Sup Gear Box @ Sup Tulang

Sup gear box yg dibuat masa hari raya korban baru2 ni. Makan bersama kue teow bersama kicap cili padi serta perahan limau nipis....perghhhh tangkap leleh.

SUP GEAR BOX @ SUP TULANG

Bahan-bahan:

1 kilo tulang lembu
1 inci halia -diketuk
4 ulas bawang putih -diketuk
1/2 sudu kecil lada hitam -ditumbuk
1 paket sup bunjut
1 inci kulit kayu manis
2 tangkai bunga lawang
3 tangkai bunga cengkih
3 biji buah pelaga
air secukupnya
garam secukup rasa

Bahan hiasan:

1 tangkai daun sup - dihiris
2 tangkai daun bawang- dihiris
sedikit bawang goreng
sedikit taugeh
limau nipis - dihiris

Cara membuat:

Masukkan semua bahan dalam periuk, reneh sehingga tulang empuk.
Masukkan garam secukup rasa.


3 comments:

Chik Mimi said...

assalam kak noor memang sedapkan makan sup dengan sambal kicap lepas tu mulalah berpeluh

Mamasya said...

Aslmkum k.Noorma. sedapnya nampak sup gear box.baru minggu lepas sy buat sup gear box juga tp tak buat sambal kicap.

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
sedapnya tgk sup gear box tu akak..makan panas2 nie mmg best nie akak.. sedap!!