AYAM BAM BAM

Resepi ni dah lama jd koleksi k Noor, sumber dr majalah tapi dah lupa majalah apa. Sesekali tukar selera masak ayam ni mmg sedap, makan dgn nasi panas2...perghhhh, mak mertua lalu belakang confirm tak nampak huhuhu....

AYAM BAM BAM
Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam- dipotong 4
  • 1 biji kelapa - jadikan 2 mangkuk santan
  • 3 helai daun salam
  • 3 helai daun limau purut
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan kisar:
  • 15 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 8 biji buah keras
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 batang serai
  • 2 cm lengkuas
  • jika suka sedikit pedas boleh masukkan 3-4 tangkai cili padi
Cara membuat:
  • Ayam dibersihkan, lumurkan dgn sedikit garam.
  • Panaskan minyak, goreng ayam sehingga 3/4 masak.
  • Di dalam periuk, panaskan sedikit minyak tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak
  • Kemudian masukkan masukkan santan, daun limau purut, daun salam ,garam dan gula secukup rasa
  • Masak hingga kuah menjadi agak pekat.
  • Masukkan ayam, masak hingga empuk. Angkat sedia untuk dihidangkan

5 comments:

Mamasya said...

Salam Noorma

Dtg kunjungan balas.pernah jugak lawat blog lama Noorma...intai resepi.
ayam bam bam tu ingatkan ayam percik...nampak sedap. kek cotton soft cheese tu elok jadinya...suka tengok.
slmt berhujung minggu.

NoorMasri said...

Salam mama, tq sudi berkunjung ke dapur akak yg masih baru ni.

NoorMasri said...

isssshhhh...ada juga yg ciplak gambar ayam bam bam akak. gambar ni mmg gambar lama dr dapur lama akak...main curik je...tangkap la gambar sendiri

::Azura Rahman:: said...

ayam bam bam?.. ekeke sweet je nama menu nie.. macam ala2 ayam percik erk kak.. sure sedap bangat.. blh cuba nnti.. TQ

NoorMasri said...

Hahaha..zura...namanya unik seunik rasanya. mmg cam ala2 percik sket...sepupu sepapat kot tapi bezanya ayam ni tak panggang dulu tapi goreng separa masak.