Dalca Tulang

Salam semua......

Baru lepas makan nasi berlaukkan dalca tulang. Dah berkurun lamanya tak masak dalca. Ntah naper bangun pagi tadi teringat nak masak dalca tulang, mengenangkan byk sayuran dlm peti dan tulang lembu lebihan beli hari Ahad baru ni pun masih ada. Tadi pergi pasar beli ayam utk stok sehari dua ni dan cadang nak beli ikan kering...sekali dah balik umah baru teringat..ala lupa lagi....ish ish ish..pelupa sungguh sejak 2 menjak ni..byk urat putus gamaknya hehehehe. Akak kalu makan nasi dgn dalca mesti nak ada ikan kering goreng baru lah kena....tapi tak pe la...dah tak de rezeki.Nasib baik gak tak de ikan kering, kurang lah selera ku. Makan pun sket aje...ingat petang nanti nak beli roti canai cicah kuah dalca ku ini......psttttt Ulin, jgn terliur aaaaaaa.....!


DALCA TULANG

Bahan-bahan:
  • 600 gm daging bertulang
  • 4 cawan santan
  • 3 sudu besar rempah kari daging } dibancuhkan dengan sedikit air panas
  • 6 ulas bawang merah }
  • 2 ulas bawang putih } di mayang
  • 3 cm halia }
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 4 cm kulit kayu manis
  • setangkai daun kari
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 biji ubi kentang
  • 10 batang kacang panjang
  • 1 biji lobak merah
  • 1/2 cawan kacang dal } direndam dalam air panas
  • 4 biji buah belimbing buluh
  • 3 biji cili hijau } tak perlu dipotong
  • 1 biji mangga muda
  • 1 biji tomato
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji terung bulat
  • 200 gm bunga kobis
  • 5 btg kacang bendi
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 3 sudu besar minyak masak
  • sedikit air asam jawa
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya
Cara membuat:
  • Potong daging dan bersihkan.
  • Kentang, tomato, bawang besar dan terung dibelah 4.
  • Mangga muda dan bunga kobis dipotong kecil.
  • Kacang panjang dipotong sepanjang 4 cm.
  • Lobak merah dipotong sepanjang 4 cm kemudian dibelah 3 @ 4 mengikut saiz lobak itu.
  • Panaskan minyak sapi & minyak masak di dalam periuk.
  • Tumiskan bahan yg dihiris bersama kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang sehingga wangi. Masukkan daun kari.
  • Kemudian masukkan rempah kari daging dan biarkan sehingga naik minyak.
  • Masukkan daging , air asam jawa dan sedikit santan. Renehkan sehingga daging lembut.
  • Masukkan kacang dal dan lebihan santan. Jika terlampau pekat boleh tambah air.
  • Apabila mendidih dan pecah minyak masukkan semua sayur yang dipotong.
  • Kacau lagi hingga mendidih seketika.
  • Masukkan garam secukup rasa, bila hampir masak masukkan belimbing buluh dan cili hijau.
  • Kacau seketika boleh lah dihidangkan

5 comments:

Naz said...

Salam kak Noormasri

Emmm.. sedap lauk dalca. Naz suka sebab banyak sayuran..Kalau makan dgn roti canai pun sedap kan.

Nieza said...

salam kak Noor, sedapnya dalca ni kak...lambat dtng ni sure tinggal tulang ni..hehe

Ayu said...

salam kak noor,
wah kita termiss, lauk dalca ni lah..
sedap ni buat cicah roti!!

NoorMasri said...

Naz- mmg sedap cicah roti...nyum nyum

Nieza - selalu dtg lambat hehehe

Ayu - pun sama cam Nieza, sapa suruh dtg lambat...errrr tengok tulang je la hehehe

My Biz said...

kakakakak baru pasan ....siap cakap jgn terliur tu tak tahan tu....adehhhhhh....