Ayam Panggang Madu - Siri 2



Menu ayam mmg jd kegemaran anak2, tak kira lah ayam masak apa pun. Hari2 masak ayam pun tak apa. Kadang2 malas juga akak nak masak ayam selalu, boring sgt. Paling senang apa lagi panggang lah. Biasanya hari minggu akak beli ayam, balik rumah terus cuci dan perapkan dgn bahan perapan pastu akak masukkan dlm container pastu frozenkan. Buat stok hari2 'kecemasan'. Kecemasan tu maksudnya malas, letih atau kesuntukkan masa. Bila perlu kuarkan aje ayam tu dan terus masuk oven, senang dan sedap.


AYAM PANGGANG MADU


Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam saiz sederhana
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 3 sdb kicap manis
  • 3 sdb sos tiram
  • 2 sdb sos lada hitam
  • 4 sdb madu - boleh ganti dgn gula
  • lada hitam biji - ditumbuk kasar secukupnya
  • sket bijan -ditabur atas ayam
  • 1 sdb mentega
  • garam secukupnya

Cara membuat:

  1. Cuci ayam dan toskan.
  2. Perap ayam dgn semua bahan diatas selama sekurang2nya 3 jam
  3. Sebelum panggang, tabur kan keliling ayam dgn bijan.
  4. Panggang dlm oven pd suhu 170C (suhu bergantung kpd oven) selama 1 jam
  5. Semasa setengah yg pertama pusing kan ayam dan siramkan dgn jus atau lebihan bahan perapan.
  6. Panggang lagi hingga masak.

11 comments:

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Nak buat cam kak noor jugak le. Pantas gitu. ingatkan kalau perap2 ni kena 2 3 jam je. Hehehehe kurang ilmu sungguh le.

EmbunRosaliza said...

assalam noor..sedap ayam panggang gini, laju je mkn n ratah2 tu

anymz said...

sedap nya makan ayam panggang hujung2 minggu ni noor.ada lagi tak tu?

Umm Mymoonah said...

Yummy and tempting chicken.

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Kak NOOr..

Alamak.. ayam panggang madu lagi.. Bila nak sampai rumah Naz ni... hehehe...

Unknown said...

Assalam Kak Noor, memang mabeles ayam ni .kalau dpt ni sehingga menjilat jari dan pinggan dibuatnya...hehe nieza pun suka bakar2 ni kalau malas msk lauk buat cam gini jer simple dan sedap.

Wattie said...

Assalamualaikum Noor,
Hari ni bawak ayam kalasan berseri nak tukaq dengan Ayam Panggang Madu leh ka. Famili saya pun hantu ayam gak Noor, hari hari ayam pun takpa, tambah2 ayam goreng

Suzalina binti Abas said...

salam kak,

boleh panggang tak ayam ni style bbq?

NoorMasri said...

Sam....boleh...tak de masalah

K Rosa...mmg sedap ratah2...nak2 masa panas2


k Nymz...tinggal kenangan je kak ayam tu hihi

Umm....mmg yummmy..hehe

Naz...nanti akak pos naik bas ayam tu

NoorMasri said...

Nieza....mmg akan menjilat jari sumer hehehe

wattie...jom tukar..suka sama suka

Su...boleh sgt2...sedap tau

izahdaut said...

akakkkk..sedap nampaknya tu ayam buat gini.anak2 musti suke sangat