Nasi Tomato & Ayam Masak Merah

Erkkkkkk...alhamdulillah, baru lepas makan nasi tomato hehehehehe. Kenyang nya mengantuk lah pulak . Dah lama tak masak nasik special. Husben lah mintak masakkan nasi tomato jd sebagai penambat kasih syg, akak sediakan lah nasi tomato special bersama ayam masak merah dan acar timun/nenas khusus buat husben tercinta cewaaaaahhhhh...hahahaha. Anak2 makan dgn penuh selera, maklumlah sejak 2 menjak mak nya masak simple2 aje dek kekangan masa.

NASI TOMATO

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras
  • 2 1/2 cawan air - jumlah air bergantung kpd jenis beras juga
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 ulas bawang putih } dikisar
  • 3 ulas bawang merah } dikisar
  • 1/2 inci halia } dikisar
  • 2 1/2 sudu besar minyak sapi } boleh diganti dgn minyak masak atau majerin jika suka
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 1/2 inci kulit kayu manis
  • 3 sudu besar tomato sos
  • 3 sudu besar tomato puree
  • 1 kiub ayam
  • garam secukup rasa
  • helai daun pandan } disiat-siat kemudian disimpul

Cara membuatnya:

  • Panaskan minyak sapi kemudian masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan daun pandan.Apabila wangi masukkan bahan-bahan kisar, tumis lagi hingga wangi dan garing
  • Apabila naik baunya masukkan beras dan gaul rata.
  • Tuangkan air, susu cair, tomato sos, tomato puree, kiub ayam, garam dan biarkan hingga mendidih.
  • Tanak nasi hingga masak dgn menggunakan api yg perlahan.
  • Angkat dan hiaskan dengan bawang goreng serta gajus yg telah goreng/sangai

AYAM MASAK MERAH SIMPLE

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 6 ulas bawang merah }
  • 2 ulas bawang putih } dikisar
  • 1/2 inci halia }
  • 4 sudu besar cili kering kisar
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar tomato puree
  • 1/2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum cengkih
  • 2 sudu besar susu cair
  • 1/2 cawan kacang peas- jika suka

  • sedikit serbuk kunyit
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng ayam & menumis

Cara membuatnya:

  • Ayam dipotong kecil-kecil. Cuci dan toskan.
  • Perap ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kemudian goreng ayam separuh masak.
  • Dalam kuali lain dimasukkan sedikit minyak untuk menumis.
  • Bila minyak dah panas, masukkan rempah tumis (kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang) dan goreng hingga wangi
  • Kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Tumis sehingga naik minyak dan garing.
  • Masukkan sos tomato, tomato puree, garam, gula, susu cair dan sedikit air.
  • Kemudian masukkan ayam. Kacau sehingga ayam masak dan kuah agak pekat.
  • Bila hampir masak, masukkan buah tomato yg telah dipotong 4 (jika suka) dan kacang peas.
  • Hiaskan dengan taburan bawang goreng sebelum dihidang
ACAR MENTAH

Bahan-bahan:

  • 1 batang timun-dopotong panjang
  • 1/2 biji nenas -dipotong kecil
  • 1/2 labu bawang besar - dipotong nipis
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 biji cili merah -dipotong nipis
  • gula dan garam secukup rasa

Cara membuat:

  • Gaulkan kesemua bahan dalam bekas, masukkan garam dan gula secukupnya.
  • Enak dimakan setelah dibiarkan seketika supaya rasanya sebati.


3 comments:

norgee said...

hhmmm...bestnya...lama dah tak merasa nasi tomato ni..huhu..cam kena buat jugak laa..thanks fr the idea! :)

anymz said...

huuiih..lama dah tak buat nasi tomato..sedap nampaknya tu

Nieza said...

Salam kak, wah menu akak hari ni lagi sedap..memang my fav nasi tomato ni...ayam merah simple pun sodap..ish2 lapar lak pulak mlm2 ni..hehe