Salam semua....
Hari ni tahap kerajinan ok lah sikit, sebenarnya dah lama mengidam nak makan kuih bakar cik mat gebu..bila tatap gambar kuih bakar cik mat rasa cam nak menitik air liur jd ku gagahkan jua semangat utk membakar sebiji kuih bakar buat minum petang kami sekeluarga...
Hasilnya kuih ni lembut, lemak dan secukup rasa...pendek kata SEDAP lah ! Kalau beli kat gerai jarang jumpa kuih bakar yg sesedap ni..cewaaaahh.
Warna kuih ni sebenarnya lagi terang, bila jd gambar kurennng lah pulak...apa2 aje lah ye...hehehehe.
Resepi nya diambil dr blog cik mat gebu, izin kan akak CnP disini ye sbg rujukan di masa depan.. tqvm cik mat atas resepi yg lemak berkrim ini.
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 biji telur gred A
2 1/4 cawan santan
1 cawan jus pandan
Sedikit pewarna hijau
1 cawan gula - guna 3/4 cawan aje, ok dah kat lidah akak rasanya
1/2 camca teh garam
2 camca besar mentega, dicairkan
Bijan secukupnya untuk ditabur
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser tin (4 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dengan aluminiun foil dan lenser juga aluminium foil tadi. Biar berlebih sikit dibahagian kanan dan kiri tin, supaya senang nak keluarkan kuih bila masak nanti. Ketepikan.
- Satukan semua bahan2 di atas kecuali bijan, dan kacau dengan whisk hingga larut dan halus atau masukkan dalam blender dan kisar halus. Tapis adunan dan ketepikan.
- Panaskan tin dalam ketuhar selamat 5 minit. Berhati2 keluarkan tin dan curah no. 2 ke dalam tin dan bakar kembali. Lepas 10 minit, keluarkan kuih tadi dan tabur bijan rata2.
- Sambung membakar selama 40 - 50 minit lagi hingga permukaan kuih keperangan dan sedikit berkerak. Bila masak, longgarkan tepi kek dengan pisau dan biar sejuk sepenuhnya dalam tin. Potong dan hidangkan....
8 comments:
Assalamualaikum Kak Noor,
Lamanya aza carik blog akak, baru malam ni terjumpa. Rindu nak melawat blog akak dengan pelbagai resepi. Lupa nak tanya, kak noor sihat ke? Suami kak noor apa khabar? dah sihat ke? please contact me: dazzylin@yahoo.com. Aza di Bristol dulu.
Assalam noor salam kenal dulu2 suka masuk blog noor yang lama ,
wslm Azza....timakasih masih ingat lg kat akak...Azza masih kat Bristol ke dah balik Mesia?
Akak sihat dan suami akak pun sihat, alhamdulillah.
wslm Mimi, salam kenal2an....jemput lah masuk jgn malu2 ye...dan tima kasih sudi dtg blog akak...
Salam kenal noor,
kalau dpt sarapan kuih bakar ni pagi2 alangkah sedapnya...
Salam kenal Nuridah...
Kuih bakar akak dah abis...klu tak bole bg wat sarapan
assalam noor,
aduuuh..lawonya kaler kuih bako pandan tu..mesti lemak kan..hisshh..nak buat gak lah..
wslm kak Nymz...
mmg lemak, tak sia2 buat..hehehe
Post a Comment