Nasi Beryani Johor


Nasi beryani Johor ni akak masak masa cuti sempena Nuzul Quran baru2 ni.....dimakan bersama gulai daging, ayam goreng berempah, acar mentah timun dan acar buah yg akak baru buat....ermmmm sedapnya sesekali pekena nasi Beryani

NASI BERIANI JOHOR

Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras basmathi
  • 4 cawan air (bergantung kpd jenis beras yg digunakan samada perlu tambah/kurang)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 50 g gajus } digoreng
  • 50 g kismis
  • 1 sudu besar air mawar
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 sudu kecil rempah beriani
  • 6 ulas bawang merah } dimayang
  • 4 ulas bawang putih } dimayang
  • 1 sm halia } dimayang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 helai daun pandan } disimpul
  • 2 tangkai daun pudina } dihiris sepanjang 2 cm
  • 3 tangkai daun ketumbar } dihiris sepanjang 2 cm
  • garam secukup rasa
  • sedikit bawang goreng } hiasan

Cara membuat:

  • Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih hingga naik baunya.
  • Masukkan bahan-bahan yg dimayang serta rempah beriani tumis lagi hingga pecah minyak.
  • Masukkan daun pandan, air, susu cair, garam dan yogurt
  • Setelah mendidih, masukkan beras dan tutup periuk.
  • Apabila nasi kering, masukkan daun pudina, daun ketumbar, kismis, gajus, renjiskan air mawar dan pewarna kuning
  • Kacau/gemburkan perlahan-lahan dgn menggunakan garpu.
  • Tutup periuk dan biarkan berwap kembali selama lebih kurang 20 minit.
  • Angkat bolehlah ditaburkan dengan bawang goreng

5 comments:

Acik Erna said...

assalam noor..terpikat tengok gambar nasi beriyani yang noor masak.

Amie said...

Assalamualaikum Noor,
cantiknya rupa nasi beryani Johor tu... nampak gambar tu pun dah dapat agak rasanya mesti sedap!

Naz said...

Assallamualaikum kak NoorMasri..
Cantik rupa nasi beriayani akak... Kaler pun cantik.. Rasa mesti sedap kan..

K.Nor said...

salam.. lamanya tak singgah sini.. ni gara2 bloglist hilang time pindah rumah aritu.. sib baik duk check reading blog post.. baru jumpa balik.. slmt berpuasa :)

NoorMasri said...

wslm erna, nasib baik terpikat kat nasi...kalau terpikat kat tuan nasi..haru heheh

wslm amie...sedap tau..(akak naik lif tekan sendiri haha)

wslm naz.....kaler dan rupa mesti menarik kan...baru tertarik

slm Nor....selamat berpuasa buat mu jua