Hari ni start cuti selama 9 hari sempena cuti Tahun Baru Cina. Seronoknya rasa, baru boleh tenangkan fikiran dari bebanan kerja. Baru lah berkesempatan meninjau pokok2 herba akak kat belakang rumah, kesian depa kurang dpt kasih syg sejak akhir2 ini hehehee. Baja pun kurang dpt, nasib baik petang2 selalu hujan kalau idak mati lah mereka kekeringan.
Antara pokok2 yg akak tanam, kemangi, pegaga, kari, daun bawang, daun kunyit, kaduk, kesum, limau purut....ada tertinggal tak ambil gambar - serai,kangkung, bunga kantan (tak pernah berbunga lagi) dan daun cekur manis.
Bila tengok daun kemangi ni segar je, akak dang2 tu teringin nak makan laksa kuah putih Trg...wat ulam daun ni perghhhhhh...sedapppp !
Daun kemangi ni wat ulam nasi pun sedap cicah dgn sambal belacan.
Senang kan kalau bahan2 ni ada kat belakang rumah, nak masak tomyam petik aje daun limau purut dan serai blakng rumah. Nak ulam pegaga petik aje..hehehehe.
pokok kaduk dlm pasu, kurang baja kesian dia
pokok kari ni sebenarnya asalnya tinggi tapi kena serang penyakit, maka akak patahkan sume dahannya. Ni baru berpucuk semula
pokok kari ni sebenarnya asalnya tinggi tapi kena serang penyakit, maka akak patahkan sume dahannya. Ni baru berpucuk semula
ada lagi 2 pokok, nanti bila2 akak kasi posing iaitu pokok Penna (bagus utk penyakit kencing manis dan pokok Sambung Nyawa (bagus utk penyakit barah).
7 comments:
rajinnya akak berkebun...nampak segar jer pokok2 tu...bagus2 :)
mmg hobi akak pun Nieza, cuma kebelakangan ni bz sket sampai tak terjaga pokok2 tu
Asslamualaikum...
Subur je semuanya. Mesti Kak Noor selalu bersembang ngan pokok ni kan.
assalamualaikum noor..macam macam ada..
akak tak de tanah dah..tapi..ditepi jalan depan rumah tu..akak tanam jugak sikit..serai..pandan..kari..lengkuas.limau kasturi,limau purut dan inai..
Assalamualaikum kak noor..
bestnyer ada pokok2 ni kan..
pokok kari saya kena mkn ulat beluncas...sedih...huhu
Sam- selalu gak sembang tapi dlm hati je..hehehe
k Erna - selagi boleh tanam, tak kisah lah kan tepi jln ke kan...janji bole dpt hasil..dan mengisi masa lapang
Norul - pokok kari akak pun dulu cam tu, akak patah kan sumer dahan yg berulat tu..pastu nanti tumbuh pucuk baru, cantik
segarnya pokok2 ni walau pun tanam dalam pasu jer, maksue hari tu cuba gak tanam daun kesum tapi tak nak hidup pulak... tangan panas agaknye
Bila tengok pokok2 Kak Nor ni segar bugar semangat balik nak berkebun
Post a Comment