. Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.

Ambil sebiji biskut yang "botak" tadi, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas. Buat seterusnya dan susun rapat2 antara satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti. ATAU boleh juga celup sebiji almond london dan letak dalam paper cup. Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara.

No comments: